Isnin, 17 Mac 2014

Langkawi : Day 2


Assalamualaikum,

Selepas ber'sunburn' di atas puncak gunung menaiki cable car, sampai muka obviously jadi hitam, ke pantai chenang tengok sunset dan makan ikan masak stim yang pedas berapi tapi menyelerakan kemudian tidur nyenyak sebab kepenatan dan kesejukan sebab tak biasa tidur dalam aircond, 

sekarang hari kedua di pulau langkawi untuk diterokai!



Tempat pertama kitorang pergi 'Langkawi Harbour Park'.

Tempat dia di laluan yang sama untuk pergi ke cable car cuma dia sebelum sampai cable car kalau tak silap aku. Eh, yeke? Ke ada masuk simpang lain? Oh, maafkan saya selepas seminggu meninggalkan Langkawi, ingatan tentang jalan di sana sudah semakin pudar. Huahuahuaaaa.. ;p

Sebenarnya tak ada apa sangat pun kat sini kecuali kau nak tengok kapal-kapal persendirian milik mat-mat salleh berlabuh di situ, atau berphotoshoot macam yang these girls kat bawah ni buat,


Ehem. ;-p

Lepas tu cari kedai makan untuk 'Brunch' (breakfast + Lunch) Dari awal-awal lagi aku macam dah perasan, kalau pergi mana-mana kedai memula mesti macam ada dua tiga orang je, lepas kami masuk, tak lama lepas tu mula ramai orang datang. Ya, aku tau mungkin itu kebetulan, tapi aku pernah dengar tentang 'daya penarik' jadi aku percaya salah seorang daripada diorang, (kecuali aku) ada daya penarik. Cuma aku tak tahu siapa... hemmm.. *usap dagu*

Then terus pergi ke Beras Terbakar. Mula-mula tu macam, mana beras terbakarnya? kenapa banyak kedai orang meniaga pulak nieh? Tapi tak pelah.. terus je jalan sambil pandang kiri dan kanan tanpa nafsu untuk membeli sampailah kat pintu gerbang ni, ada sebuah rumah cantik kat situ lepas tu ada satu kawasan berpagar yang menunjukkan tapak dimana beras itu terbakar/dibakar.



Pintu gerbang yang tiba-tiba muncul selepas melewati deretan gerai-gerai.


ada sekangkang kera kawasan berpagar dengan penanda aras, kawasan beras terbakar, dan..


Inilah beras terbakarnya! Teruja tak? teruja tak? Kihkih, ada sorang pakcik tu yang juga seorang pelawat macam kami sempat cakap, "Beras dia dah tinggal sepinggan." (maafkan saya kalau dialog tidak seperti dialog yang sebenar sebab tak rakam apa yang pak cik tu cakap. ;p)


Nah, sempat bergambar kat tangga rumah tu. Ingatkan rumah ni ada kena mengena dengan beras terbakar tu tapi rupaya ini rumah persendirian milik penghulu. Cumanya kawasan rumah terbak.. Eh, kawasan BERAS terbakar tu kat kawasan rumah ni.

Pedek kata, kalau pergi ke beras terbakar, bolehlah shopping kain batik, kain pelekat, baju dll sebab kat situ memang kawasan untuk shopping. Because i didn't come to langkawi to shop, jadi i didn't buy so much things kat situ. In fact, kalau ika tak cakap yang dia nak belikan kain batik dengan kain pelikat untuk our parent kat situ, aku mungkin takkan beli apa-apa langsung. 

Masa pilih-pilih kain batik, (sebenarnya aku tak pandai pilih kain batik, aku memang tak pandai menghargai batik pendek cerita.) Aku berkenan dengan corak batik yang bunga terabur warna coklat tu, sebab selalu batik dia mesti ada 'kepala', 'kaki', warna dua tiga tone bagai kan, so bila tengok corak yag rare sikit, aku teruslah berkenan pastu mintak kat adik yang layan kitorang tu.

"Dik, nak yang ni." sambil tunjuk kain yang bergantung tu.
"Yang tu RM___ (tak ingat harga) kak, kain batik lepas." Jelas dia.
"Corak lain ada tak? Nak tengok."
Lepas tu dia pun bawak ke tempat kain yang berlipat tu.
"Ini kain batik lepas kak, selalu orang guna nak tutup mayat."
GULP. *terus telan liur.*
"Boleh buat kain ke?" Tanya aku.
"Boleh, biasa orang buat kebaya."
Because mariyatul kaftiyah is a girl yang full of curiousity, dia pun tanya lagi. "Kebaya yang macammana?"
"Tak taulah kak, *saya bukan tailor* (#SENTAP), yang saya tau kebaya. Tapi ini selalu orang guna nak tutup mayat tu.."
"Akak taulah dik, tak payahlah sebut mayat tu.." sebab dah sentap kan, aku pun balas ar balik sambil tersenyum, sebab dia asyik ulang BUAT TUTUP MAYAT, TUTUP MAYAT! Haish, terus kita nak beli pun  takut awak. Takut dah beli sekali tak boleh nak buat kain pulak. 

Haish, haish, haish!

Peyudahnya memang tak beli. Itulah lain kali jangan mention KAIN BATIK LEPAS, UNTUK TUTUP MAYAT, terus hakak tak jadi beli dik.. ;p

Next is Makam Mahsuri


dalam kawasan muzium tu dia ada rumah-rumah traditional (eh tetiba aku tak reti eja tradi..sional? Tradisonal? Eh, eh. )

walaupun aku memang duduk kat rumah papan separuh batu, tapi lepas masuk rumah ni aku terus rasa nak duduk kat rumah yang 100 % kayu. Kalau aku kawin dengan arkitek konfem aku suruh laki aku buatkan rumah khas macam ni. 

Tapi kalau aku kawin dengan arkiteklah... ;p





Bergambar kat depan rumah minangkabau. Bergambar jew. Aku tak tahu kenapa kitorang tak masuk. =__='



Destinasi kedua terakhir adalah borong coklat kat Kompleks Haji Ismail.


"Akak beli coklat banyak-banyak nanti macammana nak bawak balik?" tanya diorang.

aku dah tak fikir dah semua tu, aku cuma ingat coklat yang kawan-kawan kirim dengan untuk diri sendiri je. SEBAB KITA TAK PERGI LANGKAWI SETIAP HARI ;p Hahahaha


Tempat terakhir untuk dilawati pada hari tu adalah Dataran Helang. Walaupun badan dah letih, kaki dah sakit, badan dah berpeluh bagai, tapi sebab kita tak pergi langkawi setiap hari kan, jadi kenalah gagahkan diri jugak menapak ke dataran helang sebab nak ambil gambar.




Naik feri terakhir pukul 7 malam dan berakhirlah sudah percutian singkat ke Langkawi. Pergi 2 hari 1 malam je, tapi bila dah sampai jeti aku rasa dah berhari-hari. 

Dearest Farah, Ina, Sida, Kak Noni dan sister, ika thank u for having me while i was there, while i was a guest kat uum tu, thank you, thank you, thank you! Hahaha.. Farah, nanti akak nak pergi sabah be my tourist guide please? mehmehmeh ;p

XOXO,

Tiada ulasan: