Ahad, 22 Jun 2014

#Jodoh berdua

Assalamualaikum.

Aku sekarang berkawan dengan orang-orang yang dah kahwin, dah ada anak empat lima orang, dah ada anak dara, dah ada menantu, yang baru kahwin pun ya. Geng solo aku dengan Oly dan Qila je lah. Lepas tu kan aku ni kekadang kalau dah rapat sangat dengan seseorang tu ditambah lagi kalau orang tu jenis yang selamba tahap kutuk-kutuk aku, bahan aku macam-macam, usik aku macam tu, macam ni, sampai rasa macam diorang tu "sweet-17" sangaaaattt  sebab sanggup kawan dengan budak-budak tak matang macam kami ni. *senyum lebo-lebo*

Disebabkan keterbukaan mereka dan sikap 'sweet-17' diorang tu, aku kad dang- kad dang terlupa yang aku kena respect diorang sama macam aku respect mak dan makcik-makcik aku dengan 'meng-had' sedikit topik perbualan atau 'sesi-pertanyaan'. Sebab aku dah rasa diorang macam kawan-kawan sebaya yang berbeza umur dua tiga tahun je.. >__<

Dalam banyak-banyak topik perbualan dan sesi pertanyaan, aku pernah tanya. "Macammana akak(s) *ada S sebab ramai kakak* kenal dengan suami akak?"

Lain orang, lain cerita. Lain jawapan. Lain reaksi. Lain penerimaannya.

Tapi bila dengan mak cik Lida, yang dah hampir sebaya dengan mak aku pun aku tanya soalan yang sama... KAHKAHKAHKAH.. dia cuma mampu tertunduk kelu. Tak mampu nak menjawab soalan itu. Kahkahkah... *terbayang reaksi mak cik*

"Macammana mak cik kenal dengan pak cik?" Sambil makan roti gardenia ikan bilis.

*mak cik tunduk kepala, terhenti sekejap dari menjahit*

"Atul ni kan...dia memang.. kihkih.. " she want say something tapi tak terluah. Kihkihkih >__<



kebanyakan jawapan yang aku dapat, memang membuktikan #kata-kata dari Hafiz Hamidun di atas. Teruja sekejap lepas jumpa Quote ni sebab aku baru je terfikir nak tulis cerpen apa yang aku fikirkan hasil dari 'temubual' bersama isteri-isteri orang di kelas menjahit itu. Mihmih.



Itulah, aku macam sesumpah, berubah mengikut keadaan dan persekitaran. Beware!

Tiada ulasan: