Ahad, 5 Oktober 2014

Say no to plastic bag


Assalamualaikum,

Tahukah anda beg plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk lupus jika ditanam tapi jika dibakar ia akan memberi impak yang lebih besar kepada alam sekitar?

Dan tahukah anda, secara purata di malaysia, seorang individu menggunakan lapan beg plastik seminggu dan membuangnya selepas sekali penggunaan?  

Tahukah anda, beg plastik mengandungi satu bahan kimia yang mampu merosakkan DNA sperma manusia yang dikenali sebagai sebatian Bis (2 ethylhexyl) phthalate atau dikenali sebagai DEHP  dalam tempoh yang panjang?

-sumber google-


"Aku bukan wanita sempurnaaa.. aku masihlah ada kurangnyaaa.." *background muzik lagu ning baizura*  diatas kesedaran bahawa beg plastik adalah bahan yang paling susah untuk dilupuskan, aku berasa serba salah untuk menggunakan beg plastik secara berlebihan terutama pada waktu-waktu yang kita boleh cakap TIDAK pada beg plastik.

contohnya beli sebotol air mineral yang boleh disimpan terus dalam beg tangan. Beli 30sen gula-gula yang boleh disimpan terus dalam poket seluar. Beli roti gardenia sebuku yang mahu terus dimakan waktu sarapan. Beli waffle yang mahu terus dimakan kat kedai. Dan lain-lain lagi yang boleh difikirkan sendiri kewajaran untuk berkata tidak kepada beg plastik.

Tapi sebab minda manusia dah biasa dengan pemikiran tipikal beli-barang-bungkus-beg-plastik-untuk-take-away jadi bila kita cakap, 'tak payah beg plastik' orang mesti akan macam.. kerut-kerut kening pandang pelik sambil tanya, 'tak payah plastik?'  then masa tu kau haruslah jawab dengan yakin. Jimaaaatttt...then si penjual tu pun mesti akan senyum dan oh, jimat beg plastik aku.

Kat situ kau dah pun mengurangkan penggunaan beg plastik sedangkan di luar sana beribu-ribu beg plastik sedang dibazirkan dan dunia sedang tercemar kerananya. Kalau ada satu orang yang mengamalkan amalan pengurangan-penggunaan-beg-plastik dan menyebarkan virus itu kepada orang sekeliling, cuba bayangkan berapa banyak jumlah pencemaran yang disebabkan oleh pembuangan plastik dapat dikurangkan?

Oleh itu, bawalah beg-mesra-alam bila nak pergi shopping agar penggunaan beg plastik dapat dikurangkan. Ataupunnnn.. bawak beg plastik sendiri pergi kedai bila nak beli barang.

Lepas tu kan, kan, kakak tu pun kata. "Bawa beg plastik macam kat kedai tak ada plastik pula."

Kau jangan sentap, balas je balik dengan yakin. "Jimat kak." then kakak tu pun berharap kalaulah semua pelanggan dia macam si mariyatul kaftiyah tu. ;p 




tote bag pun boleh jadi beg-shopping-mesra-alam whaaattt?? *Angkat kening*



Tiada ulasan: