Rabu, 11 Disember 2013

Bagaimana untuk terbitkan novel?

Assalamualaikum,

Walaupun aku belum lagi menjadi penulis novel yang official. Tapi aku tiba-tiba macam dapat idea nak cerita kat orang lain bagaimana cara yang sebenarnya untuk menjadi seorang penulis novel sebab manusia-manusia di sekeliling aku bukan semuanya pencinta buku/novel atau faham dengan dunia penulisan. 

Contoh,

Ada satu hari tu sepupu aku tanya, "Kenapa kak atul tak nak buat novel dengan Hijjaz (telaga biru) dulu?" 

It's just that Telaga Biru cari manuskrip islamik untuk diterbitkan, kebetulan someone tahu aku menulis pastu sampaikan pesan kat mak cik aku suruh aku hantar manuskrip lah macam tu, tapi masa tu aku cuma angguk je, tapi tak buat apa-apa sebab aku pun masih merangkak-rangkak lagi nak belajar menulis novel. So mungkin diorang ingat yang aku tak mahu sedangkan aku TAK MAMPU! Haha.. 

contoh lain,

Kak maria cakap "Akak ingat ada orang nak sponsor kau buat novel ke apa.." 

Dari bentuk soalan pun dah nampak kan yang orang-orang disekeliling aku tak faham macammana sebenarnya novel itu boleh diterbitkan. 

Jadi ya.. awak-awak sekalian, sebelum nak terbitkan novel, kita perlukan cerita itu sendiri, kalau tak ada cerita macammana nak ada novel? Kan? Takkan nak bagi orang baca mukasurat kosong pulak kot. Jadi bahan cerita itu sendiri kita tak panggil novel, kita panggil Manuskrip.

Kalau ikut kronologi, ia akan jadi seperti di bawah ini..

(berdasarkan kronologi buku Antologi orang berdosa, Islamku sekadar pada IC)


PENULIS


/
/
/
/
/
/


TULIS MANUSKRIP


/
/
/
/
/
/
/


HANTAR PADA PENERBIT


cara penghantaran manuskrip berbeza-beza. Sebab ini cuma hantar cerpen dan syarat yang ditetapkan adalah dengan hantar pada laman web Ilham jadi aku hantar kat sini jelah. 

/
/
/
/
/
/
/


PENERBIT SETUJU TERBIT


Then they sent me an agreement letter. Sekarang tugas aku sebagai penulis selesai setakat ini, the rest adalah kerja belakang tabir pihak penerbit.

/
/
/
/
/
/


NOVEL SUDAH DITERBITKAN


Dalam tempoh waktu yang tertentu, novel pun keluar dan langkah yang terakhir..

/
/
/
/
/
/

DIPASARKAN


 Sekarang, pergilah beli buku aku kat atas tadi tu. Okey, real fact, cuma ada satu je cerpen aku kat dalam tu. huhu..


Buat peringatan ya, ini cuma gambaran kasar sebab yang sebenarnya banyak kali benda-benda kecil yang melibatkan emosi, perasaaan manuskrip ditolak dan sebagainya, tapi takkanlah aku nak cerita detail pulak..

pokok pangkalnya, kalau kau nak jadi penulis novel, kau perlu menulis dulu. Kenapa sampai sekarang novel aku belum terbit? Sebab aku aku agak malas, lepas tu aku belum siapkan manuskrip dan aku tak bolehlah nak hantar pada penerbit. Tapi In Sha Allah azamnya bulan satu ni aku nak fokus betul-betul nak siapkan. Doakan eh.

lain kali kena tanya aku,

mia dah siapkan manuskrip? Haaa.. bukan tanya, mia bila nak terbitkan novel?



6 ulasan:

Razfira berkata...

mesti masyukk ni.. hehe

Soleh S berkata...

Satu lagi tips, kalau nak jadi penulis anda perlu berani. berani terima kritikan, berani untuk di reject dan berani berdepan dengan pelbagai situasi yang tak dijangka. Untuk itu ko sangat berani Mia Kaftiya.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Bagaimana cara nk menghubungi pihak penerbit utk mengjantat manuskrip?

Tanpa Nama berkata...

Kalau manuskrip ditolak... Pastu hantar manuskrip tuu kat penerbit lain pulak. Boleh tak?

mia kaftiya berkata...

boleh kot. Lepas tu kalau ditolak lagi, fikir positif jelah yang mungkin awak boleh improve lagi awak punya manuskrip tu. gudluck!

Katie Wilson berkata...

hi, just nak tanya. Berapa lama buku akan diterbitkan selepas terima surat perjanjian. And one more thing, penulis cerpen akan dibayar melalui royalti atau bayaran terus yang mana penerbit membeli terus karya kita.

Thanks in advance