Isnin, 13 Januari 2014

jatuh cinta

Assalamualaikum,

Aku memang dari kecik memang alergik dengan sayur. Kalau makan tu, tak ada sayur tak apa, jangan tak ada lauk, memang tak boleh. bawa sampai ke besar pun aku makan sayur pilih-pilih. sawi tak makan, taugeh tak mahu, sayur berdaun tengok jenis dan cara masakan, ulam-ulam makan yang memang dah biasa makan je. Orang-orang yang rapat dengan aku je tau cara aku makan camne. kalau makan dengan oly, aku letak sawi ke tepi, dia tukang kutip, buang taugeh, dia tegur. 

So masa kenduri nikah kak maria aritu, makan lah tengahari, ada sayur kubis tumis dengan udang besar-besar. Huuummm.. memang aku kutip sungguh-sungguh la, kat rumah bukan selalu dapat makan udang besar-besar, pastu kubis pun ambik jugak sikit. Kubis ni macam sayur yang separuh-separuh, macam apa eh.. kalau rasa nak makan, baru makan, kalau tetiba tak nak makan, letak tepi. So masa tu aku memang rasa macam nak makan sayurlah tu.

Bila makan rasa macam sedap pulak. Macam crunchy gitu sebab dia masak ala kadar. Kalau mak aku yang masak sayur memang kau tak payah kunyah banyak kali, dua kali kunyah dah boleh telan. Sebab dah lembut betul. (p/s : eh, kite bukan nak kutuk mak kite, nak bagitau jeee...) tapi yang ni.. manis  pulak rasa kubis ni.

Lepas tu terus teringat-ingat. haahh... ini permulaan untuk jatuh cinta lah ni.

Dua tiga hari lepas tu, makan tengahari dengan Oly sambil sembang balik pasal sayur-kubis-nikah-kak- maria, kebetulan pulak masa tu oly bawak sayur kubis tumis, pastu dia bagi aku rasa. Aaarrhhhhh... sedapnyaaa.... *diawang-awangan*

Okey, lepas tu terus jatuh cinta.

Bila rasa malas nak makan / tak ada selera nak makan, senang je, bayangkan sayur kubis tumis ragup-rangup, terus berlari ke peti ais cari kubis kemudian tumis segera. 

lepas tu bila nampak mak beli kubis balik dari pasar, mata tu macam bersinar-sinar je. Terus terbayang kubis tumis rangup.

Omnomnomnom... *telan liur*





Ohemgee kubis, suddenly i'm in love with you! *Love* 

*Mata bersinar-sinar*


Tiada ulasan: