Selasa, 3 Mac 2015

Novel review : Wanita kimono merah


Assalamualaikum.





Sebab nak tulis entri ini, terus tutup balik tingkap bilik yang aku sengaja bukak tadi. Nampak tak impaknya disitu? Yaaa.. ini novel seram! 


Wanita Kimono merah keluaran lejen mengisahkan kehidupan Evelyn seorang supermodel terkenal yang mengalami krisis perhubungan dengan suaminya yang mempunyai hubungan sulit dengan seorang model yang juga merupakan musuh ketatnya. Selepas dia dan suaminya, Rizo berkahwin, mereka tinggal di banglo lama yang Evelyn beli daripada Datuk Ariff. Sejak tinggal di banglo itu, dia mengalami gangguan daripada wanita berkimono merah.


Awalan bab tak adalah terasa seram sangat pun. Aku enjoy je baca dari petang bawak ke malam. sebab novel dia tak tebal sangat, tau-tau dah separuh buku dibaca, tapi aku baru sedar keseraman cerita ini mula mempengaruhi hidup aku bila aku takut nak keluar dari bilik padahal jam baru pukul sepuluh malam. Shit!


Lebih menambahkan rasa takut tu bila adik-adik aku cakap (diorang dah habis baca dulu) "Jangan baca novel ni malam-malam sebab rasa macam diperhatikan.." 


Choooiiii... *terus tutup buku letak ke tepi*


Mula-mula aku fikir plot cerita ni akan jadi macam cerita-cerita lain yang biasa aku baca atau tengok kat tv dimana perempuan kimono merah (Hiruka) tu nak berkawan dengan Evelyn dan lepastu dia nak mintak evelyn tolong dia buat something ke apa ke kan, atau nak tolong evelyn for s'thing sebab dia beriya tolong bagitau evelyn rahsia kecurangan Rizo tu kan, tapi plot tu tersasar jauh pulak bila Hiruka akan  membunuh sesiapa saja yang 'nampak' dia. Membunuh dengan cara kejam pulak tuh. 


pace cerita sangat laju. Tetiba dah lima tahun dan anak Evelyn pun dah besar lepastu aku pun macam tak sempat nak fikir motip cerita ni sebab si penulis tak bagi ruang untuk aku mempersoalkan apa-apa tentang cerita yang ditulisnya sehinggalah ke penamat cerita...


Ok then, itulah motipnya? Baiklah.


Apa ending dia? Pergi beli, baca sendiri. 




p/s : overall aku suka dengan jalan cerita ni cuma aku berharap sangat tak boleh ke kalau kita tulis cerita untuk bacaan 'umum'  tanpa ada unsur-unsur 18x? Ya aku faham kenapa babak itu wujud dalam novel ini cuma aku mahu ianya dikaburkan sikit, tak payah jelas sangat kot?

1 ulasan:

Razfira berkata...

tajuk menarik dah