Sabtu, 28 Mac 2015

Penasaran



Assalamualaikum.

Aku ni macam dah jadi jurucakap tak rasmi pulak untuk Vast kan? Ingat lagi tak Vast? yang aku pernah cerita dulu kat sini? kalau tak ingat pergi baca balik. 


Naaahhh... sekarang vast dah keluar dengan official muzik video untuk lagu Penasaran, dah duduki carta pertama kat radio ikim gituewww..





p/s : Kemahen wan, tak cukup dia sorang jadi retis, dia tarik makndak jadi retis sekali. Muahahaaa.. omey angat makndak belakonnnn.. v___v






Isnin, 16 Mac 2015

the bridesmates dress


Assalamualaikum,


Bila pak cu kata nak kahwin pastu wedding sebelah lelaki sekian tarikh, mak ngah ida cakap, "Jom buat baju sepesyen!" *dialog asal dah tak ingat ar kan.* oh okey, syok jugak tu. Memang selalu kalau ada wedding kitorang akan pakai baju ikut tema warna yang sama je, tak pernah pakai baju yang sepatern gitue. Lepas tu macam tak sangka 'oh, amatur tailor ni keh yang kena jahit semua baju?' *tunjuk jari kat muka sendiri*


Hoooookkeeeyyy... 


tiga minggu sebelum wedding, aku dah prepare dengan pola baju. by plan, bila buat pola aku nak buat sampai habis, bila potong kain, nak potong sampai siap, bila jahit, jahit je terus. tapi plan tu tak menjadi sebab bila dah masuk minggu kedua, satu baju pun langsung tak jahit lagi. makanya pola  yang belum siap letak tepi dulu, jahit lah dulu mana kain yang dah siap dipotong.


dua minggu sebelum wedding. YANG AGAK STRESSFUL


aku tak sempat nak makan sebab aku rasa serba salah kalau makan. padahal aku jenis yang suka makan sambil buat kerja. Aku sampai pening, nak ion baju dulu atau jahit dulu? kaki dah sampai kat papan ion, tetibe badan pusing macam  nak ke mesin jahit, nampak tak kaki dan badan aku tak bergerak seiring? i can't think clearly, sebab aku cuma mahu semua baju disentuh dan siap. Aku tak boleh dengar soalan yang berbunyi tentang tentang baju, macam..

"Kau jahit baju siapa dulu?"
"Baju siapa dah siap?"
"Baju apa khabar?"
"Kenapa baju mak tak ada poket?"
"Sembat baju siapa ni?" *sebab semua baju pun sepatern kan, susah nak bezakan*
dan sewaktu dengannya.

Bila aku dengar, temperature aku naik sikit, pastu aku tak mau jawab soalan tu. Oh please! Rasa macam nak kejar deadline tempahan baju raya. Rasa macam tak cukup kaki tangan. Sebab tu dua helai baju aku mintak tolong oly jahitkan.

Pheww..

kata Oly, "Tarikh itu akan tiba.. jangan risau." Ya memang tarikh tu akan tiba dua minggu dari sekarang, tapi aku mau sebelum tarikh tu tiba, semua kerja dah siap!


15/3/15. Happy tengok semua orang pakai baju yang kite jahit!



Tak aci! Ambik gambo masa aku tak de.




HAHAHAHAH... sibuk je apiz ni, orang nak ambik gambo girls je, dia pun sibuk nak menyelit. KAT SEMUA GAMBAR PULAK TUUUU.. =__=' 



sebenarnya tak jahit baju untuk semua orang pun, sebab bukan semua beli kain yang sama, setengah tu beli siap je, tapi yang aku jahit 12 pasang termasuk dua baju baby.



Syaa dan auni. Auni badmood, dah hujung-hujung baru dapat ambik gambo dia.



"Nak popok.. nak popok.." kata Auni.
"Okey, kejap lagi kita ambik kopok."



Design baju auni, mak ngah ida bagi, tapi sebab baju auni dengan syaza aku buat last sekali, betul-betul hari jumaat baru siap, otak pun dah penat, tak ada idea dah nak tambah aksesori kat baju tu. nasib baik auni pakai nampak comel. Macam princess gituewww...

*feeling love*



Jahit baju untuk siblings dengan mak siap dengan pakej basuhkan baju sekali O__o. Beserta rungutan dan permintaan begitu begini. Customer aku yang paling cerewet adalah mereka!  hohoho




untuk baju Syaza mak ude buat jubah je, sebab dah tak ada idea dah. Yang penting siap je. Kihkih, len kali mak ude buat cecantik yaaaa..







p/s : Manik kat hujung tangan aku tu, Oly yang jahitkan. Nampak rumit? memang rumit tapi sebab dah lama teringin nak buat manik macam tu, dan lagipun bukan aku yang jahit, ehem!

Selasa, 10 Mac 2015

Jawapan


Assalamualaikum


Pernah tak kau rasa suka pada seseorang dan simpan rasa tu dalam hati, Sehari, dua hari, berhari-hari sampai benih suka bercambah jadi makin suka, dan makin lagi, dan lagi. sampai satu tahap kau sampai tak sanggup nak tanggung perasaan tu seorang diri. penat menunggu jawapan dari si dia tapi takut nak luah perasaan. takut kalau apa yang kau rasa..

...


...


Hanya kau seorang saja yang merasainya.





Tapi bila nampak dia, kau macam nak jumpa dia dan cakap


"Awak, saya nak cakap sesuatu. sebenarnya... saya suka awak." lalu kau terus berlalu pergi membiarkan dia membuat keputusan atau penilaiannya sendiri di situ. segala keputusan kau akan terima dengan hati yang terbuka sebab bagi kau, apa yang penting adalah perasaan itu diluahkan.





Ya, aku faham perasaan tu kawan, jadi boleh tak aku cerpen kan apa yang kau rasa itu dalam "Jawapan?" >__o




Selasa, 3 Mac 2015

Novel review : Wanita kimono merah


Assalamualaikum.





Sebab nak tulis entri ini, terus tutup balik tingkap bilik yang aku sengaja bukak tadi. Nampak tak impaknya disitu? Yaaa.. ini novel seram! 


Wanita Kimono merah keluaran lejen mengisahkan kehidupan Evelyn seorang supermodel terkenal yang mengalami krisis perhubungan dengan suaminya yang mempunyai hubungan sulit dengan seorang model yang juga merupakan musuh ketatnya. Selepas dia dan suaminya, Rizo berkahwin, mereka tinggal di banglo lama yang Evelyn beli daripada Datuk Ariff. Sejak tinggal di banglo itu, dia mengalami gangguan daripada wanita berkimono merah.


Awalan bab tak adalah terasa seram sangat pun. Aku enjoy je baca dari petang bawak ke malam. sebab novel dia tak tebal sangat, tau-tau dah separuh buku dibaca, tapi aku baru sedar keseraman cerita ini mula mempengaruhi hidup aku bila aku takut nak keluar dari bilik padahal jam baru pukul sepuluh malam. Shit!


Lebih menambahkan rasa takut tu bila adik-adik aku cakap (diorang dah habis baca dulu) "Jangan baca novel ni malam-malam sebab rasa macam diperhatikan.." 


Choooiiii... *terus tutup buku letak ke tepi*


Mula-mula aku fikir plot cerita ni akan jadi macam cerita-cerita lain yang biasa aku baca atau tengok kat tv dimana perempuan kimono merah (Hiruka) tu nak berkawan dengan Evelyn dan lepastu dia nak mintak evelyn tolong dia buat something ke apa ke kan, atau nak tolong evelyn for s'thing sebab dia beriya tolong bagitau evelyn rahsia kecurangan Rizo tu kan, tapi plot tu tersasar jauh pulak bila Hiruka akan  membunuh sesiapa saja yang 'nampak' dia. Membunuh dengan cara kejam pulak tuh. 


pace cerita sangat laju. Tetiba dah lima tahun dan anak Evelyn pun dah besar lepastu aku pun macam tak sempat nak fikir motip cerita ni sebab si penulis tak bagi ruang untuk aku mempersoalkan apa-apa tentang cerita yang ditulisnya sehinggalah ke penamat cerita...


Ok then, itulah motipnya? Baiklah.


Apa ending dia? Pergi beli, baca sendiri. 




p/s : overall aku suka dengan jalan cerita ni cuma aku berharap sangat tak boleh ke kalau kita tulis cerita untuk bacaan 'umum'  tanpa ada unsur-unsur 18x? Ya aku faham kenapa babak itu wujud dalam novel ini cuma aku mahu ianya dikaburkan sikit, tak payah jelas sangat kot?