Jumaat, 12 Disember 2014

Novel review : Puja by Maria Kajiwa

Assalamualaikum




Don't judge a book by it's cover. By it's title juga, sebab PUJA bukan novel seram. Yaaa.. oklah, masih ada elemen seram tapi tak setanding novel Halusinasi atau novel seram lain yang betul-betul highlight tentang entiti halus.

Puja mengisahkan jimmy yang pulang semula ke kampung Salak Tua selepas 15 tahun meninggalkan kampung itu dan kepulangan dia itu telah 'memaksanya' untuk menghapuskan amalan puja yang dah diamalkan penduduk kampung itu sejak beratus tahun lalu, iaitu sejak pembukaan kampung itu oleh nenek moyang mereka. 


400 tahun lalu, tujuh orang lelaki telah melarikan diri dari Pagar Ruyung ke tanah besar untuk memulakan penghidupan baharu. Satu kesilapan menjerumuskan mereka semua ke dalam satu perjanjian yang perlu diwariskan kepada keturunan mereka seterusnya. sejak itu setiap kali ketua kampung berganti, tiga nyawa perlu dikorbankan kepada puaka sebuah batu.


Sewaktu kepulangan Jimmy, ketua kampung yang baru akan dilantik dan tanpa pengetahuan sesiapa, ibu dan adik-adik jimmy akan dijadikan korban untuk puaka batu itu. Dari situ konflik pun bermula...


Macam biasa, aku suka bila kak Maria (kak maria kajiwa maksud saya, bukan kak maria the tailor, kihkih) tulis cerita yang berlatar belakangkan era zaman dahulu kala, macam Datang Pada Waktunya, terasa-rasa keindahan kampung, keenakan masakan, rasa... real! Bab-bab prolong pun dah buat kita 'terikat'. Tapi babak-babak jimmy dengan kawan-kawan dia kat bandar kita banyak skip. Mungkin mindset kita yang cakap kak mk tak sesuai tulis cerita dengan latar zaman sekarang, kihkihkih.. sebab tu Seteguh Ilalang payah sangat kita nak habiskan baca selain sebab novelnya yang tebal, 


Aku paling terkesan waktu jimmy pergi ke pondok.. haji apa ya? lupa dah namanya, babak kat pondok tu sangat.. menyentuh jiwa! Lagi satu part Jimmy nak solat asar kar rumah pak salleh tak silap, Jimmy si gengster yang dah lama tinggalkan agama, waktu tu bila pak salleh suruh solat dulu, dalam hati dia kata dia  memang mahu solat, "betul-betul mahu!" masa tu tiba-tiba aku terasa macam.. terkena renjatan elektrik. Pernah tak bila kita leka dengan kerja lepas tu baru tersedar jam dah lewat tapi belum solat, masa tu baru kita rasa macam, betul-betul mahu kejar waktu solat!. Pernah rasa tak? 


Kekuatan cerita ini adalah jimmy, apa yang dia perlu buat dan bagaimana caranya untuk dia hapuskan puaka batu itu bersama pak salleh. Kita memang takkan dapat agak sebab ini bukan cerita cliche, sebab tu kalau dah baca, nak baca sampai habis. 


Bagi yang takut nak baca novel seram, boleh cuba baca novel ni. Percayalah, Erti cinta lebih seram dari ini. Mihmih.


Tiada ulasan: