Khamis, 1 Mei 2014

behind the story : Blind date & Crush game

Assalamualaikum,



Blind date – trivia

1.       Idea since 2012 lepas tengok yoon gun dlam ‘music and lyric dia dengan shin hye‘
2.       Pilih nama Marissa pada asalnya sempena nama my cousin Marissa Amylia tapi secara tak sedar guna nama yang sama tapi Adriana Marissa sempena nama newborn anak buah (anak sepupu) masa tulis balik cerita ni pada 2014.

3.       Ada ENAM fail blind date yang masing-masing dengan idea yang berbeza-beza dan tulis separuh-separuh.
4.       Google tentang blind date sebab nak cari gambaran dan plot cerita.

5.       Inspired by bulan hijau untuk tulis cerita yang pendek, ringkas tapi go to the point lepas secara sengaja membaca cerpen baru dia yang dia up kat fb yang membawa kepada aku baca terus cerpen-cerpen dia yang lama. I like the way she write. ;)

Berdasarkan cerpen-cerpen aku yang sebelum ni, aku perasan yang salah satu watak dalam setiap cerita itu akan selalu jadi kaunselor tak bergaji.  Aku tak mahu jadi pakar kaunselor lagi. Aku mahu tulis sesuatu yang lebih dramatic, so kenapa tak jadikan jalan ceritanya begini,

Dalam satu temu janji buta, marissa tak sangka yang dia akan bertemu dengan seorag lelaki yang rupa-rupanya adalah seorang petani, menanggung hutang dan hidup susah sedangkan apa yang dia katakan pada marissa adalah sebaliknya. Bila rahsia lelaki itu terbongkar, apa reaksi marissa dan bagaimana kesudahan cerita?

Tapi jalan cerita macam tu terlalu kompleks, kalau aku nak jugak buat macam tu kemungkinan besar fail blind date akan bertambah menjadi sepuluh dan cerita ni langsung tak siap. Jadi, aku cuba tulis seringkas mungkin dengan target mukasurat dalam 10 atau 12. Kekonon nak cuba tulis dengan cara yang baru lah, tapi bila dah siap tahap kepuasan itu tak sampai. Aku rasa macam banyak lagi perkara yang aku tak tulis/kongsikan. Mungkin sebab kekurangan jumlah m/s jadi lepas ni nampaknya aku memang kena tulis dengan cara dan gaya aku sendirilah. 

Point penting yang aku mahu kongsi adalah bagaimana setiap orang itu mempunyai habit kesukaan yang berbeza-beza dan bagaimana marissa dan Umar saling berkongsi perbezaan mereka itu.

baca -- http://ceritamiakaftiya.blogspot.com/2014/03/cerpen-blind-date-marissa-umar.html

****


Aku memang dah lama nak tulis cerita tentang crush cuma aku tak tahu nak mulakan dari mana. Aku pernah terfikir nak buat zine lagi tapi semua tentang crush tapi nampaknya macam belum menjadi lagi. Sampai satu tahap aku rasa tak tahan lagi nak simpan perasaan ini sorang-sorang, aku nak 'cerita' pada orang lain yang aku ada crush pada seseorang dan beginilah yang aku rasa.

kalau korang ada crush, adakah korang rasakan benda yang sama?

Aku mengaku crush Game adalah sebahagian daripada kisah aku sendiri. Sebab kita tak boleh tulis apa yang kita tak tahu dan kita tak boleh kongsi kalau kita sendiri tak pernah rasa, jadi aku kongsikan 'basic' cerita aku untuk berkongsi dengan orang yang pernah alami perkara yang sama. Part yang paling sukar, yang kita mungkin tak pernah terfikirkan bila orang yang kita suka rupanya milik orang lain. 

Pernah rasa taaaakkk?? *Angkat kening*

Crush. That moment masa kau spot someone yang kau suka dan lepas tu orang tu terus ada dalam fikiran dan pandangan mata kau setiap masa. That feeling kau rasa dunia ni kau yang punya bila nampak dia tapi dalam masa yang sama kau boleh rasa betapa kejamnya dunia ni juga kerana dia.

The less you know about your crush, the exciting it will be. Game over when you know everything about your crush.- mia kaftiya

Tapi motto Crush Game adalah ..... that's why you kena baca!

Lagi satu. Crush Game dan Blind date adalah satu cerita yang sama, dengan watak yang sama, walaupun Blind date ditulis dulu tapi bagi yang belum baca kedua-duanya boleh baca crush dulu kemudian blind date. In shaa allah, lepas ni sambungannya adalah 'Jawapan'. Satu lagi kisah yang dah lama aku nak tulis tapi tak pernah menjadi. 
so..

till then, 

Go! Had a crush dengan Imtiaz, kemudian pergi blind date dengan Umar. Nikmati kisah cinta Marissa. 



Noooo... Marissa bukan mia. 


Tiada ulasan: