Selasa, 17 Februari 2015

Curiosity


Assalamualaikum,


aku ada satu perangai yang aneh dimana aku punya curiosity yang tinggi terhadap sesuatu perkara. TERTENTU. Kenapa capslock perkataan 'tertentu'? sebab aku pun ada penyakit tak-ambil-tahu-langsung pada sesuatu perkara yang lain 


Contohnya kalau aku tak suka jagung, aku takkan peduli bagaimana jagung itu ditanam, apa warnanya, dimana ada dijual, dimana ada orang jual jagung rebus, jagung bakar, etc, etc.. tapi kalau sekali aku suka Oguri shun, sehari suntuk aku ngadap depan laptop mencari semua maklumat tentang Oguri Shun. Formula ini boleh diaplikasikan pada semua hal dalam hidup aku. percayalah, kalau anda telah berjaya menarik perhatian aku, anda adalah orang yang bertuah. Wahahaha... ;-p


Being a writer (unofficially) aku sedar yang curiosity aku ini sangat berguna sebagai penyumbang untuk membantu kerja-kerja penulisan aku. Bila aku tengok sesuatu perkara, aku akan melihat sedalam-dalamnya. aku akan fikir persoalanan yang orang lain tak pernah terfikir dan aku mahu tahu jawapannya walaupun orang lain tak ada jawapan. Dari sudut kasarnya, orang akan fikir macam, "blur giler perempuan ini, itu pun tak faham" padahal aku mahukan jawapan untuk persoalan dalam kepala otak aku ni. 


Masa adik aku kena denggi past three week, aku kerap ulang alik pergi hospital, pastu tengok staff kat hospital mulalah curiosity aku ni bercambah-cambah. Kau tahu kan duduk kat hospital tu apa yang seronoknya? hiburan aku perhatikan orang jelah, pastu tertanya-tanya, orang ni kerja apa, orang tu kerja sebagai apa sebab selama ni tahu doktor dengan nurse je, mana nak tau ada bidang lain dan jawatan lain dalam hospital tu. 


Bila aku pandang staff bank, aku terfikir lagi, apa bidang tugas dia? apa jawatan dia? macammana nak kerja dalam bidang dia? Bila aku nampak staff klinik kesihatan, pun aku terfikirkan benda yang sama. same goes to bila aku terpandang orang lain dengan pekerjaan diorang, arkitek, programmer, graphic designer, sehinggalah ke kerja biasa-biasa seperti gadis penjual bunga sekalipun.


aku mahu tahu sedalam-dalamnya tentang bidang tugas diorang sebab nanti bila aku nak tulis cerita tak ada lah cerita aku stuck pasal tukang jahit dan kedai jahitnya (contoh) atau tukang jahit dan manik-manik cinta (contoh lagi) atau tukang jahit dan baju pengantin impiannya, Bosan tahu?


So.. Let's be friend! search mia kaftiya kat facebook then tekan butang add friend. Nanti kalau aku nak tulis cerita dengan kerja watak itu sebagai sekian, sekian aku dah boleh rujuk kat korang. Teheee.. t__t


menjadi manusia yang tidak mempedulikan 'dunia' di sekelilingnya (seperti aku), curiosity membuatkan aku mengambil tahu dan belajar sesuatu. >__<





p/s : Buat masa ini curiosity aku terhadap kerja di bank dan klinik kesihatan adalah sangat tinggi! Anyone?



Sabtu, 7 Februari 2015

tukang jahit memang camni eh?


Assalamualaikum,


tukang jahit memang camni eh? 

pantang nampak kain ela, mata pun bersinar-sinar. Padahal kain-kain ela yang belum siap dijahit pun  berlambak ada lagi kat rumah tu. Kadang-kadang sebelum aku terikut-ikut nafsu nak membeli tu, aku kena pikir sepuluh kali, design apa aku nak buat, nak pakai pergi mana? akan pakai selalu atau hanya terbiar sepi dalam almari? design kain ni limited atau bersepah-sepah orang pakai? pertimbangan harga sudah tentu! dan kalau semuanya jawapannya positif, baru aku beli. Tapi kalau tidak, lupakan saja! 


dua helai kain ni dah lulus penilaian untuk dibuat blaus! *senyum lebo-lebo*


tukang jahit memang camni eh? 

Pantang pergi rumah kenduri, mata pun meliar. Perkara pertama yang aku akan pastikan, pengantin tu pakai baju dari bridal mana. ehem. Kedua, tetamu-tetamu yang datang tu pakai baju design apa, warna apa, bla..bla..bla.. aku dapat 'penyakit' perhati-baju-apa-orang-pakai ni sejak aku mula jadi tukang jahit ar. Aneh betul. =__='  


tukang jahit memang camni eh? 

Pantang bukak instagram, tangan dok printscreen baju-baju yang berkenan di hati yang ada kat ig shop, dalam hati dok niat, nanti nak buat baju camni, camtu tapi sampai sekarang tak buat pun lagi. ;p

*sigh*

 Almari baju pun dah penuh dengan baju-baju kurung dari zaman sekolah sampai sekarang. kalau diulang pakai pun balik-balik baju yang sama, baju kegemaran. 

Lepas tu aku pun jadi serba salah pada diri sendiri sebab pantang nampak kain cotton terus jadi lupa diri, jadi bagaimanakah cara untuk mengatasi sindrom membeli-dan-membuat-baju ini tanpa rasa serba salah sebab almari baju dah penuh?




JUAL BAJU! 




Ya, lepas ni aku nak beli kain ---> jahit baju ---> JUAL