Isnin, 16 Mac 2015

the bridesmates dress


Assalamualaikum,


Bila pak cu kata nak kahwin pastu wedding sebelah lelaki sekian tarikh, mak ngah ida cakap, "Jom buat baju sepesyen!" *dialog asal dah tak ingat ar kan.* oh okey, syok jugak tu. Memang selalu kalau ada wedding kitorang akan pakai baju ikut tema warna yang sama je, tak pernah pakai baju yang sepatern gitue. Lepas tu macam tak sangka 'oh, amatur tailor ni keh yang kena jahit semua baju?' *tunjuk jari kat muka sendiri*


Hoooookkeeeyyy... 


tiga minggu sebelum wedding, aku dah prepare dengan pola baju. by plan, bila buat pola aku nak buat sampai habis, bila potong kain, nak potong sampai siap, bila jahit, jahit je terus. tapi plan tu tak menjadi sebab bila dah masuk minggu kedua, satu baju pun langsung tak jahit lagi. makanya pola  yang belum siap letak tepi dulu, jahit lah dulu mana kain yang dah siap dipotong.


dua minggu sebelum wedding. YANG AGAK STRESSFUL


aku tak sempat nak makan sebab aku rasa serba salah kalau makan. padahal aku jenis yang suka makan sambil buat kerja. Aku sampai pening, nak ion baju dulu atau jahit dulu? kaki dah sampai kat papan ion, tetibe badan pusing macam  nak ke mesin jahit, nampak tak kaki dan badan aku tak bergerak seiring? i can't think clearly, sebab aku cuma mahu semua baju disentuh dan siap. Aku tak boleh dengar soalan yang berbunyi tentang tentang baju, macam..

"Kau jahit baju siapa dulu?"
"Baju siapa dah siap?"
"Baju apa khabar?"
"Kenapa baju mak tak ada poket?"
"Sembat baju siapa ni?" *sebab semua baju pun sepatern kan, susah nak bezakan*
dan sewaktu dengannya.

Bila aku dengar, temperature aku naik sikit, pastu aku tak mau jawab soalan tu. Oh please! Rasa macam nak kejar deadline tempahan baju raya. Rasa macam tak cukup kaki tangan. Sebab tu dua helai baju aku mintak tolong oly jahitkan.

Pheww..

kata Oly, "Tarikh itu akan tiba.. jangan risau." Ya memang tarikh tu akan tiba dua minggu dari sekarang, tapi aku mau sebelum tarikh tu tiba, semua kerja dah siap!


15/3/15. Happy tengok semua orang pakai baju yang kite jahit!



Tak aci! Ambik gambo masa aku tak de.




HAHAHAHAH... sibuk je apiz ni, orang nak ambik gambo girls je, dia pun sibuk nak menyelit. KAT SEMUA GAMBAR PULAK TUUUU.. =__=' 



sebenarnya tak jahit baju untuk semua orang pun, sebab bukan semua beli kain yang sama, setengah tu beli siap je, tapi yang aku jahit 12 pasang termasuk dua baju baby.



Syaa dan auni. Auni badmood, dah hujung-hujung baru dapat ambik gambo dia.



"Nak popok.. nak popok.." kata Auni.
"Okey, kejap lagi kita ambik kopok."



Design baju auni, mak ngah ida bagi, tapi sebab baju auni dengan syaza aku buat last sekali, betul-betul hari jumaat baru siap, otak pun dah penat, tak ada idea dah nak tambah aksesori kat baju tu. nasib baik auni pakai nampak comel. Macam princess gituewww...

*feeling love*



Jahit baju untuk siblings dengan mak siap dengan pakej basuhkan baju sekali O__o. Beserta rungutan dan permintaan begitu begini. Customer aku yang paling cerewet adalah mereka!  hohoho




untuk baju Syaza mak ude buat jubah je, sebab dah tak ada idea dah. Yang penting siap je. Kihkih, len kali mak ude buat cecantik yaaaa..







p/s : Manik kat hujung tangan aku tu, Oly yang jahitkan. Nampak rumit? memang rumit tapi sebab dah lama teringin nak buat manik macam tu, dan lagipun bukan aku yang jahit, ehem!

1 ulasan:

Suria November berkata...

serius cantik jubah2 tu. <3