Ahad, 17 Ogos 2014

Novel review : Murtad


Assalamualaikum,



Ini novel kedua keluaran fixi yang aku baca selepas 'ASRAMA by fatrim shah'. Dua-dua pun pinjam dari kawan adik aku. Tak tahu macammana nak beli novel fixi sebab baru nak berjinak-jinak membaca keluaran mereka.

Murtad mengisahkan pasangan kembar, Adam dan Akhil yang diberi tugas untuk membunuh manusia-manusia yang telah murtad setelah diberi peringatan sebanyak enam kali. Kali ketujuh jika mereka masih tidak bertaubat, maka orang terakhir yang mereka akan jumpa adalah Adam dan Akhil sebelum mereka bertemu dengan malaikat maut.

Saat mukasurat pertama aku baca aku macam dah terikat untuk terus membaca. Ada beberapa persoalan pada awalan bab yang buat aku nak tau  dan jawapan itu perlu dicari jawapannya pada setiap helaian mukasurat. Tapi sebab minggu ni agak sibuk, sesi membaca selalu tersasar padahal hati tu dah membuak-buak rasa nak duduk rumah baca novel je.

keterujaan aku bertambah bila muncul watak perempuan yang selalu tunggu bas sorang-sorang waktu malam yang menarik perhatian Akhil. Dia punya part tu sweet macam makan sebiji gula-gula (bagi aku) *"Sebijik gula-gula" je sebab tak terlalu sweet macam scene abang zain dengan Indah LOLOL . Bila kekadang baca novel dari penulis lelaki terasa kelainannya! 

Setiap babak aksi/pertarungan/tembak-menembak sangat jelas dalam kotak imaginasi aku. Tapi sebab aku lebih teruja nak tau penamat cerita, ada beberapa babak 'bertarung' yang aku skip sebab aku tak suka tengok orang bergaduh-gaduh ni. huuuhhh.. 

Bahasa yang penulis guna pun sangat sempoi, loghat kedah lagi. Jalan cerita macam berat, tapi sebenarnya tak berat mana pun, tak payah penat otak nak cerna setiap patah perkataan, duduk, baca dan feel it! Aku tak pandai nak habaq lagu mana tapi cerita ni memang best! MEMANG BEST!



Lepas ni nak cari buku fixi lagi ah, habaq mai kat aku buku apa yang best? 

Tiada ulasan: