Sabtu, 28 Jun 2014

Resepi spagetti carbonara yang simple giler.

Assalamualaikum,

Gempak tak tajuk? Kihkih >__<

Hari isnin ari tu tetibe kak Iqin pun post status di facebook yang mana ia membawa kepada...



"Okey, kita buat potluck hari jumaat." putus kak Maria.

Okey. "Nak masak apa?" 

Tetibe mentol lampu menyala kat kepala aku. "Spagetti carbonara!"


Yeaaahhhh... favourito myia kaf-teee-yaaa.. *cakap slang orang italy* 




Kenapa mia Kaftiya suka masak western?

Sebab dia tak pandai masak. =__='

Jadi hasil carian di internet, inilah resepi spagetti carbonara yang simple giler tahap budak darjah lima pun boleh buat.


bahan-bahan Carbonara.

Bawang - besar/putih
Ayam/udang/daging cincang/sosej/cendawan (ikut sukahati)
Susu Segar
Keju (apa-apa jenis pun boleh kot..)
Lada hitam/lada sulah
Sikit bancuhan air tepung jagung.


Cara-cara

Tumis bawang.
masukkan perencah (ayam/daging/sosej ke pebenda yang korang nak bubuh tu)
masukkan susu segar.
pastu masukkan cheese/ atau bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
bila cheese dah cair masuk lada hitam/lada sulah.

Tapi masa aku buat ni, aku tak masukkan cheese pun, pakai sos cheese prego tu je nak bagi pekat sikit.



Nammmpak takk?? Senang gila kan. Orang yang tak pandai masak pun boleh buat benda mudah macam ni uollsss.. ;p

Eh, esok dah puasa? Selamat menjalani ibadah puasa semua. Selamat berterawikh, selamat bersahur dan selamat berbuka. Jaga mata, jaga hati, jaga pandangan, jaga mulut dan kerja keras sikit bulan ni *pesanan untuk Mariyatul Kaftiyah Baharudin yang selalu tidak menjaga diri.*

;-p  

Selasa, 24 Jun 2014

Cameron Highland

Assalamualaikum,

kali terakhir aku naik ke cameron highland adalah masa aku masih sekolah rendah. Darjah empat agaknya.. Berbelas-belas tahun kemudian, naaaahhh... baru jejakkan kaki ke sana balik. Selepas apa yang kami lalui, kerana dengan keizinan Allah, kami sampai jugak kat puncak CH! Weeee...


Kami ngikut jew, kak Maria yang plan nak bawak staf tapi sorang lagi staf tertinggal, sebab dia tak nak ikut, pastu supaya lebih happening, kak maria bawak adik-adik dia sekali. Because the more, the merrier.. *jerit*




 OhMy.. kepala pusing-pusing, duduk dalam kereta asyik nak mengunyap je, pastu rasa senak perut, pastu takut termuntah campur kepala dah pusing-pusing, tak sabar nak jejak tanah, tak sabar nak tahu penghujung jalan yang berpusing-pusing ni, tak sabar nak tengok bunga lavender, I IZ EXCITED!!




sampai kat hentia pertama. ladang teh.


Sampai CH kalau tak singgah ladang teh, memang tak lengkaplah ceritanya kan? Berjalan dari atas bukit lagi dah tercium-cium bau sesuatu, jenuh pikir bau apa ni? BAU APA NI? 

"Bau inai." jawab Oly. 

Yaaaa... patutlah macam biasa cium bau ni, bau inai rupanya. Tapi teh memang bau dia macam tu ke? *muka polos. Siap kedip-kedip mata banyak kali*




Yang lain ikut shortcut, lalu lereng bukit, tapi sebab budak Sarah ni haaaa, pakai high heel, payah nak turun jadi kenalah turun ikut jalan batu ni. Ingatkan senangkan keroje, rupenye lagi payah nak turun ikut sini, dah kena bukak kasut supaya tidak terjatuh dan memalukan diri sendiri, gituewww...

Lagi kali kalau nak pergi CH toksah berangan nak pakai kasut tumit bagai. Ingatan untuk diri sendiri,  kihkih ;p


Salmi, kawan baik Oly masa zaman sekolah. 


Sekejap je kat ladang teh tu, ambik gamba sekeping dua pastu naik balik. Part nak naik ni haaaaa... 



SEMPUT!


Bukit dia tak tinggi, tapi agak curam. Sikit. Sampai kat atas semua carik nafas, tercungap-cungap. 


nak senyum ambil gambar pun tak lalu. Nafas belum stabil. Huargh..

Seterusnya pergi ladang strawberri. Dalam kepala otak aku dah pikir nak petik stroberi je, kali pertama sepanjang hidup kot. Kira wishlist yang sehabis daya, selagi ada daya dan peluang, aku nak jugak petik sendiri stoberi tu. Tempat pertama pergi, orang tu kata bukan musim. Tapi bayar RM25 untuk satu bekas besar, masuk 2 orang.

kecewa. tsk..tskk..

Tapi tak apa, dapat makan aiskrim-stoberi-malaysia-RM1-sebatang kuranglah sikit rasa kecewa tu, lagipun katanya kat atas tu nanti ada lagi, Ok fine. Aku pun tak nak lah shopping apa-apa lagi sebab kat atas nanti ada lagi kan? Kita haruslah buat pilihan yang bijak, survey dulu harga barang kot-kot ada yang murah. (Dia terlupa agaknya kat situ bukan shopping compleks yang boleh jalan kaki je patah balik ke sini ke sana...)

Pergi strawbery farm kedua, harga dia lebih mahal.  Setengah kilo RM30. Setengah kilo tu adalah banyak separuh dari bekas yang dia bagi. Tapi sebab hati aku ni tengah membuak-buak nak jugak, nak jugak petik stoberi, mulalah aku rasa macam tak nak pikir pasal duit. Mahal pun mahallah janji wishlist dipenuhi.

Tapi mujurr.... mujur diorang semua macam tak nak temankan aku. Dah la boleh masuk dua orang je. Jadinya RM30 selamat, tapi dapat benda lain pulak untuk tenangkan diri. BENDA ITU ADALAH...



ini.

Seorang Mariyatul Kaftiyah TIDAK PERNAH MEMBELI ANAK PATUNG SEPANJANG HIDUPNYA sehinggalah dia berjumpa dengan anak patung RM10 ini. Ini pun termasuk dalam wishlist masa birthday aku tahun 2011 dulu tauuuu... (klik sini : miakaftiya wishlist on 11/11/11 ) sebab harga dia murah, haruslah beli. 

Tapi nasib baik pun beli sebab kat tempat seterusnya dah tak dapat dah harga RM10. ;0

Oly cakap (sebab dia dah pernah datang CH dulu beberapa bulan lepas) kat lavender farm pun ada Strawbery farm jugak, kat situ pun boleh petik, jadi kami pun mula bergerak ke tempat yang seterusnya.

Hati ni dahlah tak sabar plus risau, "dapat ke tidak aku petik stroberi ni?" "Lavender farm tu kat mana? Kenapa macam tak sampai-sampai lagi ni. "Jalan ni dah kenapa? Jem panjang bebenoooo..." Hati aku berkata-kata. 

Rupanya tempat tu memang jauh sikit, kat tepi jalan je, tapi jauh. Mugkin terasa jauh sebab jalan jem. Mungkin terasa jauh sebab hati tidak tenteram. Mungkin.



Hailaaaa.. akhirnya jumpa jugak. Tapi bila turun dari kereta aku terus terfikirkan tandas. Tanya Oly mana tandas, Oly cakap tak tahu, otak aku dahlah asyik fikir tannnndas aje!.

Tapi bila masuk kat dalam tu, nampak bunga-bungaan... tak ingat tandas dah, Ingat tiga perkataan ini je,

AMBIK GAMBAR KITE! AMBIK GAMBAR KITE, PLEASEEEE... 


Okey tipu, tak cakap please pun. Bila bergambar-mode-on, aku tak penah 'meminta' aku hanya akan 'menyuruh'. Ho ho ho.


Sampai ke satu tahap, kami berpecah. Aku dengan Oly yang lain-lain aku tak tahu diorang dengan siapa. Sebab aku tak ada handset camera *jeling 3310 kat sebelah* aku terpaksa menyuruh Oly ambik gambar aku guna phone dia.


Omey angat imaaan... tapi sebab kak atul gile glemer, nak jugak menyelit peace kat situ. Kak Oly kejam kan tak nak ambik gambo kite jugak? ;(



Sebab dia dah pernah datang sini. dah puas bergambo kat sini, sebab tu muka dia tak excited langsung. Sebab dia tu dia tabah dan redho melayan kerenah budak-excited-pertama-kali-datang-lavender-farm ini. Thank you oly kerana tabah dan sabar. Kihkih..



Yaya-the-kak-nam



Hi5 sket, kita-geng-gila-glamor. Yeay!


PEREMPUAN-EXCITED-YANG-GILA-GLAMOUR. ;P


Ditemani sahabat sejati yang tidak mampu berkata TIDAK. Kihkihkih 


 Atas sikit kat tempat bunga tu ada stoberi farm. Aku dah teruja tahap gila babeng nak petik tapi tak nampak pintu masuk. Jalan sampai ke hujung pun tapi macam tak ada jalan jugak. Oly cakap tak boleh petik kot.. tapi aku nampak ada orang cina dok petik kat dalam tu, hai, boleh pulak?

Tengok buah pun macam tak banyak je. Jalan lagi kat depan stoberi tu. *tak puas hati* pastu oly kata tak dapat petik ambil gambar pun jadilah.

Okey, posing.


*muka kecewa*

Lepas tu macam tergerak hati nak tanya kat bangla yang duduk tepi pagar tu, 

"Boleh petik?" 
Dia angguk. pastu dia bukak pintu, then dia bagi raga dengan gunting. 200g untuk RM10. aku tanya banyak mana RM10? dia tunjuk suku daripada saiz raga tu.

Hooyeeehhh...


*muka teruja*



Sebab buah tak banyak, pastu ramai pulak ada cina tu dok petik sekali, aku pun macam orang tak tentu arah berlari ke depan ke belakang, main gunting mana yang ada depan mata. Rasa macam dalam explorace pulok nak terkejar-kejar memetik stoberi. Kihkih..

Bila oly cakap, "kat sini merah." sambil aku petik tempat lain. "Jagakan oly, jangan bagi diorang ambik.." 

..??? 



Banyak ini Rm18.90. Banyak jugak, dapat satu bekas besar. Lagi berbaloi dari dua tempat tadi. 

Pheww... Wishlist tercapai.

Dah habis dapat apa yang dimahu, baru teringat tandas balik. Dah nak balik baru teringat tak beli apa-apa kecuali stoberi. Rasakan! Kau ingat ini shopping compleks boleh patah balik mana-mana kedai jalan kaki jew??

Yang sebenarnya aku tak pandai shopping. Kalau suruh berjalan, bergambar, melihat-lihat tempat orang, aku reti, tapi suruh membeli... Pengsan. Tak pandailah!.

Phew. Penatlah taip entri bergambar ni, nak habiskan cecepat. Jadi 'penggulungan hujahnya' adalah bila abang palie patah balik kat kedai tepi jalan sebab kak maria pun tak beli apa-apa kat atas sana, aku pun pulunlah carik apa yang patut untuk dibeli. Tempat yang kecik dan limited camtu, apa sangatlah yang dapat dibeli,..

"Oly beli apa?" tengok-tengok barang Oly pastu lari macam pelesit pergi here and there, patah balik, tengok itu, tengok ini, letak balik. Arrrgghhh... NAK BELI APA NIEEE??

nak membeli barang pun kena cikgu maria yang ajarkan. Ho ho ho.. "Ambik coklat tu dua, ambil teh satu. Dah."

Murka. Ambil jem stoberi satu. Limau sekilo. Sudah!

Balik dengan perasaan lapang dan puas. Thank u akak for the holi-best-day. Next time holiday lagi buleeehh?? *kedip-kedip mata*

muehehee..

Ahad, 22 Jun 2014

#Jodoh berdua

Assalamualaikum.

Aku sekarang berkawan dengan orang-orang yang dah kahwin, dah ada anak empat lima orang, dah ada anak dara, dah ada menantu, yang baru kahwin pun ya. Geng solo aku dengan Oly dan Qila je lah. Lepas tu kan aku ni kekadang kalau dah rapat sangat dengan seseorang tu ditambah lagi kalau orang tu jenis yang selamba tahap kutuk-kutuk aku, bahan aku macam-macam, usik aku macam tu, macam ni, sampai rasa macam diorang tu "sweet-17" sangaaaattt  sebab sanggup kawan dengan budak-budak tak matang macam kami ni. *senyum lebo-lebo*

Disebabkan keterbukaan mereka dan sikap 'sweet-17' diorang tu, aku kad dang- kad dang terlupa yang aku kena respect diorang sama macam aku respect mak dan makcik-makcik aku dengan 'meng-had' sedikit topik perbualan atau 'sesi-pertanyaan'. Sebab aku dah rasa diorang macam kawan-kawan sebaya yang berbeza umur dua tiga tahun je.. >__<

Dalam banyak-banyak topik perbualan dan sesi pertanyaan, aku pernah tanya. "Macammana akak(s) *ada S sebab ramai kakak* kenal dengan suami akak?"

Lain orang, lain cerita. Lain jawapan. Lain reaksi. Lain penerimaannya.

Tapi bila dengan mak cik Lida, yang dah hampir sebaya dengan mak aku pun aku tanya soalan yang sama... KAHKAHKAHKAH.. dia cuma mampu tertunduk kelu. Tak mampu nak menjawab soalan itu. Kahkahkah... *terbayang reaksi mak cik*

"Macammana mak cik kenal dengan pak cik?" Sambil makan roti gardenia ikan bilis.

*mak cik tunduk kepala, terhenti sekejap dari menjahit*

"Atul ni kan...dia memang.. kihkih.. " she want say something tapi tak terluah. Kihkihkih >__<



kebanyakan jawapan yang aku dapat, memang membuktikan #kata-kata dari Hafiz Hamidun di atas. Teruja sekejap lepas jumpa Quote ni sebab aku baru je terfikir nak tulis cerpen apa yang aku fikirkan hasil dari 'temubual' bersama isteri-isteri orang di kelas menjahit itu. Mihmih.



Itulah, aku macam sesumpah, berubah mengikut keadaan dan persekitaran. Beware!

Khamis, 19 Jun 2014

ramadhan is coming..


Assalamualaikum,




Ramadhan is just around the corner, tapi aku baru habis ganti puasa hari ni. Whaaaaa?? Perangai tak berubah, tiap-tiap tahun mesti habiskan ganti bila dah nak masuk ramadhan. Wuwuwu.

Oh, btw ramainya yang tempah kurung moden scallop (sebenarnya tak ramai mana pun, 'kekwat' harus gempak, baru DIVA! ;p), jadinya aku nak stop dulu untuk scallop sehingga selepas raya, jadi kalau nak tempah, mohon tempah baju kurung, kurung moden atau jubah/dress. Tak mahu ambil baju yang rumit sebab takut nanti malas/penat/mengantuk di bulan puasa itu karang baju raya korang pulak yang tak siap kang ha.

Beading juga diterima, tapi sebab dah syok sangat menjahit baju kekadang aku malas jugak nak buat beading. Kalau nak suruh aku jahit manik syaratnya korang kena beli sendiri manik sebab aku tak ada masa nak keluar pergi beli manik, because kedai manik is so far, far away, and i iz jarang keluar dari this small town, called sungkai. Tambah-tambah bulan puasa, lagilahhh..

So, selamat-ganti-puasaaaaa... *jeling kak maria dan oly* Hi-5 dengan Qila sebab dah merdeka! Sebelum ramadhan tiba, hargailah ia dengan MAKAN makanan yang dah lama tak makan, pergi bercuti dan MAKAN puas-puas, buat POTLUCK party dengan kawan-kawan, juga cousins and aunties, tingkatkan stamina diri, minum banyak air, warm up dengan baca al-quran, kemas rumah macam nak sambut raya dan.. tengok Tanyalah Ustaz kat tv9 tiap-tiap pagi untuk menambahkan aura dan 'kepedasan' (eh, abang pedas Iris? Tetibe) Romadhonnn...


Till then nasihat-tidak-berguna dari Mariyatul Kaftiyah. Kalau nak tempah baju, mesej/call kita kat phone/fb/datang-jumpa okey divas?


Wah, fefeling I LOVE U STUPID sangaattt... ;-p

Ahad, 8 Jun 2014

novel review : Sejak kita bertemu

Assalamualaikum,



Malam tadi dah habis baca novel Sejak kita bertemu -Maria Kajiwa. Novel kedua dia bersama Karya seni, menggunakan nama pena Camellia. Sejak kita bertemu dalah kesinambungan novel Erti cinta sebelum ni. Sambungan kisah Anis yang sudah berkahwin dengan Damien, kembar kepada Danny (dalam erti cinta) dan mereka pergi bercuti di villa Helena, sebuah villa di tepi laut yang dihadiahkan oleh ayah mertua Anis. Disitu, pelbagai perkara misteri berlaku.

Kalau korang tak pernah baca Erti cinta, tak apa sebab ianya takkan mencacatkan langsung pembacaan korang untuk novel ini, tapi lebih seronok kalau baca kedua-duanya supaya lebih faham cerita sebenar. In fact, aku jatuh cinta dengan penulisan kak Maria kajiwa lepas aku baca erti cinta. >__<

The review begins,

permulaan cerita agak tak menarik bagi aku, tapi novel apa-apa yang aku baca pun, permulaan dia mesti macam bosan sikit sebab kita belum get into the book, tapi bila dia dah sampai part villa Helena, masa tu memang rasa tak nak lepas dah novel tu.

Aku suka cara kak MK yang menekankan sesuatu perkara yang kecil sehingga buat kita ingat benda tu walaupun selepas habis membaca macam, 'kuih sayang-sayang' 'pokok bunga raya putih yang disiram darah ikan'.  memang benda tu macam tak ada apa, tapi ia adalah kunci kepada pembongkaran misteri keseluruhan cerita.

kalau nak dibandingkan erti cinta dengan sejak kita bertemu, erti cinta lebih buat aku get into the story dan mampu buat bulu roma aku meremang, buat aku trauma nak naik lif, buat aku takut nak pergi hospital, buat aku terkejut bila ada benda jatuh masa tengah membaca, tapi SKB macam lebih ringan, ada sesetengah bab yang aku skip sebab macam babak tu tak penting pun, 

sampai ke penghujung cerita, aku rasa okey.Tak begitu puas, tapi tetap menyenangkan hati. tapi yang bagusnya tentang karya-karya MK adalah dia punya maksud tersirat dan nasihat-nasihat yang disampaikan dalam cara yang.. natural. Tidak ditulis dalam bentuk naratif, tapi dalam bentuk dialog jadi kita tak rasa macam 'sang penulis' yang sedang bagi nasihat, tapi watak dalam novel tu yang sedang menyampaikan nasihatnya kepada kita secara tak sedar.

It's good.

ada beberapa novel Maria Kajiwa yang sebelum ni aku tak review, rasa menyesal pulak. tapi Erti cinta dan Datang pada waktunya memang highly recommanded!. Oh, Suara Tengah Malam belum baca lagi. ;(