Jumaat, 17 Oktober 2014

meggi tumis


Assalamualaikum,

korang biasa makan meggi cemana? Rebus pastu isi dia punya rencah tu je kan? pastu pecah telur kalau dia punya perasa kari, ye dak? Ke korang lagi advance dan lagi up-to-date dari aku yang baru tak baru belajar cara terbaru masak meggi adalah dengan menumisnya! *belajar dari oly sebab dia suka masak camgitu*




bahan-bahannya adalah mee segera dan campak-apa-saja-yang-ada-dalam-peti-sejuk. Kalau Maghiyatul Kaptiyooh yang masak, memang gitulah konsepnya. Lepas tu dari sebungkus mee segera yang kalau masak mesti nak makan sorok-sorok sebab nanti mesti ada orang lain nak nyibuk mintak sikit pastu rasa tak cukup makan, sekarang dah jadi sebungkus mee maggi campur sayur, udang, ayam segala bagai sampai jadi banyak pastu tak lalu nak habiskan sengsorang jadi haruslah berkongsi dengan orang lain.

ngeee... >_____<


Tiada ulasan: