Selasa, 7 Januari 2014

Jahit dress/jubah lagi.

Assalamualaikum.

Hei, kakak/bos/cikgu/member kita yang si Mariaaa tuuu.. dah kahwin weh. Tapi tak nak cerita pasal wedding dia kat sini, tu cerita kendian na.. sekarang nak cerita pasal baju yang kita jahit untuk pergi wedding dia.

Baju untuk pergi akad nikah adalah ini.



Beli kain ni dah lama tapi tak ada masa nak buat sebab sibuk siapkan baju mak dengan kak leng dulu, lepas tu bila wedding kak Maria dah dekat lagi dua tiga minggu camtu, terus aku decide nak ketepika dulu baju-baju lain dan jahit baju ni untuk pakai masa nikah nanti. Siap pakat dengan Oly lagi tu, nanti pakai jubah hijau tau..

Kemahen nak sedondon ;p


Apa yang aku bayangkan tentang baju ini ia akan jadi dress/jubah biasa-biasa jew, tapi sebab kain ni bidang 45 degan tiga tone warna, tambah lagi 'berkaki' (ada corak kat bawah kain) jadinya tak boleh sembereno memotong, nak tak nak kena putuskan kat bahagian pinggang sebab tu kalau  diperhatikan kat bawah pinggang tu tetiba ada warna hijau terang (Salahkan tone warna!)



Nampak tak tuuu??

That's why bila dah siap sambung bahagian atas dengan skirt bawah, aku terfikir untuk letak 'belt' hitam kat pinggang supaya orang takkan perasan perbezaan warna kat pinggang tu. Sepatutnya nak letak keliling pinggang, tapi sebab aku malas nak tetas balik kat bahagian zip belakang so aku letak belt kat bahagian depan je. Lepas tu kak ona pun tegur kenapa tone warna kat belakang tu macam something wrong?

Terus aku rasa menyesal sebab tak nak letak belt kat belakang jugak. =__='



Baju untuk sanding.

Kali kedua jahit ciffon tapi kali ni cabaran dia lain macam sikit. Aku tak ambik masa yang terlalu lama untuk jahit baju ni sebab dalam masa seminggu sebelum wedding je aku dah boleh siapkan berbanding dress pinkNude yang sebelum ni, tapi ada masalah waktu potong kain. Aku dah kata yang aku memang menyampah nak potong kain ciffon. Pasal tu masa potong aku main hentam je, penyudahnya effect masa nak jahit baju nanti.

Dah la dalam seminggu tu kak maria memang tak masuk kedai langsung. Dua tiga kali aku repair sebab ada je yang tak kena. Nasib baik Qila tolong jahitkan zip belakang sebab jahit zip sorok adalah kelemahan aku, tambah-tambah lagi nak jahit baju yang berlapis camni, Pheww.. mau ambik masa dua minggu kalau aku yang jahit zip tu. 

Tapi Alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan! Happy ittew. Bila dah pakai tu rasa macam tak nak tanggal. Kihkih, rasa macam princess sangat.. ;p

Ohemgeeee.... comelnya awak, baju!

Mula-mula nak letak lace kat tangan pastu tambah manik sikit-sikit udah la, tapi rasa macam tak cantik pulak, dah tu buat crumble je lah kat hujung tangan. Kekonon nak jahit manik kat ketiak jugak, tapi dah malam, baju pun tak basuh lagi, esok pagi nak pakai, sudah la, lain kali jelah jahit. Tu pasal kosong je baju tu. Tapi kosong pun cantik pew?



P/s : Selendang halfmoon tu aku tempah khas dari sorang kakak ni, memang aku request nak warna navy blue. Sama warna dengan inner baju aku. Hei, kita dah tau camne nak jahit halfmoon, lepas ni bolehlah kita open for order untuk halfmoon lover's kihkih. >__<


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam.. nak tanya la... dress ni nama ape ye? buat dari kain chiffon kan? dalamnya guna kain apa? your dress is so beautiful. tq for your feedback :)

mia kaftiya berkata...

nama apa? sebenarnya tak ada nama, basic dress je kot, kahkah.. yup chiffon dengan Satin sebagai lining.

Tanpa Nama berkata...

Salam...nk tnya..kain chiffon nk kne beli heaps meter yea

mia kaftiya berkata...

3 meter setengah