Sabtu, 28 Jun 2014

Resepi spagetti carbonara yang simple giler.

Assalamualaikum,

Gempak tak tajuk? Kihkih >__<

Hari isnin ari tu tetibe kak Iqin pun post status di facebook yang mana ia membawa kepada...



"Okey, kita buat potluck hari jumaat." putus kak Maria.

Okey. "Nak masak apa?" 

Tetibe mentol lampu menyala kat kepala aku. "Spagetti carbonara!"


Yeaaahhhh... favourito myia kaf-teee-yaaa.. *cakap slang orang italy* 




Kenapa mia Kaftiya suka masak western?

Sebab dia tak pandai masak. =__='

Jadi hasil carian di internet, inilah resepi spagetti carbonara yang simple giler tahap budak darjah lima pun boleh buat.


bahan-bahan Carbonara.

Bawang - besar/putih
Ayam/udang/daging cincang/sosej/cendawan (ikut sukahati)
Susu Segar
Keju (apa-apa jenis pun boleh kot..)
Lada hitam/lada sulah
Sikit bancuhan air tepung jagung.


Cara-cara

Tumis bawang.
masukkan perencah (ayam/daging/sosej ke pebenda yang korang nak bubuh tu)
masukkan susu segar.
pastu masukkan cheese/ atau bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
bila cheese dah cair masuk lada hitam/lada sulah.

Tapi masa aku buat ni, aku tak masukkan cheese pun, pakai sos cheese prego tu je nak bagi pekat sikit.



Nammmpak takk?? Senang gila kan. Orang yang tak pandai masak pun boleh buat benda mudah macam ni uollsss.. ;p

Eh, esok dah puasa? Selamat menjalani ibadah puasa semua. Selamat berterawikh, selamat bersahur dan selamat berbuka. Jaga mata, jaga hati, jaga pandangan, jaga mulut dan kerja keras sikit bulan ni *pesanan untuk Mariyatul Kaftiyah Baharudin yang selalu tidak menjaga diri.*

;-p  

Tiada ulasan: