Sabtu, 14 Disember 2013

Roti calon suami utk ZineRotiCanai

Assalamualaikum,

You know, i just realise yang selama ni aku selalu main-main / tak serius buat kerja / tangguhkan kerja etc that's why, aku selalu rasa macam aku sibuk sangat sampai tak ada masa untuk #ProjekTulis (next time onward bila aku taip #ProjekTulis itu maksudnya aku sedang bercakap tentang dunia aku yang satu lagi, Penulis) padahal bukan tak ada masa tapi tak cari masa, malah tak susun masa dengan sebaik-baiknya.

Tapi bila Allah sedarkan aku dengan satu ujian kecil, aku mula berazam, untuk tidak menangguh-nangguhkan kerja menjahit / beading supaya aku juga boleh fokus untuk #ProjekTulis. Dannnn.. cuba teka apa yang aku dapat dengan azam baru itu?



AKU DAPAT SIAPKAN SATU CERPEN UNTUK ZINE ROTI CANAI!

Ohmygosh! That feeling is really wonderfull. Aku pernah cakap dulu yang menulis ini adalah 'ganja' bagi aku. Bila tak dapat buat, aku ketagih. Bila dapat siapkan satu cerita, baru rasa lega. Eksited pun ya. 

Jadi disebabkan ia akan dibukukan, rasanya aku tak bolehlah post full story kat other blog kan? Tak apa, letak excerpt je jadilah..

Roti calon suami

“Macam awaklah,” gelabah.
“Macam saya?”
“Ha.. macam awak.”
“Saya macam mana?”  Aku lantangkan suara sambil tepuk meja.
“Awak macam roti canai, yang kental dan kenyal, yang walaupun dah diuli dan dicanai, malah ditebar sampai koyak, awak masih kuat tak mahu putus asa. Masih mampu kelihatan cantik, menarik dan menyelerakan dalam pinggan dalam bentuk empat segi yang garing dan beri kegembiraan pada orang yang melihat, masih mampu mengenyangkan perut setiap orang yang makan ketika perut mereka sedang meluap-luap kelaparan, masih mampu…” jawabnya pantas. Mungkin dia terkejut kerana disergah.
Tapi aku lebih terkejut mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya.
Dia berhenti bercakap bila dia sedar aku sedang memandang dia dengan muka bengis. Sikit je lagi bila teh o ni dah betul-betul sejuk, memang aku akan simbah ke muka dia kalau dia belum berhenti menterjemahkan aku dalam analogi sekeping roti canai.
“Maaf. Dari awal lagi saya dah nampak awak sebagai seorang wanita yang penuh semangat dan harapan macam sekeping roti canai yang menyelerakan.. tak! Maksud saya roti canai tu yang menyelerakan, tapi awak mengagumkan, tehee..” dia tersengih dalam takut-takut.

****

                Pantas aku mengangguk. “Ya, tapi seseorang yang boleh dengar cakap aku, minat kerja-kerja remeh dan teliti. Kalau kau jumpa sesiapa macam kriteria yang aku cakap tadi, bagitau aku ya?” Aku kedip mata memandangnya. Konon membodek.
                “Kalau kau tak kedip mata macam tu pun, in sha allah aku akan carikan lah mak cik!”
                “HIkhik.. lagi satu kita ni dah 25 tahun, walaupun aku rasa macam masih muda lagi malah tak kisah pun kalau masih tak ada calon suami, tapi bukankah kita tetap kena start enjin dari sekarang?”
                “Hah? Start enjin nak pergi mana?”
                “Pergi cari calon suami.”
                “Huuuuummm.. benda ni kacang jelah.” Naimah memetik jari dihadapan mukaku.
                “Kacang? Kau ingat ‘sekacang’ kau jerit ‘mamak kasi roti-calon-suami-satu, kasi garing sampai kacak ha…’ cenggitu?”
                Naimah tersengih-sengih. Termalu sendiri sebab gurauannya tidak aku pedulikan.


And that's it. Is working hard for the next. next, next story. Manuscript also.. aku tau aku masih ada hutang dengan Harraz's lover. ;p

Tiada ulasan: