Rabu, 7 Januari 2015

soul sister


Assalamualaikum,


Kalau Soulmate dipanggil teman sejiwa yang perumpamaannya macam "kunci yang jumpa tombol pintu yang betul, baru boleh membuka pintu" tapi perkataan tu selalu orang guna untuk lelaki dan perempuan je kan, ini soul-sister yang perumpamaannya macam...


macam patrick dan spongebob yang sentiasa bersama kemana-mana dan..


kebosanan bila dia tak ada. ;'(


coincidentally, soulsister juga berkongsi pemikiran yang sama. Telepati apakah?

contohnya, 

aku baru terfikir nak makan aiskrim. Dalam kepala dah terbayang-bayang eskrim solero yang berwarna hijau dan sejuk dan manis dalam cuaca yang panas dan.. perut-yang-tak-reti-kenyang tapi.. "ah sudahlah!, asyik makan je kau ni" mariyatul kaftiyah bermonolog sendiri, 

beberapa minit kemudian,

"Rasa macam nak makan aiskrimlah" kata si 'soul-sister'

Memang macam api yang sedang marak disimbah minyak tanah lah perumpamaannya. jadi marilah kita berjemaah membeli aiskrim! Kata mariyatul kaftiyah kepada soul-sisternya.


situasi dua.

masa keluar bersama-sama pergi  pusat membeli-belah, macam tak ada benda yang nak dibeli pastu tengok-tengok kasut terus memasing sepakat untuk membeli kasut yang sama patern sebab promosi beli dua RM50 jeww. Oklah kan, walaupun dah ada dua pasang kasut kat rumah tapi sebab tak tau nak halakan duit kemana (macam kaya beno) beli jelah kasut.

Pastu, pastu, pastu... bila dalam kereta dah odw nak balik baruuuullaaahhh teringat yang sepatutnya aku kena beli facial wash, toner, etc, etc kemudian soul-sister cakap, 
"Tadi jenuh pikir nak beli apa, sekarang baru teringat nak pergi guardian, nak beli..."

Yaaaa... i just thought about that! We should go to guardian/watson dan bukan beli kasut yang akhirnya-duduk-dalam-kotak-bawah-katil =__='


kami macam soul-sister (yang lain) mudah untuk suka benda yang sama, berfikiran yang hampir sama, melayan perangai each other yang kadang-kadang-terlalu-gila dan berkongsi perbezaan juga mempelajari perkara baru daripada perbezaan itu.



we're soul sister yang selalu terfikir-fikir siapa yang akan kawin dulu! Mihmihmih. >__<

1 ulasan:

Razfira berkata...

soul sister kawen sekalilah senang hehehe