Khamis, 7 Ogos 2014

Nak terbitkan novel?

Assalamualaikum,

Lepas aku post entri 'Nak jadi penulis? Nah cuba tips ni' aku terus dapat banyaaaakkk soalan dari orang-orang yang berminat dalam bidang penulisan tapi tak tahu macammana nak masuk dalam bidang ni. I HEARD YOU GUYS, sebab tu aku tulis entri ini walaupun...*jeda* walaupun.. aku belum terbitkan novel sendiri lagi. *tertunduk malu* ;p

Jadi selepas menulis satu rangkaian cerita yang panjangnya beribu-ribu perkataan dan beratus-ratus mukasurat, APA YANG HARUS SAYA LAKUKAN? *tanya mereka*


PERAM MANUSKRIP

Kata penulis senior, peram dulu manuskrip itu untuk satu tempoh tertentu yang kamu sendiri mahu. Seminggu ke sebulan ke setahun ke, terpulang. Dah peram boleh check balik manuskrip tu, check spelling, plot, itu ini dan sebagainya atau yang sepatutnya. Boleh juga bagi pada seseorang untuk dia semakkan. Tujuan diperam  adalah supaya... *okey, terlupa apa tujuannya.. LOL*


CARI PUBLISHER

Kat Malaysia ni ada banyak syarikat penerbitan yang boleh kita pilih (atau kita yang 'terpilih') untuk terbitkan (atau 'diterbitkan') karya kita, jadi bila dah yakin dengan manuskrip kamu tu, pilih syarikat penerbitan mana yang kamu mahu untuk terbitkan novel kamu tu. Setiap syarikat penerbitan ada syarat-syarat mereka sendiri, jadi kaji dulu setiap syarat dan kehendak mereka sebelum menghantar manuskrip.

"MACAMMANA NAK CARI PUBLISHER TU KAK MIA?" 

Yaaa.. i heard you. 

Kadang-kadang dalam sesetengah novel, kat mukasurat belakang sekali dia akan lampirkan satu ruangan macam.. 

"Berminat menjadi penulis? Hantarkan kepada kami bla.. bla.. bla.. *syarat-syarat penyertaan dan sebagainya*

Dari situlah kamu hantar ikut arahan yang diberi. Hantar guna pos ke, by hand ke, by email ke. Mengikut terma-terma yang telah ditetapkan. Atau cara lain, bukak google, taip nama publisher yang kamu mahu dan cari laman web diorang, dari situ kamu boleh godek-godek cari macammana nak hantar manuskrip pada diorang.


TUNGGU JAWAPAN

Bila manuskrip kamu tu dah selamat dihantar, tunggu jawapan dari pihak mereka. Itu urusan antara anda dan pihak penerbit, 


#SoalanRambang

S : Boleh tak guna nama lain sebab nak sorokkan identiti sendiri?
J : Boleh. Dan ia dipanggil nama pena. 

S : Boleh cerita sikit langkah nak memasuki dunia penulisan ni?
J : Mula-mula kena tulis, tulis, tulis, sampai berjaya tulis novel. Lepas tu kena cuba hantar, hantar, hantar manuskrip pada publisher sampai diterima untuk diterbitkan, lepas tu.. dah ada novel sendiri.

S : Macammana akak senang nak dapat idea dan buat trademark sendiri?
J : Akak suka 'melihat' sesuatu dan membayangkan ianya menjadi satu rangkaian cerita. Akak suka ambil 'masalah' yang akak alami atau yang akak 'lihat' dan jadikan ia sebagai satu cerita yang mana 'masalah' itu akan diselesaikan pada penamat cerita yang akak tulis nanti. 

Trademark. Bila kita dah tulis banyak cerita, tulis banyak banyak kali kita akan 'jumpa' trademark kita sendiri.


Dah. Ini je yang aku mampu kongsikan sebab aku sendiri pun belum ada novel sendiri. Tulis manuskrip pun belum pernah lengkap sempurna. Tapi sebab ada je yang bertanya macammana nak terbitkan novel? rasa macam, yaaaaa.. akak faham perasaan kau dik! Akak dulu pun pernah tertanya-tanya macammana nak jadi penulis tapi tak tahu nak tanya pada siapa, jadi supaya adik-adik tak jadi macam akak dulu, jadi akak kongsikan juga apa yang akak tahu.

Kalau nak info yang lebih lengkap dan sempurna, mungkin boleh tanya pada penulis-penulis lain yang lebih berpengalaman. Kepada penulis-penulis yang mungkin terbaca entri ini, maafkan kite kalau ada tersalah dalam memberi maklumat, mohon dibetulkan. >__<



p/s : Dear amirah, harap entri ini membantu. ^__o

3 ulasan:

Soleh S berkata...

haha....aku nak tulis cerita gak, tapi sebab malas dan tak tahu macam mana. last2 baru 2 muka surat wors terus aku tidur. --statement pemalas

Tanpa Nama berkata...

Saya minat berkarya tapi dah smpai tngh idea kering terus haha..terus simpan jd khazanah..

TwinkieBling2 berkata...

Boleh ke umur 11 tahun tulis novel scram,mistik and love?