Selasa, 2 Disember 2014

Novel review : Aku keliru!


Tote bag custom-made by @yourowndesign (IG)



Aku tau yang aku tak suka sekuel apabila cerita yang baru akan "menghapuskan" semua kesudahan yang indah pada pengakhiran cerita sebelum ini, (as if, sebelum sekuel itu bermula) tapi aku akui yang bukan semua sekuel itu tak best, some of 'em is worth to read. 

Macam aku keliru!.

Tapi dalam aku keliru, aku mengaku yang kisah roul yang berambut merah dan novelist terulung bernama safiah suhaimi iu tak lagi jadi bahan utama yang aku mahu baca, (aku even baca laju-laju bila babak tentang diorang, teheee t__t becoz i dont't like sekuel, remember?) Aku lebih excited tentang ZANIEL-BANGSAR-MOST-ELIGIBLE-BACHELOR-YANG-SENYUM-MACAM-LELAKI-BUDIMAN ituuu.. (baca sini kalau dah lupa/tak tau siapa zaniel) yang kisah cintanya dengan balkis putus di tengah jalan dalam Plain Jane, kini punya kisah baru dengan Masni, yang rupa-rupanyaaaa... okey, kena baca sendiri! Ihiks.

Situasi itu macam, bila aku basuh pinggan, aku 'ter'bermonolog sendiri tentang sabun pinggan yang berbau wangi dan betapa membasuh pinggan itu adalah seni sebab pinggan yang banyak harus disusun.. okey! aku tau kenapa aku bermonolog macam tu, sebab Zaniel! 

Bila nak potong kain dan termenung seketika sambil tunggu 'cikgu' sebab nak tanya soalan, aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena, rasa macam kosong. Kemudian aku faham kenapa, sebab aku rindu zaniel kat rumah

Sebenarnya ini bukan semua tentang zaniel, ia juga tentang masni. Aku kesian dengan masni dan bagaimana dia berhadapan dengan badariah yang talam dua muka, encik salleh yang baik dengannya dan rakan sekerjanya yang lain. aku memang kesian dan rasa macam aku juga berada di tempat masni.

Tapi aku juga puas hati bila cara masni berhadapan dengan semua masalah itu dan 'menyelesaikan' semua politik di pejabatnya dengan hasil usaha dia sendiri! Aku faham bila penulis cuba sampaikan sesuatu dengan 'character development'. Kite nampak kak, kita nampak effort masni tu (tetibe monolog dengan penulis) >___<

Aku juga setuju bila Safi cakap pada zaniel yang perempuan golongan pertengahan rasa tak selesa keluar dengan lelaki kaya dan makan popia dengan harga RM12, pergi golf club etc. aku setuju! 

aku benci baca moment iza dan safi berbaik semula masa kat kampung arwah fakhri dan jelaskan semua salah faham diorang sebelum ni sebab.. sebab.. itu cuma buat aku lebih rindu pada Oly yang went far away pastu tak reti nak reply mesej atau angkat call. pfft.

memang kita perlukan kawan baik kita bila kita ada masalah macam kalau kita cerita masalah kita pada 10 orang pun, ia takkan sama macam kita ceria pada 'bestfreng' yang tahu the whole story from the start. Benci safi dan iza dan keakraban mereka! *tetibe*

Kesimpulannya, aku keliru adalah naskah biasa yang bertemakan konflik dalam perhubungan, persahabatan, politik pejabat dan  sesuatu yang ringan yang lari dari angan-angan dan khayalan gitueww..



Tiada ulasan: