Khamis, 20 Februari 2014

my last name


Assalamualaikum

Aku ada seorang sepupu sebaya yang masa kecik kitorang ni macam kembar. Masuk sekolah tadika sama-sama, bawak bekal makanan patern yang sama, warna je lain (Tak ingatlah siapa yang belikan). Pakai baju t dengan corak yang sama, warna lain jugak (Yang ini rasanya mak dia yang beli kot?) Naik basikal balik sekolah sama-sama pastu aku terjatuh tertiarap atas jalan tanpa dia dan mak dia sedari. Pergi mengaji sama-sama. pendek kata semua benda kami buat bersama.

Tapi personaliti kami berbeza.

Dia peramah,
Aku pendiam.
Dia ramai kawan
Aku kawan dengan dia je. Kalau dia tak ada, so aku tak adalah kawan.
Dia ala-ala 'disayangi' semua orang
Aku pulak macam terpinggir sorang-sorang tenggelam bersama kertas dinding *Analogi je tuh*

Lepas tu kami juga diberi nama yang hampir-hampir sama.

Dia, Rabiatul Adawiyah
Aku, Mariyatul Kaftiyah

Masa kecik dulu aku selalu merungut pada diri sendiri kenapa aku diberi nama itu? Kenapa aku tak dibagi nama dia? Kenapa orang panggil aku atul? Aku tak suka nama tu. Aku suka nama dia sebab orang panggil dia Adawiyah. 

Kalau dia pergi main jauh-jauh kat luar rumah, mak dia boleh jerit je panggil "Adawiyaaaaahhhh..." masa tu telinga aku dengar macam comel je panggil adawiyah. Tak macam aku. nama pendek, kalau mak panggil pun bunyi tak sedap. Dah la tu, kadang-kadang orang suka salah eja atau salah sebut nama aku,

kadang-kadang bila orang tanya nama aku apa, aku pun tak tahu nak jawab macammana sebab kalau aku sebut atul pun, orang mesti akan panggil, 

Eton
Aton
Ahton
Atorn
Atoys

Sedih. Aku nak nama Adawiyah tu. Supaya bila orang tanya nama aku apa, dengan mudahnya aku boleh cakap Adawiyah jadi orang terus akan angguk dan faham, kemudian panggil dengan sebutan yang betul.

Ada-wi-yah.

Tapi sayangnya, itu bukan nama aku. 

Masa kecik-kecik dulu aku lupa yang aku sebenarnya ada dua nama. Kadang-kadang aku pun tak ingat apa nama penuh aku sebab aku begitu taksub dan mahukan nama dia. Moment yang aku paling ingat, yang buat aku sedar dan ingat nama penuh aku sampai sekarang bila mak cik aku sebut nama penuh aku depan-depan aku.

See? Even my aunt lagi tahu nama aku dari aku sendiri.

Mariyatul - Kaftiyah.

Instead of harap untuk nama aku jadi Adawiyah, kenapalah aku tak suruh orang panggil nama belakang aku je?

Kaf-Ti-Yah

So that kalau mak nak panggil aku suruh jemur kain, mak boleh jerit Kaftiyaaaahhhh... jemur kain!.

Kan comel tu kan? 



Adawiyah dan Kaftiyah. BCF - Best Cousin Forever. ;p


Hai, you can call me Kaftiya instead Mia, Mariyatul, Marya, Atul (and the other name of 'Atul's') *wink* 

Atau nak panggil nama penuh?

;p



"mia.. 
nama mia, mia kaftiya ye??
apa maksud kaftiya?"

Fact is, nama kite tak ada maksud. 

Ahad, 9 Februari 2014

Resepi Macaroni & cheese

Assalamualaikum,

Aku terjumpa resepi ni kat facebook selepas scroll down timeline tanpa henti dan membaca resepi macaroni cheese itu sekali lalu pastu rasa senang pastu rasa teringin pastu rasa rugi betul kalau tak buat. BECAUSE I LOVE CHEEESEEE... *bila cakap cheese sambil senyum, bijik mata pun tak nampak.

>_____<

bahan-bahannya adalah...

Macaroni
Sosej
3 sudu butter
2 1/2 cawan keju cheddar (diparut)
1 tin susu cair
1 sudu besar tepung jagung
serbuk paprika secukupnya (kalau ada)
Secubit serbuk buah pala (kalau ada)
garam dan lada hitam

cara-cara:

1. Rebus macaroni didalam air mendidih yang telah dibubuh garam. Rebus jangan sampai masak. Setakat 'al dente'
2. Toskan macaroni & gaulkan dengan butter. Ketepikan dahulu.
3. Di periuk berasingan satukan keju, tepung jagung, susu cair & macaroni. Kacau rata diatas api sederhana hingga mendidih.
4. Masuk kan hot dog, garam, lada hitam serbuk paprika & serbuk buah pala. Kacau rata hingga pekat. 
5. Matikan api & sedia untuk dihidang.

** al dente - hampir masak & masih ada rasa keras sedikit jika kita picit ditangan


resepi kat atas ni sebiji-sebiji aku copy dari facebook Buku Resepi, tapi sebab formula memasak adalah kita yang buat dia bukan dia yang buat kita jadi aku rebus macaroni tu sampai masak sebab kalau nak bagi mak makan, jangan nak al dente sangatlah nanti mak cakap benda tu tak masak lagi, ;p

Pastu aku tak jumpa keju cheddar parut, jadi aku guna keju cheddar keping-keping yang orang guna makan dengan roti sandwish tu sebungkus. Sebelum buat aku tak terfikir pulak gabungan susu dan keju tu bukan boleh buat tekak jadi muak ke? *gelabah* pastu aku pun gelabah la tumbuk lada hitam banyak-banyak pastu isi garam dua tiga sudu sebab tak rasa masin, *tak nak rasa muak punya pasal* pastu tak puas hati lagi aku selongkar laci cari serbuk kari. Huahuahua... 

Eh! kita yang buat dia kan?

Sambil kacau-kacau adunan dalam periuk sempat berdoa, "Ya Allah, kalau tak sedap tak apa, asalkan diorang makan sampai habis. Amin.."

Siap, bila makan.. Okey. NOT THAT BADDDD.. 



Aku fikir kalau diorang tak makan sampai habis aku nak masukkan dalam oven, bakar dia supaya jadi macaroni keju bakar. ^__^

Tapi aku rasa kan sebenarnya resepi ini asas untuk buat macaroni cheese bake yang cheezy (sebab macaroni bakar ada macam-macam versi) dan sos Carbonara. Cuma adjust sikit tambah buang apa yang patut je kot??  Oklah, lain kali boleh cuba adjust. Kalau jadi aku share, kalau tak jadi pun aku share jugak.


Till then, selamat mencuba.

Ahad, 2 Februari 2014

Behind the story, Soulmate.

Assalamualaikum,

Dah baca Soulmate? Belum? Tak apa, baca yang ini dulu.



Idea soulmate datang masa aku tengah menjahit manik rasanya.. *fikir* Macam sambil jahit tiba-tiba terlintas kat kepala otak gambaran ada perempuan tengah berdiri kat tepi jambatan dan berkira-kira untuk terjun ke bawah sebab dia depressed pastu datang seorang lelaki psiko yang TIDAK menghalang perbuatannya itu.

Lepas tu sebab tak nak runsingkan kepala otak asyik fkir pasal benda tu, aku terus taip kat laptop tapi yag keluar kat word jadi benda ini...



Lelaki itu tidak percaya pada cinta dan perhubungan. Mana  ada hubungan yang akan berkekalan selama-lamanya. Mana ada lelaki yang akan tahan dan faham dengan kerenah wanita, malah sebaliknya. Ibu dan ayahnya sudah bercerai ketika dia di usia muda. Sepanjang kehidupannya, dia Cuma melihat pertengkaran ibu dan ayahnya untuk hal-hal yang kecil. Baginya hanya lelaki yang faham fikiran lelaki. Dia juga melihat kakak dan abang iparnya, doanya pula agar dia mereka bertahan sekurang-kurangnya sehingga anak-anak buahnya sudah dewasa.

                Bagi Lily, cinta dan kasih sayang itu sentiasa wujud. Wujudnya dia di dunia ini pun atas limpah kurnia dan kasih sayang Allah terhadapnya yang telah memilih dia dari berjuta-juta sperma lain sebelum pensenyawaan dengan ovum di dalam rahim ibu. Melihat ibu dan ayahnya yang selalu berkasih sayang membuatkan Lily tak sabar-sabar untuk mempunyai seorang soulmate.

                Ya, dia ada Farhan, tapi akhirnya Farhan tinggalkan dia. Kemudian dia jumpa Aqil, seorang lelaki yang tidak percaya pada kasih sayang dan perhubungan. Bagaimanakah perbezaan pandangan mereka itu mampu menemukan mereka dengan soulmate masing-masing?
                

Macam satu ringkasan cerita untuk lintasan idea yang berlegar dalam kepala otak aku tu.

And ya.. aku pun bukan betul-betul faham apa tu soulmate, sebab tu aku banyak buat rujukan dan cuba rumuskan teori soulmate aku sendiri. Apa yang ibu Lily cakap pada akhir cerita ini itulah teori soulmate aku, jadi kalau nak tahu kenalah baca! Hakhak.;p

Antara banyak-banyak quote, aku suka yang aku jumpa ini, katanya..

"As the American writer Richard Bach said, "A soulmate is someone who has locks that fit our keys, and keys to fit our locks. When we feel safe enough to open the locks, our truest selves step out and we can be completely and honestly who we are."

Jadi kalau nak baca, boleh terjah kat :-