Sabtu, 10 Januari 2015

Because today is saturday.


Assalamualaikum,

Hari ini hari sabtu. Ya, macam hari-hari sabtu yang lain hari ini aku agak teruja dan tak sabar menunggunya. Kenapa? Sebab BERITA BAIK UNTUK HARRAZ LOVERS mia kaftiya baru sedar yang dia dah peram draf Tuan Muda Iman Harraz selama 3 tahun (tak termasuk tahun ianya ditulis) dan sekarang mahu pandang kedepan untuk buat sesuatu dengan "Iman Harraz".


Kalau awak tak tahu iman harraz tu apa? Oh, Tuan muda iman harraz tu kite punya enovel yang boleh baca kat blog kita satu lagi (ceritamiakaftiya.blogspot.com) ;)


Yaaa.. berbalik kepada hari sabtu dan mia kaftiya tak sabar nak hadap laptop dan 'kerjakan' Harraz tapi ia bermula dengan...


Today is saturday, i woke up early to perform subuh because i 'tersedar' early sebab nak pergi buang air (sebab selalunya tersedar awal pun suka lambat-lambatkan subuh, Haip!) then tidur balik pastu terbangun lambat as if pukul 8 dah dikira lambat sebab aku selalunya paksa diri untuk bangun sebelum pukul 8 pagi. Bila dah bangun lambat aku malas hantar mak pergi pasar. (see? that's why tak boleh bangun lambat sebab nanti jadi malas sepanjang hari)


Teringat hari ini hari sabtu, aku nak "kerjakan" harraz, tapi sebelum tu aku nak basuh tudung, nak basuh beg nak basuh apa lagi? Oh kena basuh pinggan mangkuk yang berlambak kat sinki tu jugak.


Okey, lepas basuh pinggan dan mandi, mungkin boleh kerjakan harraz.. 


Dah siap mandi ternampak novel-novel yang belum berbalut dan teringat malam tadi aku niat nak balut buku hari ini, okey, sebelum kerjakan harraz mungkin boleh balut buku kejap sebab kalau dah bukak laptop aku akan lupa semua benda lain. Tapi bilik ni kenapa nampak semak sangat?


Baiklah, sebelum balut buku mungkin aku patut kemas bilik dulu..


Settle kemas bilik, novels-tak-berbalut dah ready kat atas lantai, tapi tiba-tiba rasa haus. OMG dah lama tak minum air sejuk dan berperisa oren jenama sanquick! OMG sekali lagi sejak aku berkawan dengan oly, aku dah jarang minum air manis sebab terikut-ikut dengan dia, jadi asyik minum air masak sentiasa. ;p untuk meraikan dah lama tak rasa teringin nak minum air sanquick, ayuhlah tinggalkan dulu buku-buku itu dan pergi bancuh sanquick sekarang.


Siap, lepas tu rasa lapar pula. Mee goreng pagi tadi dah habis, jam baru pukul 12tghari dan mak baru nak mula memasak. Jadi masak megilah! 



"Eh, bila masa nak kerjakan harraz ni?" tanya mia kaftiya kepada dirinya sendiri.


Okey tak apa, lepas makan balut novel dulu. Siap balut buku tetiba rasa mengantuk pulak, huaaarrrgghh.. hari-hari biasa bukannya boleh tidur tengahari, hari sabtu nilah masanya nak tidur. Jam dah 1.12 petang. "Okey tidur kejap je lepas tu solat zohor." niat mia kaftiya dalam hati.


Tersedar balik dah pukul dua lebih, itupun sebab puah kejut suruh beralih sebab dia nak solat. Huh, dah agak.. kalau tidur sebelum zohor mesti akan bangun lambat juga. Tapi kalau tidur selepas zohor, pasti akan bangun lebih lambat! 


Lepas solat, hati berbelah bahagi lagi, Iman Harraz atau hindustan kat tv3? Bukan senang nak tengok tv kalau nizar ada, tapi kalau nizar tak kacau bolehlah tengok kan? kan? Okeylah, okeylah.. lepas habis hindustan, lepas solat asar, barulah kerjakan harraz dengan tenang!.


Yey! it's harraz time. Finally! *kesat peluh kat dahi* Tapi sambil tunggu laptop loading, sempat pulak tu dia buat sesi memanjakan rambut bagai, check phone tengok instagram, lepas tu..






UPDATE BLOG. 







where's Harraz time, mia?!


Tiada ulasan: