Selasa, 24 Jun 2014

Cameron Highland

Assalamualaikum,

kali terakhir aku naik ke cameron highland adalah masa aku masih sekolah rendah. Darjah empat agaknya.. Berbelas-belas tahun kemudian, naaaahhh... baru jejakkan kaki ke sana balik. Selepas apa yang kami lalui, kerana dengan keizinan Allah, kami sampai jugak kat puncak CH! Weeee...


Kami ngikut jew, kak Maria yang plan nak bawak staf tapi sorang lagi staf tertinggal, sebab dia tak nak ikut, pastu supaya lebih happening, kak maria bawak adik-adik dia sekali. Because the more, the merrier.. *jerit*




 OhMy.. kepala pusing-pusing, duduk dalam kereta asyik nak mengunyap je, pastu rasa senak perut, pastu takut termuntah campur kepala dah pusing-pusing, tak sabar nak jejak tanah, tak sabar nak tahu penghujung jalan yang berpusing-pusing ni, tak sabar nak tengok bunga lavender, I IZ EXCITED!!




sampai kat hentia pertama. ladang teh.


Sampai CH kalau tak singgah ladang teh, memang tak lengkaplah ceritanya kan? Berjalan dari atas bukit lagi dah tercium-cium bau sesuatu, jenuh pikir bau apa ni? BAU APA NI? 

"Bau inai." jawab Oly. 

Yaaaa... patutlah macam biasa cium bau ni, bau inai rupanya. Tapi teh memang bau dia macam tu ke? *muka polos. Siap kedip-kedip mata banyak kali*




Yang lain ikut shortcut, lalu lereng bukit, tapi sebab budak Sarah ni haaaa, pakai high heel, payah nak turun jadi kenalah turun ikut jalan batu ni. Ingatkan senangkan keroje, rupenye lagi payah nak turun ikut sini, dah kena bukak kasut supaya tidak terjatuh dan memalukan diri sendiri, gituewww...

Lagi kali kalau nak pergi CH toksah berangan nak pakai kasut tumit bagai. Ingatan untuk diri sendiri,  kihkih ;p


Salmi, kawan baik Oly masa zaman sekolah. 


Sekejap je kat ladang teh tu, ambik gamba sekeping dua pastu naik balik. Part nak naik ni haaaaa... 



SEMPUT!


Bukit dia tak tinggi, tapi agak curam. Sikit. Sampai kat atas semua carik nafas, tercungap-cungap. 


nak senyum ambil gambar pun tak lalu. Nafas belum stabil. Huargh..

Seterusnya pergi ladang strawberri. Dalam kepala otak aku dah pikir nak petik stroberi je, kali pertama sepanjang hidup kot. Kira wishlist yang sehabis daya, selagi ada daya dan peluang, aku nak jugak petik sendiri stoberi tu. Tempat pertama pergi, orang tu kata bukan musim. Tapi bayar RM25 untuk satu bekas besar, masuk 2 orang.

kecewa. tsk..tskk..

Tapi tak apa, dapat makan aiskrim-stoberi-malaysia-RM1-sebatang kuranglah sikit rasa kecewa tu, lagipun katanya kat atas tu nanti ada lagi, Ok fine. Aku pun tak nak lah shopping apa-apa lagi sebab kat atas nanti ada lagi kan? Kita haruslah buat pilihan yang bijak, survey dulu harga barang kot-kot ada yang murah. (Dia terlupa agaknya kat situ bukan shopping compleks yang boleh jalan kaki je patah balik ke sini ke sana...)

Pergi strawbery farm kedua, harga dia lebih mahal.  Setengah kilo RM30. Setengah kilo tu adalah banyak separuh dari bekas yang dia bagi. Tapi sebab hati aku ni tengah membuak-buak nak jugak, nak jugak petik stoberi, mulalah aku rasa macam tak nak pikir pasal duit. Mahal pun mahallah janji wishlist dipenuhi.

Tapi mujurr.... mujur diorang semua macam tak nak temankan aku. Dah la boleh masuk dua orang je. Jadinya RM30 selamat, tapi dapat benda lain pulak untuk tenangkan diri. BENDA ITU ADALAH...



ini.

Seorang Mariyatul Kaftiyah TIDAK PERNAH MEMBELI ANAK PATUNG SEPANJANG HIDUPNYA sehinggalah dia berjumpa dengan anak patung RM10 ini. Ini pun termasuk dalam wishlist masa birthday aku tahun 2011 dulu tauuuu... (klik sini : miakaftiya wishlist on 11/11/11 ) sebab harga dia murah, haruslah beli. 

Tapi nasib baik pun beli sebab kat tempat seterusnya dah tak dapat dah harga RM10. ;0

Oly cakap (sebab dia dah pernah datang CH dulu beberapa bulan lepas) kat lavender farm pun ada Strawbery farm jugak, kat situ pun boleh petik, jadi kami pun mula bergerak ke tempat yang seterusnya.

Hati ni dahlah tak sabar plus risau, "dapat ke tidak aku petik stroberi ni?" "Lavender farm tu kat mana? Kenapa macam tak sampai-sampai lagi ni. "Jalan ni dah kenapa? Jem panjang bebenoooo..." Hati aku berkata-kata. 

Rupanya tempat tu memang jauh sikit, kat tepi jalan je, tapi jauh. Mugkin terasa jauh sebab jalan jem. Mungkin terasa jauh sebab hati tidak tenteram. Mungkin.



Hailaaaa.. akhirnya jumpa jugak. Tapi bila turun dari kereta aku terus terfikirkan tandas. Tanya Oly mana tandas, Oly cakap tak tahu, otak aku dahlah asyik fikir tannnndas aje!.

Tapi bila masuk kat dalam tu, nampak bunga-bungaan... tak ingat tandas dah, Ingat tiga perkataan ini je,

AMBIK GAMBAR KITE! AMBIK GAMBAR KITE, PLEASEEEE... 


Okey tipu, tak cakap please pun. Bila bergambar-mode-on, aku tak penah 'meminta' aku hanya akan 'menyuruh'. Ho ho ho.


Sampai ke satu tahap, kami berpecah. Aku dengan Oly yang lain-lain aku tak tahu diorang dengan siapa. Sebab aku tak ada handset camera *jeling 3310 kat sebelah* aku terpaksa menyuruh Oly ambik gambar aku guna phone dia.


Omey angat imaaan... tapi sebab kak atul gile glemer, nak jugak menyelit peace kat situ. Kak Oly kejam kan tak nak ambik gambo kite jugak? ;(



Sebab dia dah pernah datang sini. dah puas bergambo kat sini, sebab tu muka dia tak excited langsung. Sebab dia tu dia tabah dan redho melayan kerenah budak-excited-pertama-kali-datang-lavender-farm ini. Thank you oly kerana tabah dan sabar. Kihkih..



Yaya-the-kak-nam



Hi5 sket, kita-geng-gila-glamor. Yeay!


PEREMPUAN-EXCITED-YANG-GILA-GLAMOUR. ;P


Ditemani sahabat sejati yang tidak mampu berkata TIDAK. Kihkihkih 


 Atas sikit kat tempat bunga tu ada stoberi farm. Aku dah teruja tahap gila babeng nak petik tapi tak nampak pintu masuk. Jalan sampai ke hujung pun tapi macam tak ada jalan jugak. Oly cakap tak boleh petik kot.. tapi aku nampak ada orang cina dok petik kat dalam tu, hai, boleh pulak?

Tengok buah pun macam tak banyak je. Jalan lagi kat depan stoberi tu. *tak puas hati* pastu oly kata tak dapat petik ambil gambar pun jadilah.

Okey, posing.


*muka kecewa*

Lepas tu macam tergerak hati nak tanya kat bangla yang duduk tepi pagar tu, 

"Boleh petik?" 
Dia angguk. pastu dia bukak pintu, then dia bagi raga dengan gunting. 200g untuk RM10. aku tanya banyak mana RM10? dia tunjuk suku daripada saiz raga tu.

Hooyeeehhh...


*muka teruja*



Sebab buah tak banyak, pastu ramai pulak ada cina tu dok petik sekali, aku pun macam orang tak tentu arah berlari ke depan ke belakang, main gunting mana yang ada depan mata. Rasa macam dalam explorace pulok nak terkejar-kejar memetik stoberi. Kihkih..

Bila oly cakap, "kat sini merah." sambil aku petik tempat lain. "Jagakan oly, jangan bagi diorang ambik.." 

..??? 



Banyak ini Rm18.90. Banyak jugak, dapat satu bekas besar. Lagi berbaloi dari dua tempat tadi. 

Pheww... Wishlist tercapai.

Dah habis dapat apa yang dimahu, baru teringat tandas balik. Dah nak balik baru teringat tak beli apa-apa kecuali stoberi. Rasakan! Kau ingat ini shopping compleks boleh patah balik mana-mana kedai jalan kaki jew??

Yang sebenarnya aku tak pandai shopping. Kalau suruh berjalan, bergambar, melihat-lihat tempat orang, aku reti, tapi suruh membeli... Pengsan. Tak pandailah!.

Phew. Penatlah taip entri bergambar ni, nak habiskan cecepat. Jadi 'penggulungan hujahnya' adalah bila abang palie patah balik kat kedai tepi jalan sebab kak maria pun tak beli apa-apa kat atas sana, aku pun pulunlah carik apa yang patut untuk dibeli. Tempat yang kecik dan limited camtu, apa sangatlah yang dapat dibeli,..

"Oly beli apa?" tengok-tengok barang Oly pastu lari macam pelesit pergi here and there, patah balik, tengok itu, tengok ini, letak balik. Arrrgghhh... NAK BELI APA NIEEE??

nak membeli barang pun kena cikgu maria yang ajarkan. Ho ho ho.. "Ambik coklat tu dua, ambil teh satu. Dah."

Murka. Ambil jem stoberi satu. Limau sekilo. Sudah!

Balik dengan perasaan lapang dan puas. Thank u akak for the holi-best-day. Next time holiday lagi buleeehh?? *kedip-kedip mata*

muehehee..

Tiada ulasan: