Sabtu, 7 Februari 2015

tukang jahit memang camni eh?


Assalamualaikum,


tukang jahit memang camni eh? 

pantang nampak kain ela, mata pun bersinar-sinar. Padahal kain-kain ela yang belum siap dijahit pun  berlambak ada lagi kat rumah tu. Kadang-kadang sebelum aku terikut-ikut nafsu nak membeli tu, aku kena pikir sepuluh kali, design apa aku nak buat, nak pakai pergi mana? akan pakai selalu atau hanya terbiar sepi dalam almari? design kain ni limited atau bersepah-sepah orang pakai? pertimbangan harga sudah tentu! dan kalau semuanya jawapannya positif, baru aku beli. Tapi kalau tidak, lupakan saja! 


dua helai kain ni dah lulus penilaian untuk dibuat blaus! *senyum lebo-lebo*


tukang jahit memang camni eh? 

Pantang pergi rumah kenduri, mata pun meliar. Perkara pertama yang aku akan pastikan, pengantin tu pakai baju dari bridal mana. ehem. Kedua, tetamu-tetamu yang datang tu pakai baju design apa, warna apa, bla..bla..bla.. aku dapat 'penyakit' perhati-baju-apa-orang-pakai ni sejak aku mula jadi tukang jahit ar. Aneh betul. =__='  


tukang jahit memang camni eh? 

Pantang bukak instagram, tangan dok printscreen baju-baju yang berkenan di hati yang ada kat ig shop, dalam hati dok niat, nanti nak buat baju camni, camtu tapi sampai sekarang tak buat pun lagi. ;p

*sigh*

 Almari baju pun dah penuh dengan baju-baju kurung dari zaman sekolah sampai sekarang. kalau diulang pakai pun balik-balik baju yang sama, baju kegemaran. 

Lepas tu aku pun jadi serba salah pada diri sendiri sebab pantang nampak kain cotton terus jadi lupa diri, jadi bagaimanakah cara untuk mengatasi sindrom membeli-dan-membuat-baju ini tanpa rasa serba salah sebab almari baju dah penuh?




JUAL BAJU! 




Ya, lepas ni aku nak beli kain ---> jahit baju ---> JUAL



Tiada ulasan: