Khamis, 11 September 2014

Happiness is..


Assalamualaikum,

*nyanyi*

Because i'm happy clap along
if you know WHAT happiness 
 is to you..


Happiness is..



Mulberry

Petik buah mulberi kat tepi rumah. Kadang-kadang rasa macam satu terapi. Walaupun tak pandai menanam, tapi suka petik buah. Cita-cita nak petik buah epal dengan anggur. Wooaaaahhh...




Makan aiskrim.

Lagi-lagi wall's selection sampai buat 'tabung-makanan' dengan oly semata-mata nak cukupkan duit untuk beli eskrem ni. Mihmih.. ;)



Roti

Beli roti fresh dari kilang. Dulu cita-cita nak bukak kedai bakery, tapi tiba-tiba 'terjadi' tukang jahit, kihkih. 



Babysitter

Babysitted anak dara dua orang ni. Kiri Icha Jazlin, kanan Zaza Aina. Sesukahati je ude memendekkan nama diorang, kihkih Oklah, Dalisya Jazlin (kalau tak salah) dengan Syaza Raihana. Jaga Icha dah memang tiap-tiap harilah kan kecuali cuti, jaga Syaza kadang-kadang je bila mak ayah dia ada hal, jadi that moment Icha dengan Syaza ada kat rumah berdua tu yang selalu buat aku tertunggu-tunggu. Suka tengok gelagat diorang berdua. Comell.. tapi kekadang tu menguji kesabaran juga wehh..



Breakfast

 Ada pepatah mengatakan, 'breakfast like a king'. Sometimes, i do breakfast like a king. 'sometime' sebab kadang-kadang je waktu pagi ada banyak makanan. Kadang waktu pagi aku punya nafsu makan tu lain macam sikit, dah beli roti canai boleh lagi dia teringin nak makan maggi yang ditumis dengan ayam, cendawan, campur kubis bla.. bla..bla.. atau nak roti yang dibakar dengan cheese pastu tabur sosej, bla.. bla.. bla.. Suka tengok banyak makanan atas meja, tapi makannya sikit-sikit je. Kekadang tu tak ada langsung makanan atau ada satu jenis je atau bila tak ada nafsu makan, minum air pun dah kenyang. Pfft.. 




My one shop

Pergi kedai aksesori, tengok koleksi beg. Double happy bila datang untuk membeli. Yeay! Beg baruuuu.. tapi selalunya pergi tak beli apa-apa pun, pusing-pusing tengok barang pastu aim barang apa nak dibeli 'nanti' pastu dua tiga minggu kemudian datang balik..

"Eh, beg yang kite nak tu dah tak ada??"

Begitulah..




Family day

Best part tentang family adalah 'selfie'. Sellfish memasing nak masukkan muka dalam skrin. puuff.. *tiup hujung tudung*



Bercuti

Percutian berkumpulan adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Kalau ada peluang, aku mahu pergi bercuti lagiiiii... *jerit*


what HAPPINESS to you?

3 ulasan:

Razfira berkata...

saya pon suka kedai 1 shop

Soleh S berkata...

reading good book is happiness to me ;)

mia kaftiya berkata...

reading good book is 'double-happiness' to me soleh, hehe