Jumaat, 5 September 2014

strawBERRY


Assalamualaikum,



aku suka makan strawberi, memang suka makan sejak kecik sebab "strawberi adalah buah yang sangat 'rare' sebab ia HANYA boleh dimakan bila ada sesiapa pergi ke cameron". itu ideologi seorang budak yang tak tahu cameron itu letaknya di negeri mana. 

Tapi lepas aku menjadi penggemar pavlova yang tegar, barulah aku tau yang strawberi boleh dibeli di pasaraya besar. K fine. -__- lalu sejak itu aku menjadi penggemar strawberi yang lebih tegar. Tapi kalau makan strawberi macam tu je macam bosan kan? Dah la rasa masam, kekadang tawar pun ada, dah tu mahal pulak, sangat membazir kalau dihabiskan macam tu je... *ideologi perempuan yang jarang pergi pasaraya besar*. Jadi selain ditabur atas pavlova, aku suka makan dengan aiskrim vanilla, atau buat smootie, atau blend macam tu je jadi jus. Then simpan dalam peti sejuk, pastu.. *jeling sekeliling* minum sengsorang *bisik*

Ada satu hari tu aku tengah sembelit. Memang aku ada masalah dengan proses pembuangan ;p then lepas blend dua tiga biji strawberi aku terus minum dengan rakus, dua tiga jam lepas tu aku 'Berry-berry' dengan mudahnya! .. 

Wow!.

Lepas tu aku cerita kat mak, *selekeh gila pasal tu pun nak cerita kat mak??* mak tanya strawberi memang bagus untuk itu ke? Aku pun tak tahu sebenarnya, tapi beberapa hari lepas aku ada terbaca artikel kat surat khabar, katanya strawberi adalah agen pembuangan... Agen-pembuangan?? Ah, lantaklah, aku tak tau apa ayat yang paling sesuai untuk memberitahu yang ia adalah  buah yang baik untuk melawaskan sembelit. Biasa kalau sembelit orang mesti suruh makan pisang atau betik, tapi bila kau memang tengah sembelit time tu, makanlah pisang setandan, betik sebiji pun bukannya time tu jugak dia mahu 'melawaskan', masih ambil masa berhari-hari. 

Dan lagipun, kadang sebab dah hari-hari tengok pokok betik kat tepi rumah,  nak makan buah betik pun dah tak berselera kan? Lagi-lagi bila tujuan betik itu dimakan untuk  'perubatan' lagilah rasa macam, alahaiii.. betik? *terus hilang selera*

Jadi selitkan strawberi dalam setiap hidangan supaya anda dapat 'Berry' dengan mudah. Gituew katanyaaaa...



caption : gadis over excited pertama kali jumpa pokok strawberi.

Tiada ulasan: