Rabu, 31 Disember 2014

2014 was..

Assalamualaikum,


it's 15 minutes before midnight and here is my 2014 summary! Better write laju-laju sebelum bunga api memercik!. 

Eh, memercik? *kerut kening*

ok, go!


Menjahit dengan lebih gigih.

Tahun ini aku belajar ambil tempahan dan tak main-main lagi dalam kelas jahitan ;p dengan beraninya ambil tempahan kurung moden scallop padahal nak buat scallop tu bukannya senang! Susah habaq hang. 




Went to Langkawi on mac.

T'was last minute plan and kebetulan duit brim masuk waktu yang sama, soo... *ehem-ehem*. Tapi kalau boleh diringkaskan apa yang aku paling ingat tentang 2014? It's LANGKAWI!  Belum tentu lagi aku dapat peluang nak jalan-jalan dengan girlfriends macam ni lagi (walaupun aku cuma 'penyibuk' dalam percutian itu) tehee..


kiri : I'M ALIVEEE..

Kanan : That's not me. That's my alter ego



Berjaya tulis Blind date! Yeay!

Blind date tercetus selepas tengok 'music n lyric - yoon gun n shin hye' kat utube lepas tu idea tu macam stuck kat situ tak berkembang for years dengan 10 fail ms word dengan jalan cerita yang berbeza-beza, sehinggalah aku berjaya menulis dan menamatkan cerpen blind date walaupun jalan ceritanya sangat pendek dan santai. FYI, sebelum tulis, aku banyak buat research dan combine dengan apa yang aku mahu 'kongsi' kat dalam cerita itu, sebelum seseorang membaca dan meninggalkan komen lalu mengatakan aku ciplak idea blind date dari somewhere. #Sentap. ;[



Crush!

ada crush dengan seseorang dan berjaya jugak men- cerpen-kan 'perasaan' itu sebab nak kongsi dengan orang lain that feeling when you had a crush with someone that has no clue your exist. ( Tapi aku dah nak tobat tak mahu ada crush lagi, sebab crush itu tak baik. Zeriously! let stop all the crush things.)



alamak, fireworks dah meletop. K happy new year, tapi entri ni belum habis lagi. teruskan membaca..


Jahit baju budak.

that was baju icha. (anak cikgu yang mak jaga) lepas tu terus dapat job jahit baju budak, lagi dan lagi. coming soon nak jahit baju syaza dengan ayra pulak tapi you know, ur mak ude selalu buzy dengan kerja lain. *talk to their mama.* ;p


copy gambar dari cust. Yeaaa.. aku jahit baju untuk twin!



Terjebak dengan instagram.

Seriously, aku memang tak suka instagram (walaupun aku suka stalk ig artis) sebab aku rasa macam orang yang ada instagram adalah orang yang gila selfie dan aku bukanlah sebahagian daripada mereka wkwkw. sampailah satu hari.. aku terrr sign in dan lepas tu barulah aku tahu ig bukan setakat selfie, ig is more than that. IG is Magic. Aku cari buku nota dan aku jumpa banyak Hashtag yang boleh custommade cover buku. Aku cari tote bag, aku jumpa banyak yang boleh buat custommade design. It is soooo greaaattt... *kagum*



Makan kat hotel.

Makan kat hotel bukanlah perkara paling besar dan paling kagum yang aku pernah alami, tapi ia adalah kali pertama. Ingat tak perasaan kali pertama itu sangat awesome? kecuali duduk dalam hall yang sejuk tahap membeku dan naik ke pentas terima sijil dan mc salah sebut nama belakang aku dan masa atas pentas aku cuma membayangkan tandas. Tapi makan kat hotel yang aku fikir ayam masak kunyit itu adalah menu paling mewah, rupanya aku tak tahu selepas itu muncul udang besar-besar (cuma aku tak suka udang masak rempah?), ikan stim, salad, blueberry cake, omg.. *mata bersinar-sinar*

aku teringat-ingat selama tiga hari segala kesedapan makanan itu. padahal sebab kau lapar kan?


sir, can you please stop talking because i'm freezing in here.


kesimpulannya, nothing-gempak-things-happen. Paling GEMPAK pun, wishlist tahun lepas yang nak pergi langkawi tu tercapai pada tahun ini. Phew..  dan wishlist sejak berumur 16 tahun iaitu untuk menjadi penulis (secara official iaitu terbit novel sendiri) belum lagi tercapai. ;p sekian.


Happy new year! *bunga apa memercik*


1 ulasan:

Razfira berkata...

congrats banyak pencapaian tu!