Ahad, 8 Jun 2014

novel review : Sejak kita bertemu

Assalamualaikum,



Malam tadi dah habis baca novel Sejak kita bertemu -Maria Kajiwa. Novel kedua dia bersama Karya seni, menggunakan nama pena Camellia. Sejak kita bertemu dalah kesinambungan novel Erti cinta sebelum ni. Sambungan kisah Anis yang sudah berkahwin dengan Damien, kembar kepada Danny (dalam erti cinta) dan mereka pergi bercuti di villa Helena, sebuah villa di tepi laut yang dihadiahkan oleh ayah mertua Anis. Disitu, pelbagai perkara misteri berlaku.

Kalau korang tak pernah baca Erti cinta, tak apa sebab ianya takkan mencacatkan langsung pembacaan korang untuk novel ini, tapi lebih seronok kalau baca kedua-duanya supaya lebih faham cerita sebenar. In fact, aku jatuh cinta dengan penulisan kak Maria kajiwa lepas aku baca erti cinta. >__<

The review begins,

permulaan cerita agak tak menarik bagi aku, tapi novel apa-apa yang aku baca pun, permulaan dia mesti macam bosan sikit sebab kita belum get into the book, tapi bila dia dah sampai part villa Helena, masa tu memang rasa tak nak lepas dah novel tu.

Aku suka cara kak MK yang menekankan sesuatu perkara yang kecil sehingga buat kita ingat benda tu walaupun selepas habis membaca macam, 'kuih sayang-sayang' 'pokok bunga raya putih yang disiram darah ikan'.  memang benda tu macam tak ada apa, tapi ia adalah kunci kepada pembongkaran misteri keseluruhan cerita.

kalau nak dibandingkan erti cinta dengan sejak kita bertemu, erti cinta lebih buat aku get into the story dan mampu buat bulu roma aku meremang, buat aku trauma nak naik lif, buat aku takut nak pergi hospital, buat aku terkejut bila ada benda jatuh masa tengah membaca, tapi SKB macam lebih ringan, ada sesetengah bab yang aku skip sebab macam babak tu tak penting pun, 

sampai ke penghujung cerita, aku rasa okey.Tak begitu puas, tapi tetap menyenangkan hati. tapi yang bagusnya tentang karya-karya MK adalah dia punya maksud tersirat dan nasihat-nasihat yang disampaikan dalam cara yang.. natural. Tidak ditulis dalam bentuk naratif, tapi dalam bentuk dialog jadi kita tak rasa macam 'sang penulis' yang sedang bagi nasihat, tapi watak dalam novel tu yang sedang menyampaikan nasihatnya kepada kita secara tak sedar.

It's good.

ada beberapa novel Maria Kajiwa yang sebelum ni aku tak review, rasa menyesal pulak. tapi Erti cinta dan Datang pada waktunya memang highly recommanded!. Oh, Suara Tengah Malam belum baca lagi. ;(


Tiada ulasan: