Selasa, 16 September 2014

Me being a tailor

Assalamualaikum,


Bersempena dengan bulan september 2014 ni genaplah dua tahun aku 'terjebak' dalam dunia jahitan, jadi nak post entri khas lah kat sini supaya aku tak lupa lagi bape tahun dah aku dah jadi tukang jahit, kahkah..


Bagaimana terjebak?

Aku baru lepas berhenti kerja, jadi penganggur dalam sebulan lebih dan tak ada plan untuk cari kerja lain lagi sebab biasanya kerja yang cari aku bukan aku yang cari kerja, nampak tak konsepnya disitu? Kihkih ;p 

sepanjang bulan puasa taklah jadi penganggur sangat pun sebab aku buat job jahit manik, nak dijadikan cerita, masa pergi beraya rumah Oly, tiba-tiba dia ajak aku belajar menjahit dah tu aku pun ok kan aje. Padahal bukannya minat menjahit pun, tapi daripada duduk rumah jadi penganggur semata-mata ada baiknya aku buat sesuatu yang berfaedah sikit,

Sebenarnya dulu masa zaman sekolah aku tak pernah rapat dengan Oly pun, kitorang terpisah dengan dunia masing-masing yang berbeza, kalau nak recall balik zaman-zaman sekolah dulu muka oly sangat payah untuk muncul balik dalam ingatan aku, tapi muka aku je yang kekadang muncul dalam kotak-fikiran-Oly (hamboii.. kau ingat kau tengah mengarang novel sekarang?)

Pastu kitorang mula berkawan balik pun sebab aku rapat dengan kak su, kakak Oly. Persoalan "kenapalah kita tak rapat dulu, Oly?" selalu bermain-main di bibir kami *imbaskembali* lalu jawab Oly, "mungkin sebab bertemu selepas zaman sekolah itu lebih baik kot.." Yaa... mungkin Allah has a better plans, kami dipertemukan dalam bidang ini. 

So, terjebaklah petang-petang pergi kelas menjahit bersama-sama. Bermula dari 0 tak tahu apa-apa, tak ada matlamat, tak ada misi dan visi, yang tahunya mengeluh bila dah jahit kena tetas, cakap 'ottuke' (tak reti eja lah bahasa korea tu) setiap kali tersalah buat, lepas tu keluar jalan-jalan bila stress.

wa dah kata, wa tak minat menjahit pun. 


Dah tak minat, kenapa teruskan?


Sebab malas nak fikir masa depan. Lagipun sambil belajar menjahit, kitorang (asalnya cuma aku, tapi aku 'tarik' Oly sekali buat beading) jahit manik juga, dari situ kitorang cari duit poket, dalam tempoh setahun tu sebenarnya kitorang lebih banyak jahit manik dan main-main belajar menjahit. Sebab tu kena perli dengan students baru, "kata dah belajar setahun tapi macam tak tau apa-apa", gituewlahh..


Sejak bila mula serius?

Sejak aku teringin nak beli dress kat Instashop tapi tak terbeli-beli pastu terfikir untuk jahit sendiri walaupun sebenarnya tak lah yakin sangat, tapi pakai redah aje. Lepas tu terus rasa 'Wah seronok rupanya jadi tukang jahit ni.' then sejak tu terus moving forward, dan belajar betul-betul balik.

(Entri berkaitan :  Cabaran-jahit-dress-successfull).



Dan sekarang dah step forward dengan ambil tempahan pulak. Memang tak expert sangat tapi semua perkara pun bermula dari tak tahu apa-apa ye dak, jadi kalu nak tempah cepatlah datang jumpa. Kalau duduk jauh boleh kot hantar baju contoh..?? hikhik >__<\


Seronok ke menjahit?

Ramai orang tanya aku soalan ni. Seronok itu pilihan, aku pilih untuk suka dengan apa yang aku buat, jadi seronoklah. Lagipun my-passion-is-art, excited bila sebidang kain boleh jadi sehelai baju! Berseni sangat..




Beg pink ni dah dua tahun berkhidmat untuk aku sampai zip dia pun dah tak bleh berfungsi dah. Warna pun dah lusuh. Sayang beg ni sebab jahit sendiri guna tangan (nampak tak dia punya 'passion' tuh? mihmih) masa jahit beg ni belum masuk kelas menjahit pun lagi, guna mesin jahit pun tak pandai kot.. suka-suka jahit sebab bosan kat tempat kerja lama, 

untuk years onward, kite dapat beg baru yang akan meneruskan khidmat menyimpan barang-barang jahit.. huhuhu..


Tiada ulasan: