Khamis, 16 April 2015

novel review : Gantung - Nadia khan



Assalamualaikum.




Gantung mengisahkan sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code : peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.

Sehinggalah peraturan itu dilanggar dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian -




Novel gantung datang bersama ('DATANG' dalam erti kata lain, dibeli) novel Wanita Kimono Merah tapi aku memang tak de feel langsung nak baca gantung. Mungkin sebab intro dia yang macam bosan, yang macam susah nak faham, yang macam tak ada benda yang boleh 'ikat' aku untuk terus baca. Dalam erti kata lain, macam... bosan. -___-


Tapi aku ada satu rules, dimana kalau bosan tahap gaban pun sesuatu buku itu aku kena cuba jugak untuk baca sampai habis tak kisahlah kalau ianya makan masa yang lama KECUALI buku tu memang bosan gila weyh tahap baru selak satu mukasurat terus tertidur. K itu dimaafkan. ;p


Bila dah hadap awalan bab, aku macam ada rasa tak senang sikit. Maaflah, aku masih seorang pembaca yang "konservatif " dimana aku tak boleh terima bahan bacaan yang agak 'open'  sepertimana aku tak suka tayangan di tv yang agak keterlaluan.


Tapi aku teruskan jugak baca sebab ada unsur-unsur seram/misteri di situ. (that's my favourite genre anyway)  Walaupun jalan cerita ditulis gaya sempoi, tapi elemen seram tu boleh bikin aku tak mahu baca sorang-sorang dalam bilik. Meremang!


And the story end very well. Walaupun dia ada twist sikit dan suruh kita faham-faham sendiri tapi tak terlalu complicated pun. Jadi 'GANTUNG'  tu ditujukan kepada gibbs, troll dan KJ lah ya?







p/s : can't wait for PBAKL-15, nak borong buku fixi bebanyak. Harap-harap job masuk bertubi-tubilah bagi penuh poket, Aaminnn.. >__<




1 ulasan:

Razfira berkata...

wahh mcm best.. nak pinjam :p