Khamis, 7 November 2013

Resepi kek coklat lembap

Assalamualaikum,

Mula-mula mini pavlova, lepas tu kek coklat pulak. Wah rajinnya Mariyatul Kaftiyah ni memasak kan? Tehee *sengih tayang gigi* Tak yang sebenarnya aku suka buat ikut mood. Sebab aku dah mulakan dengan mood memasak so aku nak kekalkan momentum 'mencuba-resepi-baru' itu sebelum ianya terbang dibawa angin monsun *tetibe*

Ok tak, yang sebenarnya tetiba aku rasa macam teringin sangat nak makan kek coklat dengan buah kiwi sebab dulu pernah buat sekali, rasa dia perh sedap gile! Sampai terbayang-bayang macam ada coklat cake dalam mulut. CRAVING SANGAT..  v__v

Tapi aku tak reti buat coklat moist cake, so aku request kat mak teh sebab dia memang selalu buat kek coklat moist, tapi unfortunetly, mak teh cakap dia tak ada barang, so dia suruh aku beli barang then dia boleh tolong buatkan.  

Lepas tu.. wah panjangnya kau punya cerita. Oklah pendekan cerita lepas tu end up, aku sendiri yang buat dengan bantuan mak teh melalui facebook. Kejap2 tanya mak teh, telur tu nak pukul sampai kembang yang camne?
Butter tu kalau sukat guna cawan banyak mana?
Nak buat topping macamamna?

Pastu bila mak teh tetiba offline dah gelabah macam cacing kerawit, cepat-cepat cari option lain nak mintak tolong. here there, those and that, lepas tu dah siap?

PPERRHHH... Siapa cakap nak buat kek coklat tu susah? O__o

So sebab dia senang sangat, aku pun nak letak resepi kat sinilah sebab nanti kalau aku nak buat lagi aku dah tak payah gelabah cari mak teh nak tanya itu ini, rujuk kat blog sendiri je kan senang? Kan? Kan?

Jadi here we go,

Bahan-bahan

Butter
3 biji telur
1 cawan tepung kek
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula castor
1 sudu esen vanila
1 cawan serbuk koko

Cara-cara

Cairkan butter, susu pekat, susu cair, gula castor dan serbuk koko dalam periuk dengan api yang perlahan. Kacau sampai pekat dan sebati pastu tutup api, ketepikan.

Pukul telur dan esen vanila sampai kembang. (Kembang yang berbuih tu dah cukup)

Then masukkan adunan coklat dari dalam periuk tadi, kacau-kacau pastu masukkan tepung kek, kacau-kacau. Then dah siap! 

Kan? Dah kata tadi senang gila kan?

Eh, lepas tu kukus dulu dalam 40minit, pastu dah siap! 


untuk topping
cairkan butter, susu pekat dan serbuk koko dalam periuk dengan api perlahan sampai sebati. 
(Part ni aku rasa kena buat bila kek dah masak sebab kalau buat awal-awal nanti topping tu jadi beku macam aku punya. Ke aku punya cara yang tak betul ke tak taulah pulak.)


Lepas tu hias ikut kretiviti sebab kau kata kau punya passion is art kan.


dah siap kek coklat moist dengan strawberi and kiwi depan mata lepas tu pandang je. Makan sepotong dah hilang rasa teringin. 


Perangai orang yang memasak memang macamni eeyyhh??? *kerut kening*

Tiada ulasan: