Selasa, 29 Julai 2014

Selamat hari merah seduniaaaa...

Assalamualaikum,

Sebab tahun ni ramai sangat yang pakai merah pada syawal pertama, jadi kita gantikan ucapan selamat hari raya dengan SELAMAT HARI MERAH okey gitu?



jadi selamat hari merah sedunia daripada kami sekeluarga....








p/s : tak cukup lagi satu keluarga. patut nampak kurang.. >__<

Rabu, 23 Julai 2014

Hanya di bulan puasa.

Assalamualaikum.


lagiiii... *kira jari* 5 hari nak raya! Yeay!

Rutin aku selama hampir sebulan ni, kerja, kerja, kerja. Setiap hari pun kerja, Ya, setiap hari termasuk hari ahad. Ya, setiap hari, termasuk malam hari. Kalau bukan bulan puasa pergi kerja pukul sepuluh ke atas-suka-hati-bapak-hang, tapi bila bulan puasa pukul 8.30 pagi dah wajib ada kat kedai sebab tetiba rasa macam time fly so fast. Kalau boleh datang lepas sahur memang dah  datang dah tapi sebab takut datang sengsorang gelap gelita nanti kena kacau dengan orang gila.. ;(  Lepas ni dah boleh tulis novel, "Kehidupan seorang tukang jahit di bulan ramadan.." ;p

Tapi bulan puasa bukan hanya tentang tempahan/baju raya/customer dan kedai sahaja. Bulan puasa juga adalah bulan dimana...


Makan berjemaah

Sebab kalau bukan bulan puasa, kitorang satu family makan berperingkat, abah balik kerja makan dulu. Aku balik rumah tapau nasik pergi kedai balik makan dengan Oly, adik-adik balik sekolah lambat makan lambat, malam dah tak berapa nak makan dah. Kat situ dah memang tak makan sama-sama langsung, tapi bulan puasa sebab kena tunggu masuk waktu, kenalah makan sama-sama. Kan?


iftar minggu pertama kat kampung. 




Basuh pinggan selepas makan

Sebab dah makan sama-sama time berbuka tadi, senang sikit nak kumpul pinggan cawan kotor lepas tu terus basuh sekali jadi sinki pun clean and clear. Biasanya orang yang tengah 'uzur' lah kena ambik job basuh pinggan lepas berbuka tuh. Untung ramai adik beradik perempuan, lepas sorang, sorang ambik job basuh pinggan.. kihkih. Kalau hari biasa jangan mimpi nak tengok sinki kosong, setiap hari aku basuh setiap pagi SAHAJA, kalau ada pinggan kotor aku biarkan sampai keesokan paginya pula. Tauuuuu... rezeki susah nak masuk kalau tak habiskan kerja untuk hari itu, tapi tak laratlahhhhhh... tukang punggah ramai sangat!.



Pergi kerja awal

Segala benda pun bermula awal, kecuali bangun sahur. Kalau tak digerak, memang tak bangun. tak sedar diri tu dah tua dah sepatutnya bangun sendiri. balik kerja pun awal, biasanya kalau lepas solat asar tu kekadang memang dah malas dah nak ngadap mesin, so lepak-lepak jap kemas barang, sembang bagai pastu angkat beg, cabut.

Tolong mak masak.

Selalu tak tolong pun! Kahkahkah Tapi sebab bulan puasa, perut lapar dan makanan haruslah menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu. Bila bulan puasa, pergi pasar pun dah jadi sesuatu yang mengujakan. Tengok mak beli ikan apa, sayur apa, pastu bila mak tanya aku nak masak apa hari ni, terus menu-menu terlintas di fikiran. Kalau hari biasa mak tanya,

"Hari ni nak masak apa ehh??" tanya mak sebab tak ada idea nak beli ikan apa.

*Diam* "Entah.." atau "Mak masak jelah apa pun ude makan je."

Tapi kalau tanya Icha best, "Icha nak makan apa?"

"Oti Canai!"


budak demok punya perangaiiiii..


Syahdu giler dengar lagu raya sambil menjahit baju. Lagi syahdu bila baju raya sendiri pun tak jahit lagi. Nak tema merah? Kain merah pun tak nampak bayang. Syahduuuu gilaaaaaaaa...




p/s : Weh tak sabar nak makan ketupat rendang batang buruk biskut makmur maruku... uuu sedapnyeee..




Ahad, 6 Julai 2014

dear Mr. Crush

Assalamualaikum,



Don't worry, i'm not giving up on you. 

at least, NOT YET!.





Secret crush : why you so near but yet so far away?

               "Aku teringat memori lama sebelum dia menjadi secret crush aku sebelum ini dia macam sentiasa ada dimana-mana yang aku pandang, dia sentiasa ada dimana-mana aku berada, dia sentiasa muncul dalam diari harianku walaupun aku langsung tak peduli tentang dia...."





p/s : CRUSH GAME



Khamis, 3 Julai 2014

Zaman jahiliyah jadi pelakon


Assalamualaikum,


Bukak laptop, kat tab youtube, entah sape entah taip nama syasya solero kat situ, aku nak tukar video lain tapi macam tak ada idea nak tengok video apa, pastu macam orang gila glemer dan taksub pada diri sendiri tetiba aku pun terus taip mia kaftiya, pastu aku jumpa video ni yang aku upload dulu. Pastu aku pun klik dan tengok.


*Senyum*





*tersipu malu*

>__<





KAHKAHKAHKAH


Projek sem berapa entah masa zaman belajar dulu, kena berlakon jadi line u mobile yang tak clear. OMAGOSH.. bila budak pemalu disuruh berlakon, kena pakai topeng lagi? Memang buruk benor jadinya. Aku malu beb, malu bila tengok balik video ni.

Terkekek-kekek ketawa tengok panjang yang macam beruk dapat bunga, ke macam beruk dapat pisang? Kihkihkih  PANJANG… KENAPA HYPER SANGAT NIEH?  Oh, sebab dia punya line D-zone sangat jelas dan coverage tinggi tahap 4G gitu? ;p

Part yang paling malu sekali nak tengok, part aku kena berlakon jadi pengguna yang line maxis dia (ezzah) tak clear. Pastu kena cakap dialog yang entah pape.

Masa tu aku dah start menulis jugak, tapi bila diorang mintak idea, entah kenapa aku macam langsung tak ada idea, kalau lah sekarang kena buat balik projek macam tu, konfem aku bagi idea gempak-gempak tahap boleh jadi fenomena  kat tv3 punya.

Pasti!



"Langganilah D-zone!" *pengsan kalau suruh sebut perkataan ni lagi*