Isnin, 13 Januari 2014

Tudung's evolution

Assalamualaikum,

Wah tudung pun ada evolusi eh? Of course ada! Sekarang tudung dah jadi sebahagian daripada fesyen walaupun  fungsi utama dia adalah untuk menutup aurat. Whatever it is, i'm not wearing tudung for fesyen, but i just wear it to cover my aurat and menggunakan elemen fesyen itu secara sederhana. In sha allah

Dari dulu aku memang tak pandai pakai tudung bawal, sangat adore pada orang-orang yang pakai bawal, cantik dan kemas je aku tengok. Paling adore pada tasha manshahar sebab dia pakai bawal dengan cun dan kemas. *love*

Lepas tu masa tudung awning mula famous amos, aku yang memula malu nak pakai sebab orang kata macam orang indonesia, lama-lama terus terpengaruh bila mak rajin beli. Berlambak-lambak mak beli sebab nak bagi adik-adik perempuan aku yang baru nak membesar tu belajar pakai tudung.

Pastu lama-lama aku pun bosan dengan tudung awning mula mencari tudung lain pula yang serasi dengan jiwa aku (kononnya) Lepas tu aku sajalah nak try tudung syria pula. Tapi masa tu evolusi tudung syria dah berlalu, ya aku memang out of date. Nak cari balik tudung-tudung tu pun dah payah, tapi yang bestnya sebab boleh dapat murah. tehee..

Disaat orang lain mula berebut-rebut mencari tudung 3 layer, Fareeda, Ariani, bawal Norjuma and all that, aku selesa dengan syria yang out of date waktu raya dan majlis-majlis istimewa! Pity me.. ;'( tsk..tsk.. 

One fine day, my indonesian friend, Ria, the one who belajar menjahit sama-sama kat kedai jahit kak Maria tiba-tiba come up dengan bisness tudung syria bling-bling! Sebagai seorang pemakai tudung syria dan sebagai tanda menyokong bisness kawan, aku pun belilah satu, dan lepas tu tudung tu terus jadi my favourite tudung ever after!

kemana-mana pun kalau tengok balik gambar memang most of the time aku akan pakai tudung yang sama.. O__O  *baru sedar*



Event kat sekolah Nizar



Pergi beraya ke rumah kawan-kawan adik aku



Pergi kelas menjahit.



1st potluck party day



2nd potluck party



Majlis pertunangan

Dan lepas tu barulah aku beli lagi tudung yang lain dari Ria.



Dengan gaya yang ringkas tapi nampak mewah boleh bawak  pergi ke majlis perkahwinan kawan.



or even cuma berphotoshot baju nikah kak Maria dalam kedai yang bersepah. ;p

Aku suka sesuatu yang mudah,  ringkas dan sesuai dalam apa keadaan sekalipun macam tudung ni. Kalau kemana-mana orang mesti akan tanya, jahit sendiri ke manik tu? Because i am a 'tukang jahit manik' dan sebab tudung ni nampak rare tetiba ada manik kat atas kepala, of course orang akan tanya.

Yang lagi best, pernah ada aunty cina ni tanya kat aku 
"itu you jahit a??" 
so aku tanya kat dia balik, "kenapa?  Minat ke?"  
dia jawab "Bukan.. tengok orang lain pakai tak ada macam tu pun.."

So if you ever wonder mana nak beli tudung ni? Bolehlah beli kat Rhia.






Tiada ulasan: