Sabtu, 12 Oktober 2013

Novel Review : Halusinasi - Jessy Mojuru

Assalamualaikum,




Sebenarnya hari tu aku pergi kedai buku sebab nak cari Novel Suara Tengah Malam - Maria Kajiwa, tapi uncle tu cakap tak ada, lepas tu dia tunjuk kat aku novel-novel Buku Prima yang dia baru ambil, salah satunya adalah Halusinasi, that moment aku terus macam.. "Nak tengok yang tu.." sambil mintak novel Halusinasi tu lepas tu baca dia punya sinopsis, lepas tu.. Okey, novel yang dicari tak ada so tak apalah.

Tapi dari saat aku keluar dari kedai buku sampailah ke hari-hari seterusnya aku asyik teringatkan Halusinasi je. Rasa nak beli, tapi best ke cerita tu? Haaa... nampak tak dia punya aura tu? *angkat kening double jerk*
Nak dipendekkan cerita, ya akhirnya aku pun beli novel ni. 

Halusinasi mengisahkan seorang penulis novel mistik/seram yang bernama Maya yang mengalami peristiwa aneh semasa menulis sebuah manuskrip misteri tentang kemalangan tiga buah kereta dan dia dihantui oleh perempuan berkelubung, lelaki halimunan bernama Zak, lelaki gondok dan beberapa peristiwa aneh. 

Rupanya manuskrip yang dia tulis berkenaan kemalangan itu adalah kejadian yang benar-benar berlaku beberapa bulan lepas. Zak adalah roh salah seorang mangsa kemalangan itu yang terlantar koma. Dia telah 'tersesat' ke lembah ciptaan maya semasa maya mengarang manukrip itu dan secara tak langsung Zak dan Maya akhirnya berkawan dan bekerjasa untuk merungkaikan misteri di sebalik kemalangan itu. Yang mana disebalik kemalangan itu tersembunyi kes penculikan dan pembunuhan yang membabitkan beberapa watak lain lagi dalam manuskrip Maya.

1. Aku mengaku yang aku ni bukanlah berani sangat nak baca/tonton cerita seram tapi the best part baca novel seram adalah aku tak perlu terlalu menghayati latar dalam cerita tu jadi aku takkan rasa seram. hiks. Bagi aku penulis mempunyai tahap imaginasi yang sangat tinggi. Kalau kau hayati setiap patah perkataan dalam novel tu kau akan rasa yang kau turut berada dalam satu dimensi yang berbeza. Automatik kau akan jadi 'Maya' dan melalui apa yang Maya lalui dan rasai ketakutan yang Maya rasakan. *thumb up*

2. Aku kurang suka dengan kata ganti nama yang penulis gunakan,  Aku-Awak, Maya-Aku (mungkin sebab aku dah terbiasa dengan kata ganti nama aku-kau, saya-awak,)

3. Sebab novel ni tebal giler bagi aku, jadi aku sangat menghayati babak-babak dimana Maya dan Zak berusaha untuk membongkar misteri siapa sebenarnya Imelda, Dyanna, Amirul, dan lain-lain. Bagi aku penamat cerita ni adalah apabila misteri kemalangan itu berjaya dibongkarkan melalui mimpi-mimpi yang maya alami. Selepas daripada itu, aku dah mula kurang jelas apa sebenarnya visi cerita ni?.

4. Babak dimana watak-watak itu dapat jemputan ke kediaman saudagar kaya Syed Al-Bukhari, dan bagaimana penulis menggambarkan keadaan rumah itu, pertukaran siang dan malam seperti.. apa? pita filem? Bagi aku saaaangat real! Aku boleh bayangkan semuanya dalam kepala otak dengan sangat jelas! Keadaan bila diorang tersesat dalam bilik-bilik tertentu dan mengharungi malam yang panjang itu buat aku rasa kagum. Memang layak kalau diadaptasi ke drama/filem nih.

5. Yang sebenarnya point utama cerita ni bukanlah tentang kemalangan itu, misi dan visi cerita ni lebih kepada watak Zak dan maya tapi sebab terlalu banyak watak yang 'menyibuk' buat aku jadi keliru. Dan aku agak tak puas hati bila pengakhiran watak-watak tambahan tak ditamatkan dengan sejelas-jelasnya. Sejujurnya, aku tak jumpa kepuasan di akhir cerita walaupun cerita tu dah habis dengan penamat yang baik sebab bila aku dah baca perkataan tamat, aku masih rasa kosong. Rasa macam.. "lepas tu?"

Tapi keseluruhannya, novel ini sangat dicadangkan untuk mereka yang sukakan genre sebegini dan untuk mereka yang mahu mencari kelainan dalam bahan bacaan (macam aku) >__<



p/s : Selepas baca novel ni, aku ada alasan yang jelas untuk 'peram' lagi manuskrip Iman Harraz. >__o Ahhaks

1 ulasan:

♥ Lia Abdillah ♥ berkata...

Lia ade beli novel ni. Erm. Lia ade bce review dri blog lain sblum smpai sini, blog tu mcm ckp buku ni xbest. Lia pon mcm ah ok, aku buat hbis duit je beli novel yg xbest. But, smpai je lia dkt blog akk, ada sinar hrpn yg buku tu agk best *sinar hrpn?lol* lia mmg xhbis lg bce buku ni. Bru smpai ms 50.so now ade smgt sikit nk bce. Haha. Ty for the review ;D