Rabu, 2 Oktober 2013

The 'multi-tasker' is now write her 2nd e-novel


Assalamualaikum... 

Aku, seorang tukang jahit manik sekarang sedang menjahit manik pada baju pengantin warna mint green dengan highlight manik purple di atasnya.

Aku, seorang tukang jahit sedang 'mengusahakan' *wah! MENGUSAHAKAN saaanggattt.. ;p* ok maksud aku sedang dalam proses menjahit baju kurung moden scallop yang kite cerita kat awak dalam entri sebelum ni tu.. hikhik

Dan aku seorang penulis online... wah! Dah lama gile aku meyepikan diri dalam dunia aku yang ini kan? Ya, aku tau tak ada sesiapa pun perasan yang aku dah lama tak menulis cerita baru sebab memang tak ada sesiapa kisah pun kan? *#sentap* 

Tau tak sumpah aku rindu giler nak menulis tapi entah kenapa tak ada satu cerita pun yang berjaya aku siapkan? Bukan tak ada idea, bukan mengalami masalah 'writer's block', bukan sibuk sangat pegang mesin jahit sampai tak sempat pegang laptop, tapi tak tahu kenapa, memang stuck bila bukak microsoft word. Tau kenapa? Sebab dah banyak sangat idea yang tak dikembangkan, terus jadi keliru tak tahu nak mula tulis yang mana satu. End up dengan langsung tak tulis apa-apa. 
;-(

Tapi aku ada perancangan untuk siapkan manuskrip Iman Harraz by end of this year *tolong muntah dengar aku sebut ayat yang sama tapi benda tu tak siap2 jugak* Tapi sekarang dah masuk oktober lepas tu entah kenapa aku rasa macam malas nak fikir pasal 'mss Harraz' tapi aku rindu nak aktif menulis balik, lepas tu aku stuck jugak dengan #ProjekCrush tu, sama juga dengan #fail idea-idea-tak-berkembang lepas tu Allah ilhamkan aku untuk move on hidup ini dengan menulis enovel kedua.

Ya, Peplum. Kisah Delisya dan Izham. Kenapa aku pilih cerita ni untuk dijadikan enovel? 
Cerita kat entri lain nanti.

Jadi.. kalau nak baca dan ikut cerita ni bolehlah terjah ke blog kite yang satu lagi tu, Dah upload sinopsis, prolog dan bab 1. Dan oh.. jangan lupa tinggalkan komen! tehee.. t__T






"Ya Allah ya tuhanku, kau lapangkanlah dan terangkanlah hati Mariyatul Kaftiyah agar dia istiqamah dalam bidang penulisan ini dalam menyampaikan ilmu yang bermanfaat untuk pembacanya. Aminn.."

Alhamdulillah, ramai yang mendoakan kite --- feeling blessed

Tiada ulasan: