Rabu, 31 Disember 2014

2014 was..

Assalamualaikum,


it's 15 minutes before midnight and here is my 2014 summary! Better write laju-laju sebelum bunga api memercik!. 

Eh, memercik? *kerut kening*

ok, go!


Menjahit dengan lebih gigih.

Tahun ini aku belajar ambil tempahan dan tak main-main lagi dalam kelas jahitan ;p dengan beraninya ambil tempahan kurung moden scallop padahal nak buat scallop tu bukannya senang! Susah habaq hang. 




Went to Langkawi on mac.

T'was last minute plan and kebetulan duit brim masuk waktu yang sama, soo... *ehem-ehem*. Tapi kalau boleh diringkaskan apa yang aku paling ingat tentang 2014? It's LANGKAWI!  Belum tentu lagi aku dapat peluang nak jalan-jalan dengan girlfriends macam ni lagi (walaupun aku cuma 'penyibuk' dalam percutian itu) tehee..


kiri : I'M ALIVEEE..

Kanan : That's not me. That's my alter ego



Berjaya tulis Blind date! Yeay!

Blind date tercetus selepas tengok 'music n lyric - yoon gun n shin hye' kat utube lepas tu idea tu macam stuck kat situ tak berkembang for years dengan 10 fail ms word dengan jalan cerita yang berbeza-beza, sehinggalah aku berjaya menulis dan menamatkan cerpen blind date walaupun jalan ceritanya sangat pendek dan santai. FYI, sebelum tulis, aku banyak buat research dan combine dengan apa yang aku mahu 'kongsi' kat dalam cerita itu, sebelum seseorang membaca dan meninggalkan komen lalu mengatakan aku ciplak idea blind date dari somewhere. #Sentap. ;[



Crush!

ada crush dengan seseorang dan berjaya jugak men- cerpen-kan 'perasaan' itu sebab nak kongsi dengan orang lain that feeling when you had a crush with someone that has no clue your exist. ( Tapi aku dah nak tobat tak mahu ada crush lagi, sebab crush itu tak baik. Zeriously! let stop all the crush things.)



alamak, fireworks dah meletop. K happy new year, tapi entri ni belum habis lagi. teruskan membaca..


Jahit baju budak.

that was baju icha. (anak cikgu yang mak jaga) lepas tu terus dapat job jahit baju budak, lagi dan lagi. coming soon nak jahit baju syaza dengan ayra pulak tapi you know, ur mak ude selalu buzy dengan kerja lain. *talk to their mama.* ;p


copy gambar dari cust. Yeaaa.. aku jahit baju untuk twin!



Terjebak dengan instagram.

Seriously, aku memang tak suka instagram (walaupun aku suka stalk ig artis) sebab aku rasa macam orang yang ada instagram adalah orang yang gila selfie dan aku bukanlah sebahagian daripada mereka wkwkw. sampailah satu hari.. aku terrr sign in dan lepas tu barulah aku tahu ig bukan setakat selfie, ig is more than that. IG is Magic. Aku cari buku nota dan aku jumpa banyak Hashtag yang boleh custommade cover buku. Aku cari tote bag, aku jumpa banyak yang boleh buat custommade design. It is soooo greaaattt... *kagum*



Makan kat hotel.

Makan kat hotel bukanlah perkara paling besar dan paling kagum yang aku pernah alami, tapi ia adalah kali pertama. Ingat tak perasaan kali pertama itu sangat awesome? kecuali duduk dalam hall yang sejuk tahap membeku dan naik ke pentas terima sijil dan mc salah sebut nama belakang aku dan masa atas pentas aku cuma membayangkan tandas. Tapi makan kat hotel yang aku fikir ayam masak kunyit itu adalah menu paling mewah, rupanya aku tak tahu selepas itu muncul udang besar-besar (cuma aku tak suka udang masak rempah?), ikan stim, salad, blueberry cake, omg.. *mata bersinar-sinar*

aku teringat-ingat selama tiga hari segala kesedapan makanan itu. padahal sebab kau lapar kan?


sir, can you please stop talking because i'm freezing in here.


kesimpulannya, nothing-gempak-things-happen. Paling GEMPAK pun, wishlist tahun lepas yang nak pergi langkawi tu tercapai pada tahun ini. Phew..  dan wishlist sejak berumur 16 tahun iaitu untuk menjadi penulis (secara official iaitu terbit novel sendiri) belum lagi tercapai. ;p sekian.


Happy new year! *bunga apa memercik*


Isnin, 29 Disember 2014

idea vs plagiat


Assalamualaikum,

Pernah tak bila kau tengok satu-satu cerita kat tv lepas tu kau rasa macam.. 

"eh, cerita ni macam nak sama je dengan cerita yang dari negara lain tu? Dia tiru cerita yang negara orang tu la tu, cuma dia ubah sesikit jeee.."

ataupun, kau baca novel ni, atau cerpen ni, lepas tu kau rasa idea novel/cerpen tu sama dengan novel yang lain, terus kau fikir, mesti novel yang-baru-kau-baca ni tiru idea novel yang kau dah baca sebelum ni. 

lepas tu tanpa usul periksa kau pun buat kesimpulan dan cemuhan, 

"Kalau nak buat cerita pun be creative lah, takkan itu pun nak plagiat cerita orang lain pastu ubah nama, ubah watak, ubah itu ini? Oh pleaseeee..."

(unless, itu memang novel plagiat)





Dulu masa aku baru-baru lagi masuk bidang penulisan ni, aku pernah jugak macam dikejar bayang-bayang sendiri. Aku sentiasa takut  macammana kalau idea yang aku tengah tulis ni, orang lain dah tulis dulu? What if, nama watak yang aku dah pilih ni, orang lain dah guna dan novel diorang dah published? what if this.. what if thaaaat..  lepas tu risau sengsorang. Aku sangat takut kalau orang tuduh aku plagiat idea orang lain.

Tapi semakin lama, semakin matang, semakin faham dan hasil borak-borak pendek dengan penulis senior, barulah aku faham yang idea itu boleh jadi klise walaupun kita tak plagiat sebab idea boleh datang dalam pelbagai bentuk dan situasi. 

Boleh jadi kita dapat idea lepas baca novel ini kemudian kita create satu lagi cerita dengan idea yang tercetus dari bacaan novel itu tadi. boleh jadi jugak, kita create satu cerita dan kebetulan jalan cerita hampir sama dengan cerita yang lain sedangkan kita tak pernah baca/lihat cerita yang lain tu.

kenapa?

Sebab ilham itu datangnya dari Allah. Tak ada sesiapa boleh declare secara mutlak dan hak yang idea ini adalah datangnya dari kepala otak aku sendiri dan aku adalah penerima idea ini yang pertama sebelum orang lain ambil idea itu dan create jalan cerita yang lain. 

jangan assume bila ada persamaan jalan cerita itu maksudnya  seorang daripada penulis cerita itu meniru pihak yang lain, (Again. kecuali dia memang melakukannya) 





contohnya iklan sabun basuh pinggan kat tv. Kenapa idea dia seakan sama tapi berbeza penyampaian visual dan jalan cerita? Jenama pencuci pinggan yang mana yang ciplak idea ni?

Sabtu, 20 Disember 2014

susur galur keturunan

Assalamualaikum,

Do you miss meeee???

No?

K. -__-



Wah dah lama tak update blog yang pembuka kata bermula dengan dialog macam bercakap dengan silent readers padahal rasa macam bercakap dengan diri sendiri je. ;p i tak rindu my blog pun tapi i update jugak sebab i takut kalau ada orang rindu nak baca blog i. Wah! *ayat perasan* lepas tu asyik bukak blog i hari-hari dan berharap i update something kat sini?? O__o

k. cukup dengan ayat pemedih mata tu.


btw, ahad minggu lepas ada family gathering, memang buat family day setiap tahun pada bulan 12, tapi ini cuma untuk keturunan Ban + Hendun je (Atok opah). Kalau untuk keturunan Bisah + Lebai salleh (nenek moyang) buat setiap dua tahun sekali, dan aku tak pernah update tentang family day tu kat blog pun.

Family day tahun ni meriah dengan ramainya orang sebab ada jemputan untuk saudara-saudara jauh jugak yang aku tau aku dengan cia sedara, tapi tak tau sedara yang cemana, aku pun tau yang aku dengan ida ada kena mengena, tapi tak tau kena mengena celah mana, jadi bila diorang dijemput untuk family day tahun ni, barulah aku tau sikit-sikit susur galur keturunan ida dengan cia (kawan masa sekolah) dan aku tu berkait belah mana. Tapi ida dengan cia tak ada masa tu, parent korang je datang weh, why you no come?

Itulah yang bagusnya dengan hari keluarga! *thumbs up pada pengasasnya. You know who you are*


Tapi dalam ramainya orang masih rasa sunyi sebab.. sebab.. ada cousins yang tak balik. I tak ada geng! Nak mandi sungai pun tak ada mood, nak ambil gambar pun tak ada motip, dah tu duduk diam-diam dan enjoy tak enjoy jelah.

#Nota : Gambar tak ikut turutan dan kredit photos to syafiq dan my sony.



kebasahan lepas terjun sungai. sharp 4.30 petang bila majlis dah selesai, hujan pun turun renyai-renyai.. oh ya, event take place kat dusun.



aku suka suasana bila semuaaaa orang balik, lalu kampung ini jadi penuh dengan manusia dan.. kereta! Lepas tu bila semua orang pun pulang semula ke rumah masing-masing kampung jadi sunyi balik. ;(




bbq + sup tulang time!.


me, wearing seluar batik. nanti kalau aku buat bisness seluar batik, ada orang nak beli tak? Serius ni! 





i love candid photo, but the 'problemo' with me aku pantang nampak kamera. Muka nurul bukti candid yang sebenar. Ekekeke..


Okey, lagi sekali. Peace!




Generasi ban hendun (mak bapak abah)


K, tu je nak cerita. Dah lepas rindu dah? Ekekek.. ;p

Jumaat, 12 Disember 2014

Novel review : Puja by Maria Kajiwa

Assalamualaikum




Don't judge a book by it's cover. By it's title juga, sebab PUJA bukan novel seram. Yaaa.. oklah, masih ada elemen seram tapi tak setanding novel Halusinasi atau novel seram lain yang betul-betul highlight tentang entiti halus.

Puja mengisahkan jimmy yang pulang semula ke kampung Salak Tua selepas 15 tahun meninggalkan kampung itu dan kepulangan dia itu telah 'memaksanya' untuk menghapuskan amalan puja yang dah diamalkan penduduk kampung itu sejak beratus tahun lalu, iaitu sejak pembukaan kampung itu oleh nenek moyang mereka. 


400 tahun lalu, tujuh orang lelaki telah melarikan diri dari Pagar Ruyung ke tanah besar untuk memulakan penghidupan baharu. Satu kesilapan menjerumuskan mereka semua ke dalam satu perjanjian yang perlu diwariskan kepada keturunan mereka seterusnya. sejak itu setiap kali ketua kampung berganti, tiga nyawa perlu dikorbankan kepada puaka sebuah batu.


Sewaktu kepulangan Jimmy, ketua kampung yang baru akan dilantik dan tanpa pengetahuan sesiapa, ibu dan adik-adik jimmy akan dijadikan korban untuk puaka batu itu. Dari situ konflik pun bermula...


Macam biasa, aku suka bila kak Maria (kak maria kajiwa maksud saya, bukan kak maria the tailor, kihkih) tulis cerita yang berlatar belakangkan era zaman dahulu kala, macam Datang Pada Waktunya, terasa-rasa keindahan kampung, keenakan masakan, rasa... real! Bab-bab prolong pun dah buat kita 'terikat'. Tapi babak-babak jimmy dengan kawan-kawan dia kat bandar kita banyak skip. Mungkin mindset kita yang cakap kak mk tak sesuai tulis cerita dengan latar zaman sekarang, kihkihkih.. sebab tu Seteguh Ilalang payah sangat kita nak habiskan baca selain sebab novelnya yang tebal, 


Aku paling terkesan waktu jimmy pergi ke pondok.. haji apa ya? lupa dah namanya, babak kat pondok tu sangat.. menyentuh jiwa! Lagi satu part Jimmy nak solat asar kar rumah pak salleh tak silap, Jimmy si gengster yang dah lama tinggalkan agama, waktu tu bila pak salleh suruh solat dulu, dalam hati dia kata dia  memang mahu solat, "betul-betul mahu!" masa tu tiba-tiba aku terasa macam.. terkena renjatan elektrik. Pernah tak bila kita leka dengan kerja lepas tu baru tersedar jam dah lewat tapi belum solat, masa tu baru kita rasa macam, betul-betul mahu kejar waktu solat!. Pernah rasa tak? 


Kekuatan cerita ini adalah jimmy, apa yang dia perlu buat dan bagaimana caranya untuk dia hapuskan puaka batu itu bersama pak salleh. Kita memang takkan dapat agak sebab ini bukan cerita cliche, sebab tu kalau dah baca, nak baca sampai habis. 


Bagi yang takut nak baca novel seram, boleh cuba baca novel ni. Percayalah, Erti cinta lebih seram dari ini. Mihmih.


Selasa, 2 Disember 2014

Novel review : Aku keliru!


Tote bag custom-made by @yourowndesign (IG)



Aku tau yang aku tak suka sekuel apabila cerita yang baru akan "menghapuskan" semua kesudahan yang indah pada pengakhiran cerita sebelum ini, (as if, sebelum sekuel itu bermula) tapi aku akui yang bukan semua sekuel itu tak best, some of 'em is worth to read. 

Macam aku keliru!.

Tapi dalam aku keliru, aku mengaku yang kisah roul yang berambut merah dan novelist terulung bernama safiah suhaimi iu tak lagi jadi bahan utama yang aku mahu baca, (aku even baca laju-laju bila babak tentang diorang, teheee t__t becoz i dont't like sekuel, remember?) Aku lebih excited tentang ZANIEL-BANGSAR-MOST-ELIGIBLE-BACHELOR-YANG-SENYUM-MACAM-LELAKI-BUDIMAN ituuu.. (baca sini kalau dah lupa/tak tau siapa zaniel) yang kisah cintanya dengan balkis putus di tengah jalan dalam Plain Jane, kini punya kisah baru dengan Masni, yang rupa-rupanyaaaa... okey, kena baca sendiri! Ihiks.

Situasi itu macam, bila aku basuh pinggan, aku 'ter'bermonolog sendiri tentang sabun pinggan yang berbau wangi dan betapa membasuh pinggan itu adalah seni sebab pinggan yang banyak harus disusun.. okey! aku tau kenapa aku bermonolog macam tu, sebab Zaniel! 

Bila nak potong kain dan termenung seketika sambil tunggu 'cikgu' sebab nak tanya soalan, aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena, rasa macam kosong. Kemudian aku faham kenapa, sebab aku rindu zaniel kat rumah

Sebenarnya ini bukan semua tentang zaniel, ia juga tentang masni. Aku kesian dengan masni dan bagaimana dia berhadapan dengan badariah yang talam dua muka, encik salleh yang baik dengannya dan rakan sekerjanya yang lain. aku memang kesian dan rasa macam aku juga berada di tempat masni.

Tapi aku juga puas hati bila cara masni berhadapan dengan semua masalah itu dan 'menyelesaikan' semua politik di pejabatnya dengan hasil usaha dia sendiri! Aku faham bila penulis cuba sampaikan sesuatu dengan 'character development'. Kite nampak kak, kita nampak effort masni tu (tetibe monolog dengan penulis) >___<

Aku juga setuju bila Safi cakap pada zaniel yang perempuan golongan pertengahan rasa tak selesa keluar dengan lelaki kaya dan makan popia dengan harga RM12, pergi golf club etc. aku setuju! 

aku benci baca moment iza dan safi berbaik semula masa kat kampung arwah fakhri dan jelaskan semua salah faham diorang sebelum ni sebab.. sebab.. itu cuma buat aku lebih rindu pada Oly yang went far away pastu tak reti nak reply mesej atau angkat call. pfft.

memang kita perlukan kawan baik kita bila kita ada masalah macam kalau kita cerita masalah kita pada 10 orang pun, ia takkan sama macam kita ceria pada 'bestfreng' yang tahu the whole story from the start. Benci safi dan iza dan keakraban mereka! *tetibe*

Kesimpulannya, aku keliru adalah naskah biasa yang bertemakan konflik dalam perhubungan, persahabatan, politik pejabat dan  sesuatu yang ringan yang lari dari angan-angan dan khayalan gitueww..