Rabu, 4 Disember 2013

Cara terbaik untuk meraikan kejayaan.

Assalamualaikum,

Haaaaaahhhhh... *tarik nafas lega* past three week adalah minggu yang sangat-sangat-sangat sibuk! Very the sibuk sampaikan nak menoleh pandang ke tempat lain pun rasa macam buang masa. Nak menunjukkan lagi tahap SANGAT SIBUK tu bila nak pergi tandas pun tak sempat. Agrrgghh.. =__='

jadi reward untuk diri masing-masing yang dah bertungkus lumus bekerja, dengan stress segala bagai tu, we all arranged potluck party lagi. (LAGI sebab sebelum ni dah pernah buat sekali. klik sini)

Kenapa Potluck? Kenapa tak makan kat hotel/serbu restoran/kumpul duit beli makanan/ bla..bla..bla? Sebab kami ramai dan sebelum ni dah plan banyak kali pun nak makan kat luar tapi asyik tertanguh/tak jadi/susah nak keluar/ etc, so baik kau masak masing-masing pastu makan sesama. Lagi senang kan?

So, sebab kite tak suka letak gambar yang sama bebanyak kat fesbuk sebab nanti kena buat album la bagai, so kite letak je kat blog untuk tatapan anda yang berkenaan. (ehem, kalau korang bacalah) besides, bukankah blog ini adalah sejenis diari elektronik yang kita boleh baca berulang kali anytime, anywhere? 

so here!


Hoi! Perangaiii.. -__='




Sos Cheezy KFC tu - by kak Maria


Bihun Sup - Qila



Cucur Jagung -Oly


Laksa - Ehem. *berdehem*


Kerang rebus - Mak cik (Mak kak maria)


Potato wedges - Kak Maria



Ikan Bakar - Mak cik



Hoi kenapa iklan keluar sampai dua kali nieh? *cekak pinggang*




Cola float - Kak Maria (luckily akak buat jugak benda ni sebab kite memang dah teringin berbulan-bulan sejak potluck pertama yang akak tak jadi buat benda ni, dulu. Hahahaha)



Kek Karamel - Kak ina

Eh, rasa macam ada tinggal lagi satu.. Aloo lupa nak ambik gambar rendang dengan nasi impit kak Iqin, sebab kak Iqin datang lambat kan.. hikhik >__<



sementara tunggu yang lain-lain sampai, lepak dulu tengok tv.



dan ambik gambar syok sendiri dengan makanan. ;p Biaselah dia tu kannn..







Makan sungguh-sungguh betul ni. 




Hoish, yang dua orang dari kanan tu apasal tak renti-renti makan lagi tuh? Hikhik


Kak ina beranak empat yang aku selalu rasa agaknya kalau anak dia panggil aku cik atul ape aku nak balas? Hahaha, Fikiran melampaui batasan sungguh. Dah sah-sah lah anak dia akan panggil aku kakak, aku muda lagi walaupun aku kawan dengan mak diorang. Hahaha ;p


Hah, Caught you adek! Boleh masuk majalah Playboy! Harharhar.



Kak ona, mantan pekerja. Aishah dengan Ecah, mantan budak praktikal (Sebab diorang dah habis praktikal minggu lepas) Kak Ina & Kak Iqin, pelajar kelas menjahit. Jadi officially yang tinggal lepas ni menghabiskan sisa-sisa kerja sepanjang Disember dan bulan-bulan seterusnya hanyalah kami berempat, the beaders, the mastermind and the tailor. hu hu hu



Kak Iqin yang terlepas dengar waktu jamuan dah dicepatkan ke 1.30 petang, bukan 2.30. So by the time kak Iqin sampai, orang lain pun dah balik..



Afif Danish. copypaste muka mummy.

and the potluck party end here. Sisa saki baki kerja masih perlu dihabiskan. Ayuhlah berjuang selepas kenyang makan. Huaarrggghh.. *mengeliat* 


p/s : Apasal aku rasa bosan menulis entri ini? Tapi sebab moment ini boleh jadi sesuatu yang aku mahu ingat selalu, jadi aku publish jugak ah. 

till then, 


1 ulasan:

Razfira berkata...

bestnyaaaaaa byk makanan