Isnin, 29 Disember 2014

idea vs plagiat


Assalamualaikum,

Pernah tak bila kau tengok satu-satu cerita kat tv lepas tu kau rasa macam.. 

"eh, cerita ni macam nak sama je dengan cerita yang dari negara lain tu? Dia tiru cerita yang negara orang tu la tu, cuma dia ubah sesikit jeee.."

ataupun, kau baca novel ni, atau cerpen ni, lepas tu kau rasa idea novel/cerpen tu sama dengan novel yang lain, terus kau fikir, mesti novel yang-baru-kau-baca ni tiru idea novel yang kau dah baca sebelum ni. 

lepas tu tanpa usul periksa kau pun buat kesimpulan dan cemuhan, 

"Kalau nak buat cerita pun be creative lah, takkan itu pun nak plagiat cerita orang lain pastu ubah nama, ubah watak, ubah itu ini? Oh pleaseeee..."

(unless, itu memang novel plagiat)





Dulu masa aku baru-baru lagi masuk bidang penulisan ni, aku pernah jugak macam dikejar bayang-bayang sendiri. Aku sentiasa takut  macammana kalau idea yang aku tengah tulis ni, orang lain dah tulis dulu? What if, nama watak yang aku dah pilih ni, orang lain dah guna dan novel diorang dah published? what if this.. what if thaaaat..  lepas tu risau sengsorang. Aku sangat takut kalau orang tuduh aku plagiat idea orang lain.

Tapi semakin lama, semakin matang, semakin faham dan hasil borak-borak pendek dengan penulis senior, barulah aku faham yang idea itu boleh jadi klise walaupun kita tak plagiat sebab idea boleh datang dalam pelbagai bentuk dan situasi. 

Boleh jadi kita dapat idea lepas baca novel ini kemudian kita create satu lagi cerita dengan idea yang tercetus dari bacaan novel itu tadi. boleh jadi jugak, kita create satu cerita dan kebetulan jalan cerita hampir sama dengan cerita yang lain sedangkan kita tak pernah baca/lihat cerita yang lain tu.

kenapa?

Sebab ilham itu datangnya dari Allah. Tak ada sesiapa boleh declare secara mutlak dan hak yang idea ini adalah datangnya dari kepala otak aku sendiri dan aku adalah penerima idea ini yang pertama sebelum orang lain ambil idea itu dan create jalan cerita yang lain. 

jangan assume bila ada persamaan jalan cerita itu maksudnya  seorang daripada penulis cerita itu meniru pihak yang lain, (Again. kecuali dia memang melakukannya) 





contohnya iklan sabun basuh pinggan kat tv. Kenapa idea dia seakan sama tapi berbeza penyampaian visual dan jalan cerita? Jenama pencuci pinggan yang mana yang ciplak idea ni?

Tiada ulasan: