Selasa, 4 Mac 2014

Langkawi : Day 1.

Assalamualaikum,

Last week sempat pergi short vacation ke Langkawi! Alhamdulillah. Since last year kot pasang niat nak pergi langkawi, Akhirnya Allah izinkan juga pergi, alhamdulillah... 

Hari khamis aku dah gerak naik bas pergi ke kedah sesorang. Hanya Allah je yang tau perasaan 'kali-pertama' travel ke kedah sengsorang phew. Sebenarnya yang buat aku takut sikit tu sebab da lama tak kuar merantau, selama ni asyik duduk bawah ketiak mak abah je lepas habis belajar, lepas tu aku tak biasa ke utara, kalau suruh pergi KL inshaallah beranilah jugak sikit-sikit sebab dah biasa.

Menambahkan rasa takut tu bila mak abah punya pesanan tu, "Jangan itu, jangan ini, sampai mana-mana call/mesej, Don't talk to a stranger, bla..bla.. bla.. haish, lagilah kite cuak awak!

Pastu dah sampai alor star dengan selamat campur lega, tunggu ika ambik untuk 'check-in' kat UUM sintok dulu sebab adik aku study kat situ, Ekcelly UUM tak ada hotel pun. tapi aku masuk secara haram ke situ. Sebenarnya takut gak, sukahati jew nak tumpang tido tanpa bayaran kan, pastu tumpang mandi dan guna wifi secara percuma pulak tuh, tapi sebab ika cakap "kat sini tak ada sesiapa yang tahu kau tu orang luar atau bukan sebab nobody know anybody here." Memula aku pun macam pelik sikitlah kehidupan di kampus ni, apakah? Tak kenal sesiapa? Tapi selepas sehari duduk di situ, baru aku faham..

Oh, kehidupan budak U dengan budak Institut tak sama. Jadi jangan samakan kehidupan di 'penjara biru' @ ILP Kuala Langat dulu dengan UUM Sintok. It's two different world. WORLD.. *Cakap macam mawi*

 So esoknya, (jumaat) kitorang gerak ke Langkawi pulok.

Pergi berenam, dengan ika dan kawan-kawannya. Kira aku macam 'menumpang' di situ. Semua benda diorang yang settle, aku cuma datang sana, bayar duit dan enjoy the moment.

Tapi setakat yang aku tahu jelah kan.

Setiap seorang kena bayar RM150 (x 6)
jadi duit itu akan digunakan untuk bayar,

Kereta sewa - RM150 -2 hari.
Hotel satu malam - RM80
Cable car - RM15 (tunjuk ic)
Feri pergi balik - RM36
Muzium Mahsuri - RM... (lupa nak tanya harga)
Makan malam - RM... (Lupa lagi nak tanya)

Masih ada baki RM9 kot?



Dalam feri. Aku banyak dengar cerita orang je, naik feri nanti peninglah, mabuk lautlah, apelah. So aku cuak sikit takut aku alami apa yang orang lain cerita tu, tapi yang sebenarnya ok je kot. Tak ada apalah.. pening tak, muntah tak, ilek je siap boleh tidur lagi. ;p

Kitorang naik feri dari Perlis. Sampai kat Jeti dalam pukul 8.30 tapi Feri yang ada pukul 10.30, pastu kena tunggu lagi sampai pukul 11 baru feri sampai pastu, pukul 11 lebih baru gerak. Banyak buang masa kat situ. Jadinya lain kali kalau nak pergi make sure dah ada kat jeti sebelum subuh! Huh. Lebih baik kalau dah ada kat kedah sehari sebelum hari untuk ke langkawi untuk memanfaatkan masa. 

*Take note!

Sampai kat langkawi dalam 12 lebih. Farah yag incharge kereta dah siap-siap inform abang yang sewakan kereta tu, jadinya by the time kitorang berlabuh di langkawi, kereta pun dah ada. *Take note 2* Jadi tak buang masa kat situ dah, boleh terus heading ke lokasi yang igin dituju.

Oh, masa ni kitorang (ehem.. i mean diorang) tak ambil ejen, so drive sendiri. Terus heading ke cable car. *take note 3* boleh ambik maps kat kaunter khidmat pelanggan atau gunakan jelah smart phone, google map. ;)

 

Yang ini pun aku takut nak naik juga sebenarya. Alkisah sebab dengar cerita orang yang dah pernah pergi plus research kat google tentang cable car. Diorang cakap gayatlah apalah. Faham-faham jelah aku ni apa yang aku berani? Nak menjahit guna mesin elektrik pun aku terjerit-jerit masa first time dulu, inikan pulak nak naik CABLE CAR? YANG CERUN TU? YANG MACAM GAYAT TU?

Tapi ramai cakap dah sampai langkawi tak naik benda ni memang rugilah wei. Rugi tahap kuasa 110%!  Jadi aku pun buat-buat selamber jelah, 


Arghh.. betul ke kite dah naik cable car ni?? *Tak percaya* 

Yang lain-lain selamba gila terjerit-jerit pastu ambil gambar bagai, siap berdiri lagi kat dalam tu. Aku dah macam.. Hoi, korang tak gayat ke?
"Dirilah kak mia, dirilah.." kata diorang.
And i was like O__O Nevermind. 

Tapi jelesnya tengok diorang bergambar. Aku nak jugak, even takut, hikhik.. Pastu aku ingat ika suruh aku diri, then dia cakap, cuba pandang belakang. Bila aku toleh je, 

WOWWWWW... ;O 



Nampak tak kat belakang tu??



Terus hilang gayat.
 Lagipun sebab diorang huha-huha kat dalam ni, jadi ianya mempengaruhi rasa takut dan gayat aku tu.



Seriously, aku terlupa yang dulu aku pernah gayat masa naik replika kapal kat melaka dulu, tapi bila dah duduk kat puncak gunung ni, aku tak ingat apa dah. Perh! Nampak tak penangan dia?


Okey, dah penat bergambar, panjat tangga bagai, Lepas tu dah boleh turun bawah. 

Lepas tu pergi check in kat hotel pulak. Part hotel, ika yang incharge, dia cakap dia google je, pastu dapat 'Teressa... hotel.' Ala, tak ingat apa namanya, ingat nama depan je. Sewa satu bilik, ada dua single bed yang satu katil boleh share dua orang. Tapi sebab kami berenam jadi mintak satu extra katil, kena charge berapa entah, RM20 kot.. eyh ikah?

Tapi oklah, ada aircod, tv, bilik air dan tandas asing-asing, juga wifi! Cuma kawasan sekitar je yang tak strategik. Tapi nak tumpang tidur je pun kan, kira oklah tu..

 Lepas rehat, solat asar, pukul 6 macam tu, keluar balik pergi pantai chenang. Tak jauh pun dari hotel kitorang. Landmark nak pergi kat tempat ni, betul-betul belakang Underwater world tu. Ada satu simpang kat underwater tu, ha.. jalan je terus ke belakang. 



Eh, Langkawi?
Ahhh.. dah sampai langkawi rupanya.. *tampo pipi* 



A happy girl yang dah lama tak keluar dari small town called sungkai. tsk..tsk.. sedih je bunyi. ;p



Ini sesi membalas dendam secara tak sengaja namanya ni. Kikiki. 



Yeay! Finally langkawi aku datangggg... 



Aku jarang pergi pantai jadinya bila sampai kat sini macam perak (baca : Pee-rhak = jakun) sebab pasir dia putih dan halus. Selalu pergi teluk batik pasir dia warna coklat. Kikiki.. sian ittew erk. 



Duduk main laut sampai sunset. Bukan selalu dapat merasa suasana macam ni.



Lepas tu baru gerak balik ke hotel semula. 

Bye-bye pantai chenang. Kalau aku tau pantai dia cantik, konfem aku dah ajak diorang keluar lebih awal, sebab tak puas duduk kat situ dalam masa sejam setengah je. huhu ;(

Malam tu, lepas Isyak baru keluar balik cari makanan. Masa ni duit makan dibayar guna duit yang diorang kutip tu. 

Menu : Siakap stim, tomyam campur, kerang bakar dan kailan.

Habis makan lepak mcD pulok memanfaatkan wifi percuma di situ. Hikhik. Kat rumah tak boleh buat macam tu. Sekali sekala buat tak apa kot..

Pukul 11 malam pulang ke hotel, dan tidur keletihan.

Sumpah letih!  


Till then,
next entry day 2 pulak ye.

Tiada ulasan: