Ahad, 2 November 2014

Novel review : Katarak - Fitri Hussin


Assalamualaikum.


"Aku mula suka dengan penulisan penulis lelaki!"


Wah, statement! Tak menyempat. Dulu-dulu, masa aku mula-mula addicted dengan novel (sekarang mash baca, tapi tak ketagih macam dulu dah) aku memang takkan beli novel dari penulis lelaki sebab bagi aku penulisan lelaki sangat bosan dan 'keras'. Tak menusuk jiwa dan tak ada part  romantik macam yang semua perempuan suka.

tapi, sejak aku mula menukar genre buku yang aku mahu baca dan berjinak-jinak dengan buku fixi, aku punya point of view tentang penulisan lelaki mula berubah sikit demi sikit. Memang diorang tak tulis babak romantik dengan banyak, tapi yang sikit itulah yang terasa 'sweet' dia, yang sikit itulah yang terasa real, yang sikit itulah buat kita sedar dan faham, lelaki di alam realiti di malaysia ini, bukan semuanya romantik. Mihmihmih..



Macam katarak, yang dah ada dalam bilik tidur aku berbulan-bulan (adik aku yang beli sebab dia kata novel ni nampak lain daripada novel cinta biasa), tak disentuh dan cuma dipandang sepi, langsung tak tertarik untuk dibaca, dibelek apatah lagi, tapi sebab aku tengah ketagih (ya, ketagihan aku untuk membaca datang pada waktu-waktu tertentu saja sekarang ni) aku pun try lah baca dari mukasurat yang aku pernah tinggalkan dulu. Lepas tu terus tak boleh letak. terus masuk dalam cerita tu...

Katarak mengisahkan 5 sekawan yang belajar di universiti yang sama. 'aku' (Zamri) bekas pelajar henry gurney. Azrul si penggodam yang hebat. Wadi si genius yang suka tidur, Anas pengarah filem pendek dan Fadhil seorang bakal peguam.

Cerita berjalan dengan pengenalan watak 'aku' yang mendaftar di blogger dan mempunyai blog sendiri atas nama Rumah Telus.  Kemudian pengenalan watak azrul yang jatuh cinta pada aireen dan bagaimana 5 sekawan in cuba bantu azrul untuk memenangi cinta aireen, Babak ni memang best sebab azrul perlu bersaing dengan watak-watak lain yang juga cuba nak memikat aireen dengan cara mereka sendiri.


Selesai satu masalah dengan watak itu, muncul pula masalah yang lain untuk watak yang lain. kemudian settle masalah itu, muncul pula watak lain dengan masalah yang lain. tapi setap perkara yang berlaku dalam lima sekawan ini mempunyai kaitan dengan sesuatu yang mereka tak tahu. Masalah mereka bukan sekadar berkaitan dengan politik kampus, tapi melibatkan campur tangan organisasi luar yang seakan-akan kongsi gelap.


dalam cerita ni tak banyak dialog tapi jalan cerita berjalan dengan penceritaan watak zamri (yang menggunakan sudut penceritaan 'aku') Banyak persoalan yang dibangktkan buat aku rasa mahu terus baca dan baca sehngga ke penamat, kecuali pada babak-babak yang melibatkan politik kampus dan penerangan tentang GBS? BBS? juga ritual penerimaan ahli baru M1011? Aku susah nak ingat semuanya sebab aku baca sekali lalu. 


Walaupun aku kata aku MULA SUKA penulisan penulis lelaki, masih ada beberapa perkara yang aku susah nak hadam dalam cerita ni. Tapi keseluruhannya, cerita ini memang menarik bagi mereka yang mahukan sesuatu yang lain darpada konflik cerita biasa. Walaupun latar cerita cuma di universiti, tapi.. memang wujudkah politik kampus yang sebegitu wahai penuntut-penuntut 'universitas' sekalian?



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buku-buku penulis lelaki, lebih-lebih lagi para penulis FIXI memang selalu memaparkan cerita2 yang luar biasa dan kadangkala agak aneh. Tapi itulah yang menyebabkan saya ketagih dengan penulisan mereka. Dulu saya banyak baca buku yang ditulis oleh penulis wanita tetapi kemudian saya dapati semakin hari jalan cerita mereka semakin cliche.Bagi saya kalau fiksi tetap fiksi dan mereka boleh berimaginasi lebih luas tanpa terlalu memikirkan logik tapi tidak palsu dengan infomasi.Itulah yang bestnya.