Ahad, 19 Oktober 2014

resepi : Nasi goreng cara uda.


Assalamualaikum

Aku memang tak pandai masak nasi goreng. Katalah apa pun, nasi goreng senang giler, pakai campak-campak je, masuk nasi dalam kuali goreng jelah whatsoever aku memang tak pandai kau faham tak? aku sangat 'hairan' macammana mak boleh masak nasi goreng guna ikan bilis campur bawang tumbuk-tumbuk pastu nasi goreng dia siap, sedap pulak tu. Cuba kalau aku yang buat, mesti tak sedap...

;'(

sampailah satu hari, masa kak maria bawa bekal nasi goreng untuk aku dan oly (yang kuat makan) masa tu baru aku macam terbukak minda bahawasanya, masak nasi goreng tak semestinya kena guna ikan bilis, tumbk-tumbuk dengan bawang je, konsep main campak-campak pun boleh diguna pakai laaaahhh... ^o^


lepas tu aku pulak nak try buat kat rumah. bila mak cakap, isi itu, isi ini aku pun cakap "biar ude masak.."  sambil berkata, dengan perlahan..  "Ikut cara ude, mihmih >__<" *dan tersenyum malu*


jadi bahan-bahan nasi goreng ikut cara ude adalahhhh... *bunyi tromphet*


bawang putih/merah/halia
Isi ayam/telur/udang (option. pilih salah satu pun boleh)
sayuran (carrot/kacang panjang/ kobis/kacang kelisa pun best, konsepnya apa yang ada dalam peti ais)
cili padi (sebab aku suka pedas)
Bunga kantan (aku suka aroma bunga kantan, sangat wangi dan sedap!)
daun limau purut, pun boleh kot??
garam
kunyit.
dan nasi!

memula tumis bawanglah, pastu masuk ayam, pastu masuk nasik, pastu masuk sayuran sebab nak bagi dia segar dan krupkrap bila makan, kemudian garam dan kunyit. Motif letak kunyit? sebab nasi goreng yang kak maria bawak tu warna kuning, sangat berbeza dengan nasi goreng yang selalu mak buat warna merah, atau kekadang warna kelabu, atau hitam. jadi aku pun taruklah kunyit nak bagi berwarna. habis kalau letak kicap atau sos karang tak sedap pulak jadinya.


dan taraaaa.... *mulut ternganga*




nasi goreng cara ude dah siap! >___<


1 ulasan:

Cik Puan Eka berkata...

Kite suke sangat nasik goreng. Selalu masak nasik goreng mudah2 je rencah cili, bilis n bawang. taruk sayur buncis atau kubis. Pastu taruk nasik n renjis kicap skit. Hehehe sedapnyaaa lagi sedap kalu ulam petai.

Awak taruk halia ea? kita x suka halia sgt sbb rasa pedau hihi