Khamis, 25 September 2014

That feeling when you Jahit baju budak

Assalamualaikum,

Dalam buku nota aku ada senarai wishlist/to-do-list baju-baju yang aku perlu/mahu jahit dan salah satunya adalah jahit baju budak. Tapi sebab aku belajar jahit baju orang besar so bagi aku nak mulakan jahit baju budak-budak ni macam payah sikitlah, nak ukur macammana? kena buat pola jugak ke? bla.. bla. bla..lepas tu nak buat baju untuk siapa? Walaupun ada dua orang anak buah perempuan dengan jaga sorang budak demok (kihkih) aku masih tak tahu nak jahit baju untuk siapa?

Sampailah satu hari (sebenarnya dah banyak hari dan dah lama aku perhatikan baju-baju icha) icha pakai baju macam maxi, tapi selalu dia pakai nampak macam baju tidur, tapi satu hari tu dia pakai baju macam maxi tapi belah kat tepi kaki, mak dia jahit okeeeeeyyyy.. tercabar ude melihatnya! (tercabar sebab dah lama teringin nak buat mihmih)

Bila ada free time, aku ambik baju tu ambik ukuran siap-siap, dalam hati niat bila-bila ada masa baru aku buat. Memula ingat nak main potong bodoh-bodoh je, tapi ish.. macam payah pulak. Walaupun baju budak je kena juga buat pola, baru kemas.

Aku tak beli kain baru pun nak jahit baju ni, guna kain perca yang ada tu je.



Untuk badan, guna lebihan kain yang adik aku pakai tuh. Untuk Icha pun cukup-cukup je untuk pola badan dia, kekonon nak letak zip sorok kat belakang baju sebab takut tak muat, tapi tak cukup kain dah untuk buat basi zip. Nasib baik muat icha pakai.. (nota : Warna kain berubah disebabkan faktor cahaya dan kite pakai 360 laaaaahhh..)



Sebab untuk buat baju pun cukup-cukup je jadi terpaksalah pakai lebihan kain andak lagi untuk buat icha punya tangan. Perhhh.. nasib baik ude memang simpan lebihan kain-kain perca, kalau tak baju icha tak berlenganlah jawabnya.

Bila dah siap baju, kak Maria cakap tambahlah bunga, sebab baju tu nampak kosong kan. Alahaiiii.. malasnyelah ude nak ngadap bunga lah bagai, baju lain ada yang sedang menanti menuntut perhatian tuh, pastu suruh kak Oly tolong buatkan bunga, siap suruh jahitkan sekali tambah daun bagai sebab nak bagi berseri sikit baju icha ni kannnn.. (eh, tetibe rasa macam tengah bercerita dengan icha pulak ni, hikhik)




kemudian icha pakai dengan gumbira. Ude bertambah-tambahlah gumbira sebab wishlist tercapai. Tengok dia pakai sambil main dengan 'abang ejai' dia tuh turun naik tangga dengan skirt labuh tu rasa macam... aaa.. rasa.. BEST! 

Sebenarnya ia bukan setakat rasa best, dia rasa lebih dari itu yang aku sendiri je faham. Lepas tu dah ketagih nak buat baju budak lagi sampai rasa macam nak buat bisness jahit pakaian budak. Boleh gitu?

1 ulasan:

Razfira berkata...

comel.. cantik baju tu :)