Selasa, 6 Mei 2014

le best-frenggg

Assalamualaikum,

Disebalik perwatakan 'luaran' aku yang NAMPAK pendiam, lemah-lembut *muntah* sopan, ayu, baik, warokdong warekoq? (ape entah yang diorang selalu cakap tu) pendek kata macam perempuan melayu terakhir sangat tu kan, i iz sebenarnya..

Suka kentut curi-curi, korek gigi sambil bercakap (malah kadang-kadang mengorek gigi di tempat awam contohnya rumah kenduri) malas mengunyah tapi suka makan, sendawa kuat-kuat dengan selamba, pantang nampak lelaki ensem pastu mata pun bersinar-sinar, suka gelakkan orang, kadang-kadang pemalas yang tahap nak bangun dan berjalan setapak pun malas dan banyak lagi mungkin perkara tak senonoh yang aku tak sedar aku pernah buat. ;p

tapi aku tak buat dengan orang lain kecuali dengan geng-geng menjahit jew. Sampai satu tahap dengan mak cik yang umur 50-an pun boleh jadi geng aku kat kelas menjahit tu. Dia bahan aku, aku bahan dia balik. Dia kutuk aku? Aku kutuk dia balik. Kahkahkah. Sahih-sahih tak boleh jadi menantu mak cik kalau macam ni. ;p





"Kau kena belajar jadi feminine atul.." kata best-freng.

Tiada ulasan: