Selasa, 5 November 2013

Mini Pavlova

Assalamualaikum,

Seingat aku (dan kalau tak silap aku punya kiraan) sebelum ni dah empat kali aku buat pavlova sendiri lepas tu tak puas hati sebab sentiasa ada benda yang tak jadi then aku dah serik nak buat dah. Tapi sebab aku adalah Pavlova's lover jadi aku selalu diam-diam telan liur bila tengok gambar pavlova atau bila tengok orang lain post gambar pavlova yang diorang buat. hu hu hu pathetic sangat ittew kan?

Tapi pada satu tengahari yang panas di kelas menjahit, mak teh mesej aku nak bagitau yang dia ada buat mini pavlova pastu nak bagi pavlova's lover ni makanlah. Wah, masa tu rasa macam bulan jatuh ke riba. Macam tau-tau aje kite dah lama teringin nak makan kaaannn...


dari saat itulah yang aku punya rasa serik itu mula fade away. Seminggu kemudian, aku pulak buat aku punya mini pavlova. Juga untuk tunaikan permintaan Oli (terutamanya) yang teringin nak makan pavlova tapi nak suruh aku buat. Sebab kali terakhir aku buat sebelum aku jadi serik tu dia tak sempat nak rasa.

Sebelum ni pun aku dah pernah letak resepi pavlova, tapi tak pelah aku letak lagi resepi untuk ex[erimen yang baru ini.

Bahan-bahan

4 biji putih telur
1 cawan gula castor
1 sudu tepung jagung
1 sudu cuka makan
1 sudu esen vanila

Hiasan

Whipping cream (aku guna jenama 'Value')
Buah-buahan

Caranya

pukul putih telur sampai berbuih
masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sampai adunan tu jadi bertanduk/ sampai bila kita terbalikkan bekas tu, adunan tu takkan jatuh
masukkan esen vanila, tepung jagung dan cuka makan sambil dikaupbalikkan guna spatula/senduk
bakar atas dulang pembakar yang dilapik dengan baking paper / masukkan je dalam cup. Lagi senang!

kalau guna cup, bakar pada suhu 170 dalam masa 15 minit. Kalau bakar camtu je tambah masa ke 1 jam 15 minit camtulah. dah siap masak, jangan terus keluarkan dari oven. Biar dia sejuk sendiri dalam oven dengan pintu oven dibuka sikit.



Lepas tu bolehlah pukul whipping cream sampai jadi cream. Then letak atas pavlova yang dah sejuk.





Kemudian hiaskan dengan buah-buahan pilihan. Dah siap untuk dihidangkan pada keluarga! Oh kalau simpan dalam peti sejuk sekejap lagi sedap sebab rasa macam makan aiskrim. ;)



Dan tak lupa tapau bawak pergi kerja untuk kawan-kawan tersayang *tangan di bahu*




Tetiba jadi potluck pulak kat kedai sebab masing-masing bawak breakfast.


Yeay! Mission accomplised. Janji sudah 'dicapati'. Lepas ni nak tuntut Bakso dari kak Liza, Chicken cop dari kak Maria, Brownies dari Oli pastu roti kembung dari Adek. Boleh tak? Boleh tak?

Kite sudah tunaikan janji, anda.. bila lagi? Harharhar.

Tiada ulasan: