Rabu, 23 Julai 2014

Hanya di bulan puasa.

Assalamualaikum.


lagiiii... *kira jari* 5 hari nak raya! Yeay!

Rutin aku selama hampir sebulan ni, kerja, kerja, kerja. Setiap hari pun kerja, Ya, setiap hari termasuk hari ahad. Ya, setiap hari, termasuk malam hari. Kalau bukan bulan puasa pergi kerja pukul sepuluh ke atas-suka-hati-bapak-hang, tapi bila bulan puasa pukul 8.30 pagi dah wajib ada kat kedai sebab tetiba rasa macam time fly so fast. Kalau boleh datang lepas sahur memang dah  datang dah tapi sebab takut datang sengsorang gelap gelita nanti kena kacau dengan orang gila.. ;(  Lepas ni dah boleh tulis novel, "Kehidupan seorang tukang jahit di bulan ramadan.." ;p

Tapi bulan puasa bukan hanya tentang tempahan/baju raya/customer dan kedai sahaja. Bulan puasa juga adalah bulan dimana...


Makan berjemaah

Sebab kalau bukan bulan puasa, kitorang satu family makan berperingkat, abah balik kerja makan dulu. Aku balik rumah tapau nasik pergi kedai balik makan dengan Oly, adik-adik balik sekolah lambat makan lambat, malam dah tak berapa nak makan dah. Kat situ dah memang tak makan sama-sama langsung, tapi bulan puasa sebab kena tunggu masuk waktu, kenalah makan sama-sama. Kan?


iftar minggu pertama kat kampung. 




Basuh pinggan selepas makan

Sebab dah makan sama-sama time berbuka tadi, senang sikit nak kumpul pinggan cawan kotor lepas tu terus basuh sekali jadi sinki pun clean and clear. Biasanya orang yang tengah 'uzur' lah kena ambik job basuh pinggan lepas berbuka tuh. Untung ramai adik beradik perempuan, lepas sorang, sorang ambik job basuh pinggan.. kihkih. Kalau hari biasa jangan mimpi nak tengok sinki kosong, setiap hari aku basuh setiap pagi SAHAJA, kalau ada pinggan kotor aku biarkan sampai keesokan paginya pula. Tauuuuu... rezeki susah nak masuk kalau tak habiskan kerja untuk hari itu, tapi tak laratlahhhhhh... tukang punggah ramai sangat!.



Pergi kerja awal

Segala benda pun bermula awal, kecuali bangun sahur. Kalau tak digerak, memang tak bangun. tak sedar diri tu dah tua dah sepatutnya bangun sendiri. balik kerja pun awal, biasanya kalau lepas solat asar tu kekadang memang dah malas dah nak ngadap mesin, so lepak-lepak jap kemas barang, sembang bagai pastu angkat beg, cabut.

Tolong mak masak.

Selalu tak tolong pun! Kahkahkah Tapi sebab bulan puasa, perut lapar dan makanan haruslah menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu. Bila bulan puasa, pergi pasar pun dah jadi sesuatu yang mengujakan. Tengok mak beli ikan apa, sayur apa, pastu bila mak tanya aku nak masak apa hari ni, terus menu-menu terlintas di fikiran. Kalau hari biasa mak tanya,

"Hari ni nak masak apa ehh??" tanya mak sebab tak ada idea nak beli ikan apa.

*Diam* "Entah.." atau "Mak masak jelah apa pun ude makan je."

Tapi kalau tanya Icha best, "Icha nak makan apa?"

"Oti Canai!"


budak demok punya perangaiiiii..


Syahdu giler dengar lagu raya sambil menjahit baju. Lagi syahdu bila baju raya sendiri pun tak jahit lagi. Nak tema merah? Kain merah pun tak nampak bayang. Syahduuuu gilaaaaaaaa...




p/s : Weh tak sabar nak makan ketupat rendang batang buruk biskut makmur maruku... uuu sedapnyeee..




1 ulasan:

Soleh S berkata...

jangan risau baju raya baru takde xpe, pakai je baju terbaik yang kita ada. btw saya pun xbeli baju raya....jahit apatah lagi. hahaha...mood syahdu sejak mh17 jatuh.