Selasa, 2 September 2014

Novel Review : Suspek


Assalamualaikum,

Novel Fixi lagi?? Yaaaa... novel pinjam lagi. Selalu dulu kalau tengok novel-novel kat kedai buku hati jadi excited, tapi sekarang bila nampak novel-novel indie, mata bersinar-sinar macam nampak gunung emas gituee..




So here, Suspek mengisahkan Annaredza yang secara tak sengaja menjadi saksi kepada satu pembunuhan bersiri pada satu malam. Sejak kejadian malam itu, dia terikat dengan Ghaz Arman, penyiasat persendirian bermulut celupar, Bernard Alfredo ketua unit khas yang komited dan Daus Anaqi, kawan baik Ana yang misteri. Dan Ana ada satu kelebihan dimana dia boleh membaca fikiran orang lain melalui sentuhan dan kelebihan yang satu itulah dia gunakan untuk menjejaki si phantom killer.

Bila aku tengok nama penulisnya Inawza yusof, aku macam tergerak hati nak google sebab aku rasa macam aku familiar dengan nama tu walaupun hakikatnya aku memang tak kenal dia. Hasil carian, barulah aku tau dia juga penulis novel One day you'll be mine.. (tak, aku tak pernah baca novel tu, tapi aku suka baca tajuk novel-novel lain)  Aku rasa macam nama Inawza yusof macam sangat 'serasi' dengan fixi, lagi-lagi bila cerita yang dia tulis berkisarkan penyiasatan dan pembunuhan. 

Aku suka dengan watak Ghaz Arman dan mulut celuparnya. Rasa macam sangat cool dan terbayang-bayang kat mata macammana dia punya perangai bila dengan Ana. 

Part Aloy mabuk dan cuba rogol ana, masa tu aku rasa macam Daus adalah phantom killer, tapi masih ragu-ragu. Part Aloy kena bedah hidup-hidup dan 'si lelaki' tu katanya pertama kali buat kerja bedah-orang ni, aku agak dia bukan phantom killer yang bunuh 4 mangsa sebelum ni, aku syak phantom killer adalah orang lain dan 'si lelaki' ini tadi mungkin Daus yang nak balas dendam untuk ana or something. Tapi cambiase, belum ada bukti yang boleh mengukuhkan andaian aku tu tadi. But seriously, aku tak sanggup nak baca proses bedah tu sebab ianya sangat mengerikan!

Bila ana pergi siasat tentang ramsen dan berjumpa dengan perempuan tu, apa namanya? Azora apa entah, aku dah boleh agak siapa sebenarnya anak kedua Ramsen dan tekaan aku tepat. Yeay!

Aku kalau baca novel atau tengok tv, aku memang mudah sangat nak 'baca' dia punya jalan cerita, kalau cerita tu dipusing macammana pun, aku mesti macam boleh agak apa kemuncaknya, atau siapa dalangnya, yada yada, tapi novel ni, aku memang sangat tak boleh nak main teka siapa phantom killer yang sebenarnya. Sangat pandai dia bersembunyi di sebalik identiti dia tu eh, aku hampir-hampir syak orang lain, tapi rupanya dia? DIA si phantom killer yang sebenarnya?? O__O

Kalau nak tau siapa 'dia' kenalah baca. kesimpulannya, cerita ni best bagi aku. Lagi-lagi kalau nak lari dari tema cinta, peratusan CINTA dalam novel ni adalah dalam 1% gitu. Walaupun berkisar pembunuhan dan penyiasatan tapi jalan cerita tak membosankan, juga tak berat kepala nak baca dan hadam, malah tak perlu mengalir air mata pun. 

Macam tak sangka, daripada tulis novel cinta boleh beralih kepada genre begini, thumbs up lah inawza yusof!  i loikeee.. :)


p/s : Thanks fixi kerana berjaya buat aku 'ingin' menjadi penulis semula. >__<



2 ulasan:

Razfira berkata...

terinign nak baca juga lah

zainatul abu bakar berkata...

Yup...mmg best novel ni :)