Rabu, 8 Oktober 2014

#20FactsAboutMia



1. Ada lesung pipit kat pipi kanan.


2. Tak suka warna pink, tapi entah kenapa banyak barang-barang yang aku beli berunsurkan warna pink. Name it, selimut, kotak-simpan-novel, cadar, botol air etc. t__t


3. tak suka sawi sebab dia rasa kelat tapi suka kailan, padahal kailan tu pahit kot??


4. Suka buku. Tahap suka tu sampai suka pergi kedai buku tengok tajuk, belek-belek pastu blah tak beli apa pun sebab memang tak plan nak beli. Aku rasa duduk dalam kedai buku macam satu terapi, 


5. Aku ada banyak buku nota, lebih dari sepuluh tapi hanya ada sebatang je pen yang aku bawak kemana-mana. Sesiapa yang pinjam pen aku bermakna dia perlu deal dengan aku punya, "Mana pen kita?" "Dah guna pulangkan balik tauuuuu..." sampai orang yang pinjam tu rasa macam menyesal gila aku pinjam pen budak nieh. >__< 

"A writer without pen?"  is aneh.


6. Pernah ada crush pada seseorang selama 11 ke 12 tahun (tak pasti) tapi tak pernah bermimpi nak memiliki dia. Aku tulis blind date pun sebab dia.


7. Suka tengok lelaki pakai kemeja/baju putih. Cair weh! p/s : Tertakluk kepada lelaki-lelaki yang 'istimewa' dalam hidup aku je. tidak kepada semuaaaaa lelaki di dunia ini. ;p


8. Pernah fobia dengan laut. Masa kecik-kecik dulu ada satu cerita omputih kat tv yang kitorang adik beradik suka tengok. Bila cerita tu habis dia tayang gambar dalam laut sambil siarkan nama-nama di belakang tabir, pastu akak dengan along kot suka takutkan aku dengan jaws. Sejak tu nak mandi laut/tengok laut/ hatta tengok kolah kat bilik air pun takut sebab terbayang-bayang macam ada jaws.
Grrr...


9. Kalau pergi zoo, jangan bawak aku pergi dua tempat ni :- kandang buaya dengan rumah ular. I WILL NEVER STEP IN THERE! jangan bagi aku tengok/sentuh dia punya mainan sekalipun kalau tak nak tengok aku histeria. *pengsan*



10. Tak pernah bercinta. Eh! Tapi ramai crush.... kahkahkah (p/s : cerpen crush game aku tulis based on pengalaman sendiri, mihmih)


11. aku suka colour blocking. Sebab koleksi tudung aku tak banyak mana, jadi aku main sarung je mana-mana tudung yang boleh masuk dengan warna t-shirt aku. 



12. Dulu aku pendiam. Gila. Tapi sejak aku kenal kak maria yang talkative aku pun dah lupa macammana nak jadi pendiam. Bila aku diam diorang tanya aku 'kenapa diam jeee...?' jadi aku tak boleh duduk diam sebab tak nak diorang tanya aku soalan tu sebab... kite memang pendiam pun dah tu kenapa?



13. Muka aku nampak masam/monyok bila tak senyum. Tapi bila senyum... Nampak. Comel. KAHKAHKAHAKHHH..



14. Aku tak suka budak-budak yang mengada-ngada. Tapi dah jadi habit bila nampak budak suka tegur, suka layan, pastu bila budak tu jadi mengada-ngada, aku menyampah pulak. Haishhh...



15. Aku tak suka memandu jauh. Aku jenis yang duduk-rumah-sepanjang-hari-no-social-life. Tapi sebab kat dalam rumah ni aku sorang je yang boleh bawa kereta, aku selalu 'terpaksa' jadi driver pergi sana sini. Tapi dalam kebanyakan masa, aku redhoo.. t__t



16. Tak suka tengok wayang sebab rasa membazir masa dua jam duduk dalam panggung yang gelap dan tonton cerita yang membosankan. Aku lebih rela duduk dalam kedai buku atau jalan-jalan satu mall tu untuk habiskan masa dua jam.



17. Aku tak boleh tidur dengan hanya satu bantal. Aku perlukan 'monyet', 'baby kiko', 'love' untuk jadi peneman tidur aku kiri dan kanan. ;P



18. suka pakai skirt atau seluar tracks berbanding jeans. Jeans kalau nak pergi jalan jauh je, kalau setakat ulang-alik kedai-rumah-kerja tak payah nak 'berjin' sangatlah. Rimas weeehhh..



19.  Aku ada 10 beradik dan aku anak ke 4.



20. Orang selalu ingat adik aku ika tu kakak aku sebab walaupun badan dia kecik, tapi muka dia matured.  Lepas tu aku pun fefeeling remaja-masih-student-lagi lah kan.. hikhikhik ^__^




Aku buat 20facts ni sebab kat instagram ramai jugak ar yang buat lepas tu rasa macam best pulak kan, macam teringin nak buat, dan yang paling penting, nak bagitau yang aku dah ada instagraaammm... *jerit* 

Aneh. Punyalah aku tak mahu terjebak dalam kelompok manusia yang suka selfie kemudian upload di IG, tetiba aku pulak pergi daftar diri nak jadi sebahagian dari mereka? Itulah orang kata, jangan terlalu membenci, esok-esok jatuh cinta. Memang betullah tu. ;p




visit my ig (kata kauu)  http://instagram.com/miakaftiya


1 ulasan:

Soleh S berkata...

ala. hp habis bateri. tapi nanti konpem ai will folo u...(lepas jumpa charger tu. dah dua hari cari tak jumpa)