Ahad, 9 November 2014

#20 facts about oly and kak maria


Assalamualaikum,


memula macam nak buat another 20 facts about me, padahal dah buat dah sebelum ni (klik sini), nampak sangat macam obses pada diri sendiri kan LOL, macamlah ada orang peduli tentang kau tu. Kalau adapun orang yang teruja dengan #anotherfactsaboutmiakaftiya, orang itu adalah aku punya secret admire yang bukak blog aku hari-hari sebab nak cari klu tentang aku ;p

. OMG mia kaftiya ada secret admire kew?? *angkat sebelah kening*

Tau, memang tak ada. *muka pasrah*

jadi daripada tulis tentang diri sendiri, apa kata kita senaraikan 20 fakta tentang kawan baik anda? That's it, oly dan kak maria! sebab aku banyak habiskan banyak masa dengan diorang, ini adalah apa yang aku senaraikan dari kaca mata aku. kalau ada yang tersalah ke apa jangan marah k, just for fun!


Amaran : kak maria dan oly tidak digalakkan untuk membaca entri ini. 


#20 facts about oly and kak maria


1. Oly suka bubur kacang hijau. Pure bubur kacang hijau tanpa tambahan durian atau benda lain ke dalamnya. (she told me)


2. kak maria ada bakat bercerita. Kalau dia nak cerita sesuatu semua orang pun macam nak duduk diam-diam dan dengar dia punya cerita padahal bukan apa sangat pun, cerita biasa-biasa je pun.. =__='


3. Oly ada mata yang besar dan bulat dan dia suka pandang orang (walaupun dia kata dia pegun, memandang tapi tak sedar yang dia sedang pandang orang itu) and that make people doesn't feel good. 


4. kak maria suka gelak kuat-kuat.


5. kak maria suka minum air manis kat kedai sebelah pastu cakap nak tobat tak mau minum manis + berais lagi! Seminggu lepas tu... "Teh ais satu. Kaww ehh.." ;p


6. Oly suka kumpul keychain phone.


7. Kak maria suka minyak wangi.


8. Oly suka baca/kumpul komik. Kak maria tak suka membaca at all.


9. Oly si bongsu yang take care about others in their family in her own way. kak maria si sulung yang take care of adik-adik (even adik-adik lain mak lain bapak macam kami ni) in her good way, (i always feel like i'm her adik ;) )


10. Oly suka tengok naruto.


11. kak maria bila dia bercakap sambil pegang tab, situasi itu macam.. mendengar radio rosak, kejap berbunyi, kejap senyap. ;p krik..krikk.. *bunyi cengkerik*


12. Oly akan jatuh sakit bila dia stress, tak cukup tidur, dan.. pms.


13. kak maria takut cicak!


14. Oly takut binatang berbulu. 


15. Selain menjadi tukang jahit, kak maria jugak adalah part time mak andam.


16. Oly tak ada social network. Secret admire oly tak payahlah nak google pasal dia, sebab kau hanya akan jumpa link blog aku yang kerap mention nama dia. ;p


17. kak maria sangat ramah dan pandai hormat orang lebih tua. *wink* 


18. Oly seorang yang cermat.


19. Kak maria seorang yang cerewet! (dalam bidang jahitanlah, bidang lain aku tak tahu)


20. Both oly and kak maria are a nice person in their own way. ;D




ngee.. 

till then. 

XOXO,
mk!


Tiada ulasan: