Ahad, 4 Januari 2015

novel review : Pocong balik rumah


Assalamualaikum,




Sebab aku dah biasa baca novel seram jadi expectation aku terhadap novel ini juga agak tinggi tapi sebaliknya pulak yang berlaku bila novel ini rupa-rupanya tak seram pun. Kalau ia menjadi drama di tv, genrenya adalah komedi/seram macam cerita hantu langsir baru-baru ni kat tv3. 

Again, sebab expectation aku tinggi, jadi aku tak begitu menghayati setiap babak dan bab sebab aku mencari kat mana bahagian suspen tu? mana part seram tu? bila plot cerita ni nak berkembang? siapa sebenarnya watak utama? 

Eh, mesti korang ingat novel ni boring, tak best lepas baca review aku kan, Noooo... novel ni mungkin agak bosan bagi aku tapi tidak bagi orang lain, lagi-lagi yang takut nak baca novel seram, novel ini sesuai untuk anda, 

Kisahnya bermula bila cikgu hussien meninggal, sewaktu tiga orang penggali kubur sedang menggali kubur ada pocong datang kepada mereka dan minta dibukakan.. bila ketiga-tiga penggali kubur tu pengsan, si pocong cari orang lain pulak untuk 'bantu' dia tapi tak ada sesiapa yang boleh bantu dia. Semua orang yang ternampak dia akan lari atau pengsan kat situ juga. 

pendek kata perjalanan cerita adalah tentang pocong yang mencari seseorang untuk 'bantu' dia. Setiap orang yang dia jumpa dia akan mintak "tolong bukakannnn.." kalau korang membaca dengan teliti (sebab aku baca skip) korang akan perasan beberapa perkara/persoalan yang buat korang akan terus baca sampai ke penghujung. 

So, happy reading!

Tiada ulasan: