Rabu, 16 Oktober 2013

ma dress. Feeling awesome!


Assalamualaikum, 

maafkan aku kalau aku mungkin mengjengkelkan korang dengan tepek gambar sendiri besar-besar kat blog ni, tapi..   Eh, hei! Ini blog kite sukati kitelah nak tepek gambar sebesar mana pun kan? Kalau awak nak buat benda yang sama, awak letaklah kat blog awak sendiri. (Gituee kata Fatin Liyana) Hahaha..

Btw, aku cuma excited sebab first time pakai baju ni sejak dari hari dia siap dulu. Dan lagipun ini juga kali pertama aku pakai baju feeling-feeling Princess/Feminine/Keperempuanan macam ni sepanjang hidup aku. Iya, 
Kali-Pertama 

Sebab tu excited melampau. Lebih excited lagi sebab jahit sendiri. Dalam hati rasa macam, "Wah tak sangka aku jahit sendiri baju macam ni??" O__O



Adik aku cakap, "Kelakar baju ude, macam baju orang mengandung.. haha" 

Nasib baik yang bercakap tu budak darjah empat bangun pagi pukul tujuh, pergi sekolah tak mandi. So aku tak payah nak sentap sangatlah dengan statament "Baju-mengandung" dia tu. ;p 



Ini sisi gelap seorang budak comot. Pakai baju cantik-cantik, sarung syria mana dan pastu duduk atas lantai potong lemang. Bila bangun tengok kat kaki kain dah comot kena cebisan-cebisan kotoran di atas lantai. Spoil!

*Feeling annoyed*

Oh ya, selamat hari raya Aidiladha. Selamat tinggal Syawal dan Bulat anda terpilih untuk dikorbankan pada tahun ini. Dan Putih, walaupun belum cukup umur untuk dikorbankan, tapi nampaknya Allah lebih sayangkan dia. Merajuk eyh, abang-abang dah tak ada so dia pun nak ikut jejak langkah abang-abangnya. 

Bertabahlah wahai ibu Bujai. Nanti abah carikan laki baru untuk kamu beranakkan anak-anak yang lain..  

Till then,

Tiada ulasan: